1
5 stories
RIYANARA | YOU'RE THE ONE by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 489,902
  • WpVote
    Votes 21,634
  • WpPart
    Parts 83
[TULISAN KEEMPAT BY YUYUAIRA] [RayqarlxNaura junior] [RiyyanxAralyn] TENGKU RIYYAN AQASHAH Pemergian tunangnya beberapa bulan sebelum tarikh pernikahan mereka merentap hati lelaki itu sekali gus membuatkan dia berubah menjadi semakin dingin. Kalau dahulu, di dalam dinginnya dia masih murah dengan senyuman. Namun, selepas kejadian itu, sukar sekali untuk melihat senyumannya. Kalau ada pun hanya senyuman sinis. Baginya, senyumannya telah hilang sebaik sahaja jasad tunangnya berpisah dari roh. Dia telah bernekad untuk membalas dendam atas perbuatan orang yang diyakini membunuh tunangnya itu. Baginya, orang yang melanggar tunangnya tidak berhak bahagia. ARALYN HUSNA Seorang gadis yang ceria, lemah lembut, cantik, pandai dan mudah disenangi ramai. Suka membantu orang sekeliling membuatkan dia sangat disayangi. Namun, satu tragedi telah memaksa gadis itu membawa diri ke tempat orang. Dua tahun dia di Singapura, akhirnya dia pulang ke tanah air untuk menghadiri majlis perkahwinan dua orang sahabatnya. Kepulangannya menjadi berita gembira apatah lagi di saat dia menyatakan bahawa kepulangannya itu adalah selamanya. Pertemuan RIYYAN AQASHAH dan ARALYN HUSNA merubah kehidupan dua insan itu. Hidup ARALYN menjadi lebih rumit apabila dia dilamar oleh RIYYAN tanpa pengetahuannya. Perkahwinan yang berpunca dari dendam membuatkan gadis itu dimaki, dihina dan dijadikan tidak ubah seperti seorang hamba. Namun, di saat hati mulai menerima, satu tragedi telah menimpa ARALYN membuatkan gadis itu menghidap amnesia. Perubahan layanan dan sifat gadis itu membuatkan RIYYAN berasa kehilangan yang lebih berat berbanding kehilangan tunangnya dahulu. Pelbagai cara dilakukan untuk menangi hati si isteri semula. Mampukah RIYYAN meraih cinta si isteri semula atau kata pisah menjadi pengakhiran? *** Diinspirasikan dari drama bersiri Thailand yang bertajuk "kluen chewit" tetapi banyak yang diubah. ----- START: 1/11/2021 PUBLISH: 29/01/2022 END: 11/07/2022
Rintihan Rasa ✔️ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 459,501
  • WpVote
    Votes 13,757
  • WpPart
    Parts 80
START - 15 NOVEMBER 2020 END - 24 FEBRUARI 2022 Nuha Madina seorang gadis yang membesar dengan layanan seorang ayah yang dibezakan antara dia dan Nurani Marisa, adik kandungnya. Dia tidak pernah merasa kasih Pak Yussof walaupun dia memang anak kandung lelaki itu. Hanya ibu dan abangnya sahaja sentiasa disisi tatkala airmata menemani tidur Nuha. "Mak, abah tak sayang Nuha ke?" - Nuha Madina. "Mana ada. Abah marah sebab abah sayang." - Mak Asmah. "Nuha kan kuat." - Nadim Muqri. Kematian Mak Asmah memberi kesan mendalam terhadap Nuha. Nuha menjadi seorang yang biadap, keras kepala dan panas baran sehingga mengundang kebencian Nadim. Kasih sayang Nadim mula berubah. Abangnya itu turut melebihkan Nurani berbanding dirinya. "Perangai kau tu yang buat aku jadi macam ni. Jangan nak salahkan Nura. Cermin dulu diri kau. Cuba kau bandingkan diri kau dengan Nurani sebelum nak tuduh aku pilih kasih!" - Nadim Muqri. "Abang... Sudahlah... Jangan tengking Kak Nuha lagi." - Nurani Marisa. Sikap baik dan lemah lembut Nurani membuatkan orang sekeliling menyenanginya. Namun, bukan Nuha Madina. Nurani tidak pernah membenci Nuha walaupun Nuha membencinya. Ammar Huzair, lelaki yang mencintai dan menyayangi Nurani sepenuh hati. Berazam untuk menghalalkan Nurani. Tapi, dirinya diperangkap oleh Nuha. Ammar tetap bernikah tapi bukan dengan Nurani. Nuha merampas Ammar seperti mana Nurani merampas apa yang dia ada. "Aku cintakan adik kau, bukan kau!" - Ammar Huzair. "Aku peduli apa? Aku buat semua ni bukan sebab aku suka kau pun! Aku buat sebab aku nak balas dendam aku pada Nurani!" - Nuha Madina. "Kak Nuha, Nura tak pernah benci Kak Nuha walau apa pun Kak Nuha buat. Tapi, apa yang Nura nak Kak Nuha tahu, sebenarnya kasih abah tak pernah berbeza pun pada kita adik-beradik." - Nurani Marisa. Kebenaran sudah terbongkar. Nuha sesal. Rintihan dahulu kembali lagi. Nurani dah pergi menghadap ilahi. Ammar pula tidak berhenti menguji Nuha.
MASIH ADAKAH JODOH KITA by _Serrah
_Serrah
  • WpView
    Reads 16,151
  • WpVote
    Votes 988
  • WpPart
    Parts 18
Perkahwinan antara Martin dan Raisya hanya berbekalkan dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan.Mampukah ianya bahagia selamanya atau hanya sementara? "I love you Martin"-Raisya "I like this smell.that's you tesoro"-Martin Martin seorang mafia yang digeruni diseluruh dunia ia memegang gelaran 'master' yang menjadi rebutan hampir semua mafia.Tetapi perkara tu sedikit pon tak mencuit hati Martin untuk berasa gentar.Dia menjadi mafia atas paksaan daddy bagi mencari siapakah pembunuh adiknya dan mencari siapakah yang tiba ii ingin bermusuhan dengan keluarga mereka. Adakah hati batu Martin berjaya dilembutkan dengan hanya berbekalkan sebuah perkahwinan.jika mampu adakah kekal selamanya atau hanya seketika? Raisya gadis yang penuh dengan misteri kerana mempunyai sebuah rahsia yang masih tersimpan rapi dalam dirinya dan dia amat mencintai Martin tetapi malangnya dia dibenci setelah berlaku sesuatu yang tidak pernah disangka terhadap dirinya.Raisya menghadapinya dengan sabar sehingga dia berputus asa dan mengubah segala-galanya. Dengan sekelip mata segala bukti dihadapan mata. Dengan sekelip mata segalanya berubah. Masih adakah kesempatan untuk dirinya menebus kembali kesalahan yang dilakukan itu? Masih adakah peluang untuk ianya bertaut kembali? "Just kill that bustard"-??? "Siapa kau?"-Martin START:8 AUGUST 2021 END: STATUS:ON GOING [SLOW UPDATE]
Perfectly Imperfect by faanethy
faanethy
  • WpView
    Reads 1,006,468
  • WpVote
    Votes 46,967
  • WpPart
    Parts 76
Hidupnya tak seperti orang lain. Memegang status sebagai anak kepada isteri nombor dua ayahnya yang sudah tiada membuatkan banyak dugaan yang harus dia tempuhi. Sehinggalah satu kejadian berlaku. Disebabkan hasad dengki kakak sendiri, dirinya dibuang keluarga. Muncul pula Hayyan, seorang lelaki yang tanpa sengaja masuk ke dalam hidupnya. Lelaki menyakitkan hati yang terlalu mencari kesempurnaan. "Kahwin dengan aku. Aku boleh bawa kau keluar dari dunia sadis kau." - Hayyan. Itu janji yang dikatakan Hayyan. Mereka berkahwin bukan dasar cinta. Wardina hanya inginkan tempat bergantung. Hayyan pula ingin lari daripada rancangan jodoh Hajah Fatima. Perkahwinan mereka hanya bedasarkan syarat. Kalau dah duduk sebumbung, sebilik, takkan tiada apa apa perasaan suka yang menyelinap masuk ke dalam hati masing-masing? "You promised me, Hayyan and then you left. You left." - Wardina Start : 23 October 2021 End : 11 August 2022
Tuan Adrian Alexander |COMPLETED✓ by CikNaz18_
CikNaz18_
  • WpView
    Reads 649,299
  • WpVote
    Votes 20,938
  • WpPart
    Parts 41
2 0 2 0 [KARYA 2] Adrian Alexnder × Haura Raissa T A M A T Know as 'Dark World' *Abaikan typo/grammar #Ditulis ketika newbie TUAN ADRIAN ALEXNDER sebaris nama yang agak unik. Dia tidak gila,obses,psycho but dia hanya mahukan gadis itu supaya menjadi miliknya sahaja. Yes! Dia dapat gadis itu. Namun hati manusia cepat berubah dan takdir yang memisahkan mereka. Satu peristiwa telah terjadi yang membuatkan hidup TUAN ADRIAN ALEXNDER serta merta jadi tak tentu arah dan boleh dilabelkan juga dia psiko! Disebabkan kau! Aku jadi macam ni! Disebabkan kau! Aku kena tanggung semuanya! Disebabkan kau! Aku kehilangan dia dan anak aku! Disebabkan kau! Aku terseksa jiwa,batin aku! Disebabkan kau juga! Aku gilakan bayang dia! Hanya disebabkan adik kepada gadis yang dicintainya itu, isterinya meninggal dunia akibat ditikam pada perutnya. "Why aku yang disalahkan! Aku bukan pembunuh kakak dan anak saudara aku! Tapi kenapa aku jugak yang salah?- Haura Raissa "Kau harus terima segala balasan untuk kau!- Tuan Adrian Alexnder "Tak! Kau tak boleh buat aku macam ni. Kau sedar tak yang aku ni adik ipar kau!- Haura Raissa "I don't care about all that. My revenge is more important!- Tuan Adrian Alexnder Hanya kerana dendam, Tuan Adrian Alexnder telah meragut maruah Haura Raissa yang dijaga rapi olehnya selama ini. Dendam mulai bertukar bibit cinta, hati Tuan Adrian Alexnder tidak tahu bagaimana harus dipaparkan bila mengetahui Haura Raissa hamil anaknya sendiri? Satu rahsia telah terbongkar, Tuan Adrian Alexnder mencari Haura Raissa namun semuanya sudah terlambat. siapakah pembunuh isterinya? mampukah Tuan Adrian Alexnder mencari kemana keberadaan Haura Raissa dan anaknya. Dan juga memohon maaf dari Haura Raissa?