Malay
29 قصة
MY LITTLE FLOWER II COMPLETED✅ بقلم DeFliq
DeFliq
  • WpView
    قراءات 21,824
  • WpVote
    تصويتات 6,771
  • WpPart
    فصول 52
Dia, sang hero berwajah matang, berpangkat tinggi, namun memilih diam memendam rahsia. Dan dia, heroin ceria yang polos, yang tanpa sedar telah menyangka sang hero hanyalah seorang pengawal keselamatan. Itulah definisi yang tepat bagi pasangan untuk kisah ini. Pertemuan yang sepatutnya biasa-biasa akhirnya menjadi permulaan kisah luar biasa. Rae Kyrell, lelaki beku dan tegas, membiarkan saja salah faham itu berlarutan hanya kerana melihat senyuman Alya Adriana adalah sesuatu yang ingin dia simpan lama. Dan dari salah sangka itulah, mereka semakin rapat, tanpa dirancang. "Dengan gaji awak yang kerja sebagai pengawal keselamatan ni awak rasa cukup ke nak sara keluarga?" "Kalau kita tanam rasa syukur dalam hati... berapa gaji pun yang kita dapat, tetap akan rasa cukup," kata Rae dengan tenang. Kata-kata yang membuat Alya terpaku. Membuatkan dia tersedar bahawa lelaki di hadapannya ini bukan sembarangan manusia. Hari demi hari, Rae menjadi tempat Alya berpaut saat dunia meruntuh. "Awak dah sampai sejauh ini. Kenapa nak berhenti sebelum garisan penamat?" Suara itu menjadi semangat, menjadi teduh, menjadi rumah. Namun ketika segalanya terasa tenang, badai mula merangkak masuk. Ada cinta yang ingin diraih, tetapi ada garis takdir dan batas yang tak mampu mereka langgar. "Saya nak genggam tangan awak... tapi saya tahu saya tak boleh ambil awak dari Tuhan awak." Dan perpisahan pun menjadi ujian yang harus mereka telan. "Ucapan selamat tinggal bukan pengakhiran kita... sebaliknya hanya permulaan versi yang lebih baik. Bila tiba masanya nanti, saya akan kembali untuk menjadi lelaki terbaik dalam hidup awak." Ini bukan sekadar kisah tentang pertemuan dan perpisahan. Ini kisah dua jiwa yang saling mencari dalam cara yang paling tidak disangka. Collaboration with author @miasharixaa START: 6/12/2025 END: 6/5/2026
𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C بقلم missdiraa
missdiraa
  • WpView
    قراءات 278,214
  • WpVote
    تصويتات 17,728
  • WpPart
    فصول 70
𝐍𝐢𝐤 𝐉𝐚𝐮𝐳𝐚 𝐀𝐫𝐡𝐚𝐧𝐢𝐟 | 𝐈𝐧𝐧𝐢𝐬𝐚 𝐌𝐮𝐧𝐞𝐞𝐫𝐚 Kehidupan Innisa Muneera sebagai satu-satunya anak bongsu dalam keluarga membuatkan dia hidup penuh dengan batasan. Nak kata strict family? Ya, mungkin saja kerana Innisa tak pernah mendekati mana-mana lelaki. Hinggalah suatu hari kehidupan Innisa berubah. Buat pertama kalinya, Innisa ingin melangkah keluar daripada kehidupan yang selama ini dijaga rapi. "Jangan dekat dengan lelaki." - 𝐈𝐑𝐘𝐀𝐍 "Dah tu, Nisa tak boleh bercinta? Abang nak Nisa jadi andartu ke?" - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 Walau usia sudah berganjak dewasa, Innisa tak pernah sekalipun merasakan dirinya seperti seorang wanita dewasa. Dan saat itu, muncul seseorang yang pernah menjadi sebahagiaan daripada kekagumannya suatu ketika dahulu. Nik Jauza Arhanif. Seorang pensyarah falsafah pendidikan yang tenang, matang dan sukar dibaca. Lelaki yang tanpa dia sedari menjadi sebab kenangan lama kembali berputar dalam fikirannya. Tetapi memulakan hidup sendiri bukan semudah yang disangka. Apabila rasa kagum yang lama tersimpan mula berubah menjadi sesuatu yang lebih dalam, Innisa mula tertanya-tanya... Adakah dia mampu mengejar cinta yang selama ini hanya berani dia impikan? Atau adakah perasaan itu hanya akan menjadi satu lagi batas yang perlu dia langgar? "Kenapa awak panggil saya encik? Kita kawan sekerja, kan?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅 "S-Sebab Encik Jauza lagi tua daripada saya." - 𝐈𝐍𝐍𝐈𝐒𝐀 𝐌𝐔𝐍𝐄𝐄𝐑𝐀 "Then, kenapa tak panggil saya uncle je terus?" - 𝐍𝐈𝐊 𝐉𝐀𝐔𝐙𝐀 𝐀𝐑𝐇𝐀𝐍𝐈𝐅
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] بقلم Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    قراءات 724,210
  • WpVote
    تصويتات 26,960
  • WpPart
    فصول 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
FIRASY ✓  بقلم Thekalon
Thekalon
  • WpView
    قراءات 610,316
  • WpVote
    تصويتات 43,315
  • WpPart
    فصول 65
Known as Learn To Love You "Jangan ingat awak lebih muda daripada saya awak boleh panggil saya suka-suka hati!" - Asyfa Hanan "Jangan ingat kau lebih tua daripada aku,aku akan ikut cakap kau!" - Firas Hakimi Siapa je yang suka kalau hati ni dah ditentukan oleh orang lain, bukannya diri sendiri. Asyfa Hanan tak sangka yang ibunya sanggup mengaturkan kisah hidupnya sendiri. Sejujurnya, kalau orang tu sepadan dengannya apa salahnya kan? Tapi calon bakal suaminya itu bukannya dia kenal. Yang dia tahu, lelaki itu lebih muda berbandingnya. Lagilah mengamuk si gadis. "If I know you're way shorter than me,then marrying you is not a big deal tho." - Firas Hakimi "Excuse me?!" - Asyfa Hanan Mula-mula hanya niat mengusik tapi lama-lama Firas Hakimi mulai menunjukkan usahanya pada Asyfa Hanan. Dalam bahagia yang menginjak, kisah cinta lama Firas Hakimi mulai menjadi tanda tanya buat dirinya. Diari yang dibacanya membuatkannya kesal. Adakah dirinya layak buat lelaki sepertinya? ⸻ ⚠️ Lighthearted romance to soothen your heart❗ ⚠️ Song inspiration: Taylor Swift - Enchanted ⚠️ Unproblematic male lead
+14 أكثر
Menawan بقلم babybreath05
babybreath05
  • WpView
    قراءات 300,479
  • WpVote
    تصويتات 12,203
  • WpPart
    فصول 63
Orang kata perkahwinan itu manis, maniskah ia? Tidak bagi orang yang kahwin tanpa cinta malah kahwin demi keluarga. Begitu juga yang di rasa oleh Emiir Ibrani Elhaziq apabila dia perlu berkahwin dengan Nur Sofia Aurin tanpa kerelaan hati. Apabila dia tahu isterinya adalah kakak kepada Bella Kailani bekas kekasihnya hatinya sakit tetapi tidaklah dia berdendam cumanya dia kecewa malah takut untuk bercinta kembali. Trauma? Sudah tentu. "Cuba buka hati tu untuk saya, tolonglah." Nur Sofia Aurin. "Kalaulah semudah itu." Emiir Ibrani Elhaziq. Hari demi hari, kisah mereka ada sahaja yang tidak kena tetapi apa yang mereka boleh lakukan? Berpisah saat hati sudah mencintai, terutamanya Emiir Ibrani Elhaziq yang sudah jatuh ke dalam cinta Nur Sofia Aurin. Saat hati ingin meluahkan rasa tersebut satu kejadian membuatkan Nur Sofia Aurin tekad akan sesuatu. "Kita bercerai." Nur Sofia Aurin.
22. My Bossy Boss! بقلم TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    قراءات 292,392
  • WpVote
    تصويتات 1,003
  • WpPart
    فصول 3
🐬PAID VERSION. DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Orang kata dia seorang yang cantik lagikan bertuah kerana dapat menjadi pembantu buat lelaki paling kaya dan handsome seperti bosnya. But little did they know! Hubungan dia dengan bosnya saling tak ubah macam Beauty And The Beast! Dia si Beauty! Dan bos prick menyakitkan hatinya ialah The Beast! Urgh! Dia tak tahu macam mana la selama 5 tahun ni dia boleh bertahan bekerja dengan Bos Si Kepala Anginnya ni! Dia tak faham!Ramai-ramai orang kenapa bos dia suka sangat pilih dia untuk lepaskan marah! Memangnya salah dia kalau lelaki kemalangan lalu ni lumpuh dan terpaksa duduk dekat kerusi roda sepanjang masa? Memangnya salah dia kalau tunang bosnya putuskan pertunangan dan batalkan perkahwinan mereka? Memangnya salah dia kalau hari bosnya tidak berjalan seperti yang lelaki ni mahukan? Sebab itu dia nekad!NEKAD! Akan letak jawatan dan keluar dari kekangan hidup lelaki ni! Bukan sebab bosnya seorang yang lumpuh dan kurang upaya! Tapi sebab dia tak tahan dengan perangai tak guna bosnya! Lumpuh tak lumpuh!Perangai tak ubah macam orang perempuan nak monopos! **************************************************** "Apa ni?"tanya bosnya. "Tak Nampak!Itu surat. Surat Perletakkan Jawatan saya. Saya tak nak kerja dengan tuan lagi. Jadi siap-siap cari pengganti. Hujung bulan ni saya berhenti!"lafaz dia dengan bengang. "What?Resign?Kamu sedar tak kamu ikat kontrak dengan saya?" "Of course. Saya tahu sangat mengenai kontrak kerja saya dengan tuan. Sebab itu saya beri surat resign saya awal tiga minggu. Seperti yang dinyatakan oleh kontrak tu!"katanya dari balik ketapan gigi. "No." "Apa?Apa maksud tuan dengan 'No?" "Sebab saya tak izinkannya. That's it. Jadi berhenti tunjuk perangai depan saya.Dan siapkan persiapan untuk meeting saya." YARGH! Oktobber 2020
+11 أكثر
KING DEAN NAFIZAN : HIS LITTLE SISTER✓ بقلم Athrshaa
Athrshaa
  • WpView
    قراءات 265,899
  • WpVote
    تصويتات 15,353
  • WpPart
    فصول 32
[SAMBUNGAN KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL] KING DEAN NAFIZAN- Siapa yang tidak kenal dengan jejaka berbahaya ni?. Sebut saja namanya pasti semuanya ketar lutut. Dia bukan lah mafia seperti cerita lain. Dia juga bukan lah seorang polis yang taat akan undang undang. Darah? sudah sebati dengan dirinya. Senjata api? mainan nya. Siapa sahaja yang berani menyentuh adiknya walaupun sehelai rambut, akan dia pastikan orang tersebut bertemu malaikat maut. Dia, Dean Nafizan. QUEEN DEANA NUZAIFA- Gadis kecil Dean Nafizan. seorang yang manja dengan abangnya. Dijaga seperti seorang ratu. Kemana saja dia pergi pasti si abang mengikuti. "You touch my little sisters I will make sure you die in my hands" ⚠️Matured content ⚠️15+ 🦋Romantic 🦋not a marriage story.
KING DARREN : HIS LITTLE ANGEL✓ بقلم Athrshaa
Athrshaa
  • WpView
    قراءات 1,093,635
  • WpVote
    تصويتات 48,656
  • WpPart
    فصول 42
[SELESAI] KING DARREN : Seorang jejaka tinggi lampai dan berwajah yang tampan. Lahir dalam keluarga yang kaya raya iaitu King'Family. Wajah yang ketat dan dingin mampu buatkan semua orang gerun dengan nya. Melindungi dan menjaga adik angkatnya sudah menjadi tanggungjawab nya. NAIRA ARZWINA : Seorang gadis yang dari kecil sudah kehilangan ibu bapa nya dan dijadikan anak angkat di keluarga King'Family. Tambahan pula dirinya sentiasa dijaga oleh abang angkatnya dalam diam. Walaupun jejaka tu tampak seperti tidak kesah akan dirinya namun dia tidak mengambil hati. Disebabkan sikap manja Naira Arzwina telah luluhkan sekeping hati keras King Darren. ⚠️ Matured content ⚠️15+
The Zarif Haikal Possession  بقلم Fiezajungkookie
Fiezajungkookie
  • WpView
    قراءات 6,279,993
  • WpVote
    تصويتات 223,242
  • WpPart
    فصول 91
Zarif Haikal menatap Zara tajam. Gigi diketap kuat menahan perasaan geramnya pada Zara. Zara menunduk diam. Getaran pada badan Zara boleh dilihat dengan jelas. " Jangan harap kau boleh pergi dari aku Zara ". Ujar Zarif sinis. Zara tergamam. Apa yang dia boleh lakukan? Lelaki di hadapan dia ini punyai segalanya. Manakala dia tidak ada apa apa. | 2 July 2019 - 3 January 2021 | MATURE HOPE BIJAK FIKIR SENDIRI. ADE KATE2 CARUT, KATA KASAR DAN AYAT LEPAS. BUT TAK LEBIH. HOPE FAHAM2 SENDIRI. JGN KATE AKU TAK BAGI AMARAN *-* •~• Don't ever plagiat or copy my work. My work imaginasi dari OTAK aku! Kau copy kite jumpe dekat akhirat sana. Time tu kau kire lah dengan aku.