Malay fictional man❤️❤️❤️
5 stories
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,108,755
  • WpVote
    Votes 423,818
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
MY LITTLE FLOWER by DeFliq
DeFliq
  • WpView
    Reads 7,788
  • WpVote
    Votes 4,738
  • WpPart
    Parts 45
Dia, sang hero berwajah matang, berpangkat tinggi, namun memilih diam memendam rahsia. Dan dia, heroin ceria yang polos, yang tanpa sedar telah menyangka sang hero hanyalah seorang pengawal keselamatan. Itulah definisi yang tepat bagi pasangan untuk kisah ini. Pertemuan yang sepatutnya biasa-biasa akhirnya menjadi permulaan kisah luar biasa. Rae Kyrell, lelaki beku dan tegas, membiarkan saja salah faham itu berlarutan hanya kerana melihat senyuman Alya Adriana adalah sesuatu yang ingin dia simpan lama. Dan dari salah sangka itulah, mereka semakin rapat, tanpa dirancang. "Dengan gaji awak yang kerja sebagai pengawal keselamatan ni awak rasa cukup ke nak sara keluarga?" "Kalau kita tanam rasa syukur dalam hati... berapa gaji pun yang kita dapat, tetap akan rasa cukup," kata Rae dengan tenang. Kata-kata yang membuat Alya terpaku. Membuatkan dia tersedar bahawa lelaki di hadapannya ini bukan sembarangan manusia. Hari demi hari, Rae menjadi tempat Alya berpaut saat dunia meruntuh. "Awak dah sampai sejauh ini. Kenapa nak berhenti sebelum garisan penamat?" Suara itu menjadi semangat, menjadi teduh, menjadi rumah. Namun ketika segalanya terasa tenang, badai mula merangkak masuk. Ada cinta yang ingin diraih, tetapi ada garis takdir dan batas yang tak mampu mereka langgar. "Saya nak genggam tangan awak... tapi saya tahu saya tak boleh ambil awak dari Tuhan awak." Dan perpisahan pun menjadi ujian yang harus mereka telan. "Ucapan selamat tinggal bukan pengakhiran kita... sebaliknya hanya permulaan versi yang lebih baik. Bila tiba masanya nanti, saya akan kembali untuk menjadi lelaki terbaik dalam hidup awak." Ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan dan perpisahan. Ini kisah dua jiwa yang saling mencari dalam cara yang paling tidak disangka. Collaboration with author @miasharixaa START: 6/12/2025 END: 6/5/2026
My Husband Mr. Coffee [SHORT STORY] by mysderra
mysderra
  • WpView
    Reads 8,837
  • WpVote
    Votes 2,267
  • WpPart
    Parts 10
[ 𝓕𝓲𝓻𝓼𝓽 𝓫𝓸𝓸𝓴 ˖ ݁𖥔 ݁˖ 𐙚 ˖ ݁ ] ❝ ɴᴏᴠᴇʟ ᴛɪᴅᴀᴋ sᴇᴍᴇsᴛɪɴʏᴀ ᴄᴇʀɪᴛᴀ ʀᴏᴍᴀɴᴄᴇ ᴀɴᴅ sᴀᴅ ʀᴏᴍᴀɴᴄᴇ ᴋᴀᴅᴀɴɢ-ᴋᴀᴅᴀɴɢ ᴋɪᴛᴀ ᴍᴇᴍᴇʀʟᴜᴋᴀɴ ᴄᴏᴍᴇᴅʏ ᴜɴᴛᴜᴋ ᴍᴇɴɢʜɪʟᴀɴɢᴋᴀɴ sᴛʀᴇs ❞ -𝓶𝔂𝓼𝓭𝓮𝓻𝓻𝓪 ∘₊✧──────✧₊∘ ᴛᴇɴɢᴋᴜ ʀᴀʏᴢɪ ᴅᴀɴɪᴇʟʟ x ɴᴜʀ ʙᴜɴɢᴀ ᴅᴀʜʟɪᴀ 𝙎𝙚𝙢𝙪𝙖𝙣𝙮𝙖 bermula dengan satu kesilapan sebuah kereta yang dipandu merempuh sebuah kafe kecil milik si gadis. "Sabar.. Sabar.. Saya tahu awak awak marah tapi kita boleh bincang" - ᴛᴇɴɢᴋᴜ ʀᴀʏᴢɪ ᴅᴀɴɪᴇʟʟ "Marah la! Sape tak marah kedai dah kena rempuh dengan kereta buruk ni" - ɴᴜʀ ʙᴜɴɢᴀ ᴅᴀʜʟɪᴀ Di situlah Tengku Rayzi Daniell dan Nur Bunga Dahlia pertama kali bertentang mata, dengan ego tinggi dan mulut pedas sebagai salam perkenalan. Rayzi, lelaki yang yakin dan tidak suka dipersoalkan, sering hadir ke kafe itu dengan alasan urusan. Bunga pula, pemilik kafe yang tegas dan teliti, tidak pernah menyangka hidupnya akan kerap diganggu oleh seorang lelaki yang sangat annoying. Setiap pertemuan dipenuhi sindiran dan pertengkaran kecil, namun tanpa disedari, keselesaan mula menyelinap di celah kebencian. Dari benci yang pura-pura, hadir perhatian yang tidak diundang, dan rasa yang sukar dinafikan. Takdir mempertemukan mereka dalam sebuah ikatan yang tidak dirancang perkahwinan yang bermula tanpa cinta, tetapi perlahan-lahan mengajar mereka tentang kepercayaan, penerimaan dan makna rumah. Dalam kehidupan berumah tangga yang penuh gelak tawa, cinta belajar untuk tumbuh dengan cara yang paling sederhana. Apabila benci bertukar menjadi rindu, dan musuh menjadi pasangan hidup, mampukah Rayzi dan Bunga menerima cinta mereka?
𝐏𝐬𝐲𝐜𝐡𝐨 𝐎𝐛𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 (C) by cik_nightmares
cik_nightmares
  • WpView
    Reads 1,067,468
  • WpVote
    Votes 46,872
  • WpPart
    Parts 50
MEDINA IZWANI ialah anak angkat yang hidup dalam penuh dengan penderitaan.. hidupnya sangat berbeza dengan kakak angkatnya, Athirah, Medina sering menjadi mangsa kekejaman Encik Rashid. Dan tidak lama selepas itu, keselamatan Medina semakin terancam apabila seorang lelaki misteri mula mencerobohi hidupnya, dan keadaan bertambah buruk apabila Medina dipaksa berkahwin dengan Aiman. Lelaki yang paling dia tak suka! ETHAN GRAYSON, rakan lama Medina, mereka berkongsi nasib hampir sama. Anak angkat yang dibesarkan dalam suasana yang sangat gelap, mentalnya terjejas kerana orang tua angkat nya. Dan selepas peristiwa hitam itu berlaku Ethan terus buat keputusan pergi meninggalkan kampung itu dan mulakan hidup yang baharu. Dan kemunculan MR. GRAY, lelaki misteri yang dikenal Medina melalui satu aplikasi, pada mulanya lelaki itu memberi kebahagiaan pada Medina. Namun tidak lama selepas itu, lelaki misteri itu tiba-tiba menghilang tanpa jejak. Tetapi tidak lama selepas itu, keadaan jadi semakin teruk selepas Encik Rashid memaksa Medina keluar bersama Aiman. Bukan itu sahaja, Medina juga hampir sahaja menjadi mangsa rogol kepada lelaki itu. "Medina, mana kau?!" - Aiman Ketika Medina sedang menyorok dari Aiman, tiba-tiba ada seorang lelaki misteri telah menyelamatkan dirinya dari lelaki durjana itu. "Shhh... Jangan takut, awak selamat dengan Saya." - Unknown Lelaki itu menjaga Medina dengan sangat baik. Makan minumnya diurus rapi, seolah-olah tiada cacat cela dalam perlakuannya. Namun segalanya berubah saat rahsia itu terbongkar. Medina dilanda rasa ketakutan. Lelaki yang selama ini membuatkan Medina rasa selamat terus bertukar menjadi lelaki yang sangat kejam dan menakutkan. "Aku akan jaga kau, Medina...kau akan hidup dengan aku sampai bila-bila." - Unknown. Medina buntu, mampukah dia hidup bahagia bersama lelaki misteri itu? Ataupun berjayakah dia melarikan diri dari rumah tersebut? Start - 5/10/23 End - 28/05/24 - (08/12/2025)
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,924,268
  • WpVote
    Votes 19,628
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025