malay best romance
5 stories
[C] MY RIGHT PATH 🦋 by onlyyanaa26_
onlyyanaa26_
  • WpView
    Reads 75,681
  • WpVote
    Votes 2,544
  • WpPart
    Parts 48
KARYA PERTAMA AURORA BELLA | HAQ MATEEN Amnesia retrograd, satu bentuk amnesia yang dicirikan oleh ketidakmampuan untuk mengingati peristiwa yang berlaku sebelum satu titik masa tertentu, biasanya sebelum berlakunya kecederaan atau kejadian traumatik. AURORA BELLA, akibat satu kemalangan ngeri yang berlaku dalam sejarah hidupnya itu, telah membuang segala ingatan dan memori yang telah dicipta termasuk bersama sahabat ketika dia kecil. Untuk mengingati semula segala memori yang pernah terlakar itu menjadi satu cabaran buatnya, tetapi setelah munculnya seorang jejaka, perlahan-lahan memori tersebut tiba. Persoalannya, adakah Bella dengan mudah mengingati kembali kesemuanya termasuk memori bersama jejaka itu ? HAQ MATEEN , seorang yang dingin dan sentiasa mempamerkan riak tenangnya itu, terselit kisah dan ujian yang perlu dia hadapi, mempunyai sejarah yang membuatkan dia dan keluarganya perlu menanggung malu, menjadikan dia serik untuk bercinta. Tetapi semuanya mula berubah setelah dia menjumpai gadis yang pernah menjadi sahabat kecilnya muncul kembali, tetapi gadis itu seperti tidak dapat mengingatinya, tapi itu tidak menghalang Mateen mewujudkan perasaan sayang dan cinta kepadanya setelah kejadian dimana di serik untuk mencintai. Persoalannya, adakah Mateen dapat membantu untuk mengembalikan memori sahabat kecilnya dan adakah kali ini akan berkekalan selamanya ? p/s : saya masih newbie untuk penulisan , so dont judge me 🥹 .Happy Reading ! start : 25 June 2024 end : 17 January 2025
FIGHT FOR LOVE [TERBIT] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 1,908,771
  • WpVote
    Votes 19,436
  • WpPart
    Parts 11
[SPORT ROMANCE 1] "What makes you think, yang kau layak dihormati oleh aku?" -RIFFAT HAMRI Hanya kerana satu permintaan daripada ayahnya, hidup Yasmeen Sira berubah 180 darjah. Dari seorang wanita biasa, kini dia terjun dalam arena tinju profesional. Ditugaskan sebagai jurulatih sementara di RCA, menggantikan ayahnya yang jatuh sakit, Yasmeen terpaksa berhadapan dengan cabaran paling besar: Riffat Hamri. Riffat, nama gah dalam dunia tinju, dikenali kerana kehebatan di gelanggang, dan kesombongan di luar. Dibaluti ego setinggi langit dan sikap angkuh yang menjengkelkan, dia langsung tidak menerima kehadiran Yasmeen. "Tolong educated diri kau tu dulu sebelum nak jadi coach. You know what, kau tak layak pun nak latih aku. Berhambus. Go find someone else." - RIFFAT HAMRI "Eh saya ni pun bidan terjun ajelah! Awak berlatih la sorang-sorang, sampai Pak Jamil mampus!" - YASMEEN SIRA Tapi Yasmeen tidak gentar. Baginya, wang adalah matlamat. Namun lebih dari itu, dia ada misi untuk menundukkan Riffat Hamri, si jaguh ego yang terlalu selesa di puncak. "Bagi saya peluang yang terakhir. Kalau saya gagal bawa nama RCA sebagai juara, saya sendiri akan tarik diri. -YASMEEN SIRA Dalam masa dua bulan, mereka dipaksa bekerjasama. Dari benci menjadi hormat, dari hormat mula bertukar menjadi sesuatu yang tak pernah dirancang... cinta. Namun cinta yang hadir dalam kebencian selalunya penuh persoalan. Bertahan atau melepaskan? "Dua minggu kau dah tinggalkan aku. Stay. Stay for me..." - RIFFAT HAMRI START : 1 March 2025 END : 13 April 2025
BAYANG YANG HILANG (SlOW UPDATE)  by VY_BEATRIZ
VY_BEATRIZ
  • WpView
    Reads 62,497
  • WpVote
    Votes 2,118
  • WpPart
    Parts 38
AKAN BERSAMBUNG DALAM BENTUK NOVEL. (author masih buat manuskrip)
[C]  𝐈𝐭'𝐬 𝐘𝐨𝐮! by theFallera
theFallera
  • WpView
    Reads 813,693
  • WpVote
    Votes 25,711
  • WpPart
    Parts 54
「 ✦ELYANA LYRA ✦ TENGKU RAESS AEDDEN ✦ 」 Mempunyai perasaan terhadap seseorang namun perasaan itu hanya dipendam seorang diri. Mahu membuat pengakuan? Fuh! seperti menempah maut sahaja! Jadi disinilah dia sekarang. Hanya berani untuk melihat lelaki itu dari jarak jauh agar tidak dilihat olehnya. ❝Oh my Mr. Vanilla!❞ Jerit Elyana Lyra di dalam hatinya. Wajah itu... membuktikan betapa indahnya ciptaan tuhan. Tidak tahu mengapa tetapi, Tengku Raess Aedden bagai tidak menyukai kehadirannya setiap kali mereka berjumpa. Dia cuma mahu mendekati lelaki itu tetapi terlampau banyak perkara buruk yang terjadi apabila mereka berjumpa. Tidak peliklah mengapa Raess selalu memarahinya. Segalanya menjadi semakin buruk apabila Elyana mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya kepada Raess. ❝ buang perasaan kau tu jauh-jauh. Stop being nonsense. Aku taknak dengar lagi kau cakap tentang ni Elyana.❞ Selepas sahaja kejadian itu, mereka langsung tidak berjumpa. Sampailah suatu hari, mereka berjumpa di satu majlis. ❝I know, I'm hot. But can we go now Miss Elyana Lyra?❞ ❝ Awak siapa? Kenapa awak ada dalam bilik saya ya?❞ Dan disitulah semuanya bermula. COMPLETED [ 19 OCTOBER 2024 ]
𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 | [C] by Missliluna
Missliluna
  • WpView
    Reads 271,936
  • WpVote
    Votes 18,526
  • WpPart
    Parts 49
[ AFTERBURN SERIES I ] Captain Zayn Chester X Captain Hazi Marilyn Zayn Chester, seorang kapten bola sepak yang terkenal dan berjaya, memiliki reputasi sebagai seorang yang dingin dan tegas. Dalam dunia sukan yang penuh persaingan, dia tidak pernah menunjukkan kelemahan, dan perasaannya jarang sekali terlucut. Namun, hidupnya berubah apabila Hazi Marilyn, seorang juruterbang kaya dan dingin, muncul dengan permintaan yang tidak terduga setelah sebuah berita palsu yang membabitkan mereka berdua tersebar di serata media massa. Hazi Marilyn, yang juga memiliki sifat keras dan egois, sedang berhadapan dengan tekanan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan datuknya. Berikut merupakan syarat yang ditetapkan kepada Hazi untuk mengambil alih legasi terbesar keluarga sebagai CEO Royal Sky Airlines. Untuk menghindari situasi tidak diingini ini, dia memutuskan untuk menjalin kerjasama dengan Zayn sebagai pasangan kontrak. Mereka berdua bersepakat untuk berpura-pura sebagai pasangan kekasih demi kepentingan Hazi, namun ego dan kebanggaan masing-masing tidak pernah membenarkan mereka tampil lemah di hadapan satu sama lain. Ketika mereka mengharungi pelbagai cabaran dan situasi gentar dalam peranan mereka sebagai pasangan, Zayn dan Hazi mula melihat sisi lain diri masing-masing. Diselubungi ketegangan dan perselisihan pendapat, mereka mula merasakan sesuatu yang lebih mendalam daripada sekadar perjanjian. Dalam ikatan palsu ini, kedua-duanya mula jatuh cinta secara perlahan-lahan, merobohkan dinding ketahanan mereka. Akan tetapi, adakah cinta sejati mampu tumbuh di antara dua hati yang keras ini, atau akankah ego mereka memisahkan mereka sekali lagi? "Kau bukan buat secara percuma. I pay you." -- HAZI MARILYN "Sadly, I'm a footballer, not an actor." -- ZAYN CHESTER [ rom-com | sport romance | enemies to lovers | fake dating ]