ina1344's Reading List
91 قصة
𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧  بقلم lostlynad_
lostlynad_
  • WpView
    مقروء 32,493
  • WpVote
    صوت 1,161
  • WpPart
    فصول 40
𝓓𝓻𝓪𝔂𝓮𝓷 𝓔𝓷𝓷𝓲𝓸 - 𝓣𝓱𝓮𝓸𝓷𝓪 𝓕𝓮𝓵𝓭𝓸𝓻𝓪 Drayen Ennio seorang lelaki kejam yang berasal dari Itali . Dia merosakkan seorang wanita yang bernama Theona Feldora , kerana dendam . Selepas dendam nya tercapai , dia bertanggung jawab atas tindakan kejamnya . Namun segalanya menjadi sukar apabila , dia tersedar bahawa tindakannya membuatkan isterinya itu , mengalami kemurungan , dan trauma yang besar. Drayen mula bersumpah , terhadap wanita itu , yang dia akan berubah dan mahu membuktikan bahawa dia mampu menyembuhkan segala trauma yang dihadapi isterinya . "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒊𝒔𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝒅𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒌𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒎𝒆𝒏𝒚𝒆𝒔𝒂𝒍 𝒂𝒕𝒂𝒔 𝒕𝒊𝒏𝒅𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 , 𝑫𝒓𝒂𝒚𝒆𝒏 ." - 𝐓𝐇𝐄𝐎𝐍𝐀 𝐅𝐄𝐋𝐃𝐎𝐑𝐀 - "𝑷𝒍𝒆𝒂𝒔𝒆 , 𝒎𝒚 𝒍𝒂𝒅𝒚 . 𝑺𝒕𝒂𝒚 𝒘𝒊𝒕𝒉 𝒎𝒆 𝒇𝒐𝒓𝒆𝒗𝒆𝒓 , 𝒊'𝒎 𝒑𝒓𝒐𝒎𝒊𝒔𝒆 , 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒕𝒂𝒌𝒌𝒂𝒏 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 𝒅𝒂𝒏 𝒔𝒂𝒚𝒂 𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏 , 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒍𝒂𝒊𝒏 𝒑𝒖𝒏 𝒕𝒂𝒌 𝒃𝒐𝒍𝒆𝒉 𝒍𝒖𝒌𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒘𝒂𝒌 ." - 𝐃𝐑𝐀𝐘𝐄𝐍 𝐄𝐍𝐍𝐈𝐎 - Adakah Drayen mampu bersabar untuk memulihkan segala trauma Theona , atau Drayen hanya menenangkan Theona dengan mulut manisnya kerana terpaksa sahaja ? KARYA : 1 GENRE : Darkromance | Thriller 🔞⚠️
SAAT BAHAGIA KITA [ C ] - 1 (UNEDITED) بقلم moonjni
moonjni
  • WpView
    مقروء 2,359,243
  • WpVote
    صوت 113,969
  • WpPart
    فصول 73
Hidup yang dipenuhi dengan kerja. Tiada masa untuk bercinta mahupun berkenalan. "Saya ada buat salah ke dekat awak? Macam tak de je" - sindir Yusuf Numair dengan wajah berlagak. Pertemuan yang dipenuhi dengan perbalahan. "Pandai-pandai la bertanggungjawab. Dah buat orang sakit hati, pandai pula larikan diri" balas Umay Alisa. Dua hati yang cukup tegang namun bakal dilembutkan. Kehidupan yang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ragam. "Abang sayangkan Umay sampai nafas abang terhenti. Maafkan abang, Umay" Leftenan Yusuf Numair sanggup mengundur dirinya demi menjaga hati seorang perempuan iaitu Dr. Umay Alisa. "Start : 27 Februari 2023" "End : 1 May 2023 [Story Ke-8]
Uncle Azra'ie- My Husband بقلم ukaynazain
ukaynazain
  • WpView
    مقروء 6,531
  • WpVote
    صوت 266
  • WpPart
    فصول 12
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak mengikat Adelia sebagai pengantin perempuan. Kecewa dan sakit hati atas tindakan Asyraf, Maryam memerangkap 'Uncle Azra'ie', yang juga merangkap pak cik kepada Asyraf. Setelah perkahwinan, Maryam mulai menyedari bahawa tindakannya terburu-buru. Lebih mengejutkan Uncle Azra'ie merupakan kekasih Kak Intan! "You kata tak kisah ada suami tua macam I? Kenapa you nak kena mengalah pula dengan Intan? You should know Maryam, you sebagai orang muda patut lebih aktif layan orang tua macam I ni."-Uncle Azra'ie Kak Intan pula tak sudah menghasut Azra'ie agar menceraikan dirinya. Paling sadis, Asyraf dan Adelia turut termasuk dalam perancangan jahat yang mahu melihatnya sengsara! Perlukah dia mengalah? Atau terpaksa memikirkan plan lain untuk mengikat hati suami sendiri yang sentiasa kejung itu?
Demi Sebuah Rasa بقلم mieamie_
mieamie_
  • WpView
    مقروء 152,461
  • WpVote
    صوت 6,630
  • WpPart
    فصول 57
Cover by :: @MrsSufi Sejarah lalu mengajar Dyan Uqasha erti hidup yang sebenar. Dari seorang anak yang sering ditaburi dengan kemewahan, dia hilang semuanya... hanya kerana satu tragedi. "Dyan pilih, kami atau budak tu." -Datuk Umar. Kewujudan Daryna Haira sangat menguji kekuatan seorang Dyan Uqasha. Papa dan mama membuangnya dari hidup. Namun dia cuba tabah dengan pilihan yang telah dibuat. "Kalau nak kemaafan dari kami, terima anak Tan Sri Dawud." -Datin Delaila. Demi sebuah kemaafan, Dyan Uqasha akur dengan kehendak takdir. Kehadiran Daim Luqman cuba diterima setulus hati. "Dyan, I bukan nak kahwin dengan you. Tapi, dengan Daryna, mama dan papa you, Mak Cik Leha you... I nak sayang semua yang you sayang, tahu tak?" -Daim Luqman Saat hati mula terbuka untuk menerima Daim Luqman, muncul Faid Harraz menuntut pengertian. "Lama aku cari kau. Bertahun Dyan! Kenapa kau pergi macam tu je?"- Faid Harraz. "Kau dan aku sama-sama tak bersalah. Lupakan semua! "-Dyan Uqasha. Demi Sebuah Rasa, menyingkap rasa seorang Dyan Uqasha.
Tuan Zarief Khairil (Completed) بقلم AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    مقروء 1,985,708
  • WpVote
    صوت 78,521
  • WpPart
    فصول 66
Setelah bertahun tahun tidak menjejakkan kaki ke tanah air kerana bermasam muka dengan ayahnya sendiri menjadikan Faryna Aireen sangat liat untuk pulang ke Malaysia. Bertahun tahun jugalah dia hidup sendirian di negara orang tanpa bertanya khabar tentang orang tersayang hingga dia menjadi terlalu selesa berseorangan. Namun apabila datuknya menggunakan kuasa veto sepanjang menjadi orang yang menjaga dan mendidik Faryna Aireen sedari kecil, terus membuatkan Faryna Aireen menurut tanpa sebarang bantahan. "Tok Ayah nak Ai balik ke Malaysia secepat mungkin. Tiada kata tidak, tiada alasan. Tok Ayah tak mahu cucu Tok Ayah hidup seolah olah hanya sebatang kara." - TUAN IBRAHIM. Tapi apabila sudah pulang ke Malaysia, lain pulak ceritanya! Aih! Tiba tiba Tok Ayah suruh Faryna Aireen berkahwin! "Kasar sangat gurauan Tok Ayah ni. Janganlah bergurau macam ni dengan Ai. Tak mungkinlah Ai akan berkahwin dalam tempoh enam bulan lagi dan akan bertunang hari ini? Mustahil!" - FARYNA AIREEN. Bertunang dan bakal berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dia kenali dan bertemu membuatkan Faryna Aireen rasa menyesal pulang ke sini namun apa lagi yang dia boleh buat apatah lagi saat Tok Ayah dah menaruh harapan yang tinggi untuk melihat dia disatukan dengan lelaki pilihan Tok Ayahnya? "Don't judge a book by its cover, sayang. Macam mana you nak nampak kesungguhan I kalau you tak boleh nak buka hati you untuk percaya pada I? At least you letak sikit kepercayaan tu pun dah memadai." - TUAN ZARIEF KHAIRIL. Bolehkah Faryna Aireen menerima Tuan Zarief Khairil sebagai suami? Bolehkah Tuan Zarief Khairil bertahan dengan kerenah si bakal isteri yang kadangkala memeningkan kepala? TUAN ZARIEF KHAIRIL
Lovely maid. بقلم ika_arzu05
ika_arzu05
  • WpView
    مقروء 129,696
  • WpVote
    صوت 3,460
  • WpPart
    فصول 10
"Wah wah wah. Ayu eh kau? Kenapa nak jadi setan ke duduk lama-lama dalam bilik air tu? Ouhh lupa , kau memang setan dah pun. Sanggup musnahkan kebahagiaan orang lain untuk kepentingan kau. " - Tengku Adam "Tengku Adam bin Tengku Ismail. Awak ingat awak sorang jeke yang ada kekasih hati?" - Nana Ilyana
Isteri Upahan  {Complete } بقلم Aiyla0609
Aiyla0609
  • WpView
    مقروء 161,982
  • WpVote
    صوت 4,057
  • WpPart
    فصول 21
AIREEN ELLYSA, gadis yang kini sedang terdesak. Memerlukan wang untuk menyara hidup, dia hidup sebatang kara tanpa ibu bapa disisi. Tapi ada dia kesah? Huh, tanpa ibu bapa hidup dia lagi aman rasanya! Kematian ayahnya sungguh memberi impak kepada Ellysa sendiri. Ibu? Huh, tiada apa yang menarik tentang wanita yang bergelar ibu itu! Hanya pandai lepaskan tanggungjawab pada orang lain sahaja! Buat masa kini, dia hanya tanam anggur sahaja. Mujur teman serumah merangkap BFFTJ dia sudi menanggung makan minumnya Namun memang tak pernah lagi tercatat dalam kamus hidup dia tu yang akan berjumpa spesies lelaki bajet bagus, bajet handsome, ahh semua benda lah dia bajet! Menyampah! Setiap kali mereka bertemu pasti akan berakhir dengan pertengkaran, percakaran. Macam Tom and Jerry aja lagaknya! "Kau ni memang spesies perempuan tak ada mata ehh?" -KHAIL REDZA "Ewah-ewah mulut. Sebelum awak balik dengan keadaan lagi parah daripada ni, baik awak cakap elok-elok sikit!" -AIREEN ELLYSA "Kau ni,memang jenis butalah! Dah sah-sahlah aku kena belasah. Huh, dasar minah buta!" -KHAIL REDZA "Ciss mulut! Huh, elok-elok muka tu lebam sikit-sikit je, kang bertambah lebam baru!" -AIREEN ELLYSA "Tak sedar diri betul. Badan kecik besar tapak tangan aku aja, ada hati nak tambah lebam?Mimpilah dik oi!" -KHAIL REDZA Huh, mamat ni, memang dia blacklist kan. Kalau jadi jodoh ni, erghh minta jauhlah! Simpang malaikat 44, tetapi Ellysa semakin terdesak. Last sekali dapat upah kalau,jadi isteri. Tapi masalahnya yang offer tu, siapa lagi kalau bukan mamat bajet bagus tu, Khail Redza! Start: [20/12/18] End:[ 15/07/19]
Miss Comel VS Mr. Baran  بقلم SisterNovel
SisterNovel
  • WpView
    مقروء 475,367
  • WpVote
    صوت 15,639
  • WpPart
    فصول 64
Aku mengharapkan cinta dari si adik tetapi malah si Abang pula mengharap cinta dari aku. Siapa harus ku pilih? Orang yang ikhlas mencintai aku atau orang yang aku ikhlas mencintai dia?
Abangku, Suamiku!   بقلم safikah_rohiman
safikah_rohiman
  • WpView
    مقروء 1,546,805
  • WpVote
    صوت 33,389
  • WpPart
    فصول 74
Cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang bernama Puteri Alisya binti Megat Idrus. Dia seorang yang comel,cantik,ceria,peramah dan pandai. Tetapi dia telah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dicintainya. Lelaki itu adalah Irfan. Satu rahsia yang tidak pernah diketahuinya menyebabkan hatinya terseksa. Di sebabkan rahsia itu juga,dia terpaksa berkahwin dengan Irfan. Lama-kelamaan,Alisya telah jatuh cinta terhadap Irfan. Sikap Irfan yang sentiasa mengambil berat terhadapnya dan sentiasa mengusiknya menyebabkan hati dia tertarik dengan Irfan. " Hai sayang,masak apa tu?" -Alif Irfan " Masak kari kepala Irfan," -Puteri Alisya Siapa Irfan sebenarnya? Adakah irfan juga mencintai Alisya? Adakah mereka akan kekal selamanya ataupun sebaliknya? Kalau nak tahu Abangku, Suamiku! ada jawapannya.
Mrs. Rayyan بقلم aeshyy
aeshyy
  • WpView
    مقروء 12,253
  • WpVote
    صوت 625
  • WpPart
    فصول 36
Seorang mahasiswi dipaksa kahwin dengan seorang playboy yang agak famous di universiti itu. Kehidupannya amat bahagia pada mulanya. Namun itu semua hanya sementara setelah satu persatu masalah yang menimpa rumah tangga mereka. Tengku Rayyan Mikael yang merupakan seorang playboy namun sikapnya itu telah berubah setelah dia menjadi suami kepada isterinya iaitu Aireen Mikayla yang juga merupakan mahasiswi di universitinya. Sikap Rayyan yang mempunyai ramai teman wanita, dapat diubah oleh Aireen. Mereka amatlah bahagia ketika bersama namun kebahagiaan mereka hanyalah sementara apabila perbagai konflik yang terjadi dalam rumah tangga mereka. Ada yang melibatkan perasaan dan ada juga yang melibatkan nyawa. Apakah yang akan terjadi kepada rumah tangga mereka? Adakah rumah tangga mereka akan terus kekal atau tidak? Nak tahu baca lerrr... •°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°• Hi readers!! I hope you guys support me...hehehe..btw saya writer baru..so, kalau ada apa apa yang tak kena or something else.. saya minta maaf awal awal.. Okayh <3