Suraya2901's Reading List
4 stories
𝕿𝖊𝖓𝖌𝖐𝖚 𝖟𝖆𝖋𝖗𝖊𝖑 by arnisyaaira
arnisyaaira
  • WpView
    Reads 2,732
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 11
Hari pengebumian tu hujan lebat. Langit gelap. Tanah merah dekat kubur masih basah waktu Melia Alisya Irdina berdiri kaku depan pusara ibunya. Baju kurung hitam yang dia pakai dah lencun kena hujan, tapi perempuan tu langsung tak bergerak. Kosong. Macam separuh jiwa dia ikut ditanam sekali. "Lia..." Suara garau Daddy dia perlahan dekat belakang. Melia tak toleh. Sebab dia tahu lepas ni... hidup dia takkan sama lagi. Ibunya dah takde. Dan rumah kecil yang selama ni penuh dengan gelak tawa mereka berdua pun bakal ditinggalkan. "Lia kena pindah rumah Daddy." Ayat tu buat jari Melia menggigil perlahan. Rumah Daddy. Bukan rumah dia. Rumah keluarga pertama. Rumah orang-orang yang membenci kewujudan dia sejak lahir. Air mata jatuh juga akhirnya. "Liaa taknak..." Tan Sri Malik pejam mata sekejap sebelum mengeluh berat. "Daddy tak boleh biar Lia duduk seorang." Melia tunduk. Dalam kepala dia masih terngiang suara-suara yang pernah dia dengar dulu. Anak perempuan simpanan. Perampas. Anak haram keluarga ni. Dia benci semua tu. Tapi paling dia benci- Hakikat yang semua benda tu mungkin betul. Sebuah kereta hitam berhenti perlahan depan rumah pusaka mereka petang tu. Belum sempat Melia keluar- Pintu kereta sebelah sana dah dibuka kasar. Seorang perempuan cantik berpakaian serba putih berdiri sambil peluk tubuh. Mata tajam dia terus jatuh pada Melia. "Cepatlah." suara dia dingin. "Aku tak suka tunggu." Melia kenal perempuan tu. Tengku Elena Irana. Anak kedua Datin Sofia. Kakak yang tak pernah anggap dia adik. Dan saat Melia melangkah masuk ke dalam kereta mewah itu- Dia tahu satu benda. Kehidupan dia sebagai Melia Alisya... baru saja bermula dengan neraka.
SAUDADE by saranomony
saranomony
  • WpView
    Reads 78
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 7
SinBa's cafe sebuah cafe yang menjadi bukti persahabatan antara Eshaar Aqli dan Sofea Ayana. Persahabatan mereka yang sudah lama menjadi bukti dimana lelaki dan perempuan yang bersahabat tidak semuanya akan bercinta tetapi jauh didalam hati benarkah tidak? Akibat terjatuh cinta musnahkan tali persahabatan mereka? -Eshaar Aqli- "Seorang lelaki yang berkarakter mesra dan ramah tetapi hanya pada orang terdekatnya dan pada Sofea Ayana. Kasih sayang seorang rakan olehnya hanya dilebihkan untuk Sofea. Baginya kebahagiaan Sofea adalah kebahagiaannya." -Sofea Ayana- "Perempuan yang mudah dibuli oleh orang yang pangkatnya lebih tinggi jika dibandingkan dengannya yang miskin. Dia cuba berkawan dengan murid perempuan di sekolahnya tetapi apakan daya usahanya semua sia-sia, ditikam dari belakang, dikhianati, dibuli, dipergunakan dan banyak lagi. Kewujudan Eshaar membantu kehidupannya lebih bahagia. Mereka sudah berjanji, akan berteman hingga akhir hayat mereka dan untuk mengekalkannya Sofea mengajak Eshaar sebuah cafe di Klang, Selangor dan siapa sangka mereka telah berjaya menjadi First Class Cafe di peringkat Global, cafe mereka, menu mereka, diakui oleh penduduk negara luar. Segalanya berubah apabila Eshaaar menyatakan cintanya tetapi ditolak oleh Sofea. Sofea semakin dingin dan mengelak bertemu dengannya hingga Eshaar merasa cintanya tak terbalas akibat sakitnya yang tak tertolong. "Sofea Ayana, hint yang aku bagi dekat kau selama ni tak cukup ke? Kau nak yang proper ke? Aku ikhlas sayangkan kau" -Eshaar- "Sebab apa? My mother doesn't like you! Apa aku boleh buat?" -Sofea Ayana "Shaar, i miss you badly" -Sofea- I hope cerita ni mampu mengisi hari-hari bahagia anda, insya allah tak sad ending. Don't plagiat allah di atas Maha melihat okay. Plagiat2 dosa Bye!
Leon | Mr. Cold Eyes [OG] by miss_chibiii
miss_chibiii
  • WpView
    Reads 10,367
  • WpVote
    Votes 471
  • WpPart
    Parts 18
LEON & AYANA SOFEA "Banana muffin tu pilihan yang baik. Tapi tak manis sangat ke untuk orang yang.... manis macam awak?" - Leon "A-awak? Buat apa kat sini?" - Ayana Sofea 'KIDZULTIMATE' pertemuan mereka yang tidak disangkakan. "I'm not a doctor... just acting je..." - Ayana Sofea "Still comel." - Leon Bunga yang mereka bina baru sahaja ingin mekar, namun satu kejadian yang tidak diingini telah memusnahkannya sebelum sempat ia berkembang sepenuhnya. "Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni, Leon?!" - Ayana Sofea "You know what happens when I get angry, little bunny." - Leon "I love you, princess... ti amo." - Leon "No, you don't, Mr. Leon... stop saying things that make no sense." - Ayana Sofea Dapatkah mereka pertahankan cinta ni? Adakah cinta ini akan kekal selama-lamanya atau hancur di pengakhirannya? ⚠️: Cerita ini adalah sepenuhnya hasil dari imaginasi dan kreativiti saya. Jika ada persamaan dengan karya lain, ia tidak disengajakan. Start : 1 June 2025 End : miss_chibiii
THE DEFECTIVE by Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    Reads 44,089
  • WpVote
    Votes 527
  • WpPart
    Parts 38
*Ini adalah karya Defective versi baru! Sinopsis: Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan.