✨Author - AinaNabilaAzman
11 stories
Menjauh | Racun Rindu 2 (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 6,660
  • WpVote
    Votes 568
  • WpPart
    Parts 34
Kini perkahwinan Iris Zakuan dan Isfahan Edran sudah mencecah 6 tahun. Mereka juga sudah mempunyai seorang anak perempuan iaitu Aira Irdina. Namun kebahagiaan pasangan artis popular Malaysia ini mula tergugat serta retak apabila gosip Han berlaku curang dengan seorang artis wanita muda tersebar. Ini membuatkan emosi Iris terganggu apatah lagi saat dia baru saja keguguran. "Oh, disebabkan I dah tua... I dah tak cantik di mata you? Yalah Isfahan Edran kan lelaki pujaan Malaya! Dah ada isteri, ada anak pun tetap ramai perempuan duk gila-gilakan." - IRIS ZAKUAN "Iris, you are being so paranoid! I takkan curang dengan you. So, please stop accusing me with something that I never do!" - ISFAHAN EDRAN Kemunculan semula Khair Azam membuatkan Han dihurung rasa cemburu. Walaupun Khair sudah berubah menjadi lelaki baik dan ayah yang bertanggungjawab pada Ian, Han tetap merasakan bahawa Khair ada niat terselindung terhadap Iris Zakuan. "He does not resembling me. He's resembling us." - KHAIR AZAM Badai kembali melanda saat dia sudah selesa bahagia. Adakah kali ini Iris akan mengulangi lagi episod pengakhiran rumah tangganya? MENJAUH
Aralyn Adriana : Goddess In Disguise (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 36,572
  • WpVote
    Votes 1,796
  • WpPart
    Parts 43
Selain menjadi seorang senior project architect, dia juga adalah perempuan simpanan yang halal untuk Dato' Jazman. Dalam erti kata lain, dia adalah isteri Dato' Jazman yang disimpan sebalik rahsia. Hanya dia dan Dato' Jazman saja yang tahu tentang status mereka dan dia adalah Aralyn Adriana. Di Jazman Architecture, ramai staf lelaki termasuklah dengan para klien meminati dirinya. Setiap hari dia akan dipelawa untuk keluar bersama dan bermacam lagi oleh mereka namun setiap ajakan itu ditolak kerana sang suami. "Lepas ni jantan mana pulak yang akan ajak you keluar... bagi bunga?" - DATO' JAZMAN. "Kalau tak nak I dikebas orang, tunaikanlah permintaan I. I cuma minta you beritahu satu dunia pasal kita. Tak susah pun kan?" - ARALYN ADRIANA. Ya, mereka sudah berkahwin selama tiga tahun tapi hak Aralyn sebagai isteri masih kabur namun akhirnya dia tetap mencintai Dato' Jazman meskipun orang tua itu kuat cemburu buta apatah lagi saat kehadiran Tarique Gibran yang amat berbudi bahasa dan tinggi adabnya berjaya membuatkan fokus Aralyn teralih kepadanya. "Tanggungjawab seorang suami ni berat, Cik Aralyn. Kalau dah jadi suami tapi masih tak tahu menjaga hati isteri... salah tu! Saya selalu ingat kata-kata ayah saya... kalau nak rumah tangga kita bahagia, suami perlu mengutamakan isterinya terlebih dahulu." - TARIQUE GIBRAN. Makin hari makin jelas kemesraan mereka berdua hingga menyebabkan Dato' Jazman menjadi semakin gila dengan cemburunya apatah lagi apabila rahsia perkahwinan keduanya pecah akibat musuh dalam selimut. Aralyn juga yang menjadi mangsa. "I akan bunuh Gibran kalau itu saja caranya untuk buat you terus hidup dengan I." - DATO' JAZMAN. "Perempuan macam awak ni memang tak layak bahagia! Sampah!" - TARIQUE GIBRAN. Cinta berduri disangka permata, sedih dirasa penuh lara. ARALYN ADRIANA : GODDESS IN DISGUISE
Bukan Mengungkit Tapi Membangkit (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 11,527
  • WpVote
    Votes 1,200
  • WpPart
    Parts 42
[INSPIRASI DARIPADA LAGU SITI NORDIANA] - SITI NORDIANA UNIVERSE Dia... Raqib Idlan. Cinta pertama Laila Karmila sejak dari zaman universiti lagi. Tiga tahun mereka berkahwin tapi semakin lama perkahwinan yang dibina atas dasar cinta itu semakin hambar. Apatah lagi apabila kesenangan mula menjelma saat dia dinaikkan pangkat. Sejak itu, status Laila sebagai isteri hanya dipandang sepi sedangkan wanita itulah yang ada dengannya di kala susah dan senang. "Awak ni selalu kan... menyusahkan saya! Tak boleh ke dalam satu hari, awak berhenti semakkan kepala otak saya ni dengan hal remeh macam ni?" - RAQIB IDLAN "Sekarang ni siapa keutamaan abang? Kerja atau saya? Saya cuma minta sikit aje masa untuk abang luangkan dengan saya. Salah ke? Over sangat ke permintaan saya?" - LAILA KARMILA Saif Hilman Shah... lelaki yang datang secara tiba-tiba tapi sangat menyenangkan. Saat Laila dibuang oleh lelaki yang amat disayanginya, Saif hadir sebagai 'teman setia'. "Perempuan diuji apabila lelaki tiada apa-apa tapi lelaki diuji apabila sudah punya segala-galanya. Know your worth, Laila. Jangan menanti kalau dia dah tak sudi." - SAIF HILMAN SHAH Bukannya sengajaku mengungkit, Tapi kau sengaja yang membangkit Akulah tempat engkau mengadu, Dan akulah juga yang tertipu. BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT
Mimpi Yang Tak Sudah (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 10,134
  • WpVote
    Votes 654
  • WpPart
    Parts 38
Di dalam dunia yang penuh kelam dan kejam, hanya dia sajalah cahaya itu. Dato' Emran Riza sangat terkenal di dalam dunia perhotelan dan turut berkuasa di balik dunia kongsi gelap. Nur Katriana atau Kate, satu-satunya wanita yang berjaya memiliki hati Riza tanpa syarat tapi dia jugalah yang pergi meninggalkan Riza setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar. "Aku tak boleh hidup dalam dunia gila kau ni! Aku tak sanggup nak tengok kau jadi setan. Lepaskan aku!" - NUR KATRIANA "Kau satu-satunya perempuan yang aku nak, Kate. Sampai mati pun aku takkan lepaskan kau." - DATO' EMRAN RIZA "Tak ada satu manusia pun yang boleh terima dipaksa hidup dengan pembunuh, Riza. Aku tak boleh terima kau lagi. Kau bukan lelaki yang pernah aku sayang." - NUR KATRIANA "Kalau kau tinggalkan aku... kau pun aku bunuh!" - DATO' EMRAN RIZA Kau bayang-bayang, Masa nan silam, Ada ketika terbawa-bawa, Oleh resah mimpi yang tak sudah. MIMPI YANG TAK SUDAH
Cinta Si Perempuan Gila (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 194,346
  • WpVote
    Votes 9,134
  • WpPart
    Parts 60
Perkahwinan Helena dan Umar yang terjalin selama 20 tahun hancur lebur sebaik saja Umar bertemu semula dengan kekasih lamanya iaitu Zara di sebuah majlis reunion universiti. Zara menggoda dan merampas Umar hingga menyebabkan Helena diceraikan. Enam bulan hidup Helena jadi terumbang ambing. Menangis, mengamuk, berkurung, murung bagai si gila sementara Zara bersenang lenang dengan Umar sebagai suami baharu. "Bukan salah aku sorang aje. Kalau kau pandai sangat jaga laki, laki kau takkan cari aku."- ZARA. "Abang minta maaf. Abang pilih Zara." - UMAR Dek kerana dendam yang membara, Helena tekad buat kerja gila. Dia berjanji bahawa Zara dan Umar akan dapat balasan yang setimpal atas pengkhianatan mereka. Oleh itu, dia sanggup menggoda Tan Sri Emran, ayah kepada Zara, yang juga seorang duda kaya kematian isteri. Walaupun jurang usia Tan Sri Emran dengan Helana amat ketara, mereka berkahwin juga. "Meet my new beloved wife and your beloved stepmother, Puan Sri Helena." - TAN SRI EMRAN "Kau rampas suami aku... aku rampas bapak kau. Fair and square, right?" - HELENA Sebab itu mereka sering berkata, jangan main gila dengan perempuan gila. CINTA SI PEREMPUAN GILA
Racun Rindu (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 56,842
  • WpVote
    Votes 3,852
  • WpPart
    Parts 80
"Iris binti Zakuan, aku ceraikan kau dengan talak satu!" - KHAIR. Pedih tercarik luka hati Iris dibuatnya apabila suami yang disayangi tiba-tiba melafazkan cerai. Bahtera perkahwinan yang dibina ranap begitu saja saat Khair dengan mudah meninggalkan dirinya bersama seorang anak yang masih bayi. Iris Zakuan yang cemerlang dalam kehidupan sebagai seorang selebriti popular akhirnya kecundang dalam meniti kehidupan sebenar. Setelah bercerai, dia cuba menegakkan hak dan keadilan untuk anaknya pula. Dia mengemis... meminta simpati pada Khair dan keluarga mentuanya agar hak si anak terbela sehingga sanggup turun naik mahkamah semata-mata kerana si anak. "Ian ni pun anak you. Takkanlah secebis masa bersama pun you tak boleh bagi? I tahu kita dah tak ada apa-apa hubungan tapi hubungan you dengan Ian takkan putus sampai bila-bila!" - IRIS ZAKUAN. "Oh, tak cukup dengan tuntutan nafkah RM6K, you nak tuntut pulak masa I dengan budak ni? Hei, budak ni pun entah betul entah tidak anak I lepas tu you main ikut sedap anak tekak aje minta itu ini!" - KHAIR. Setelah dihina bertubi-tubi, akhirnya Iris kembali bangkit. Dia menghidupkan kembali kerjayanya sebagai seorang selebriti di kaca TV dan berubah menjadi semakin cantik. Banyak anugerah yang dia terima dan rezeki kewangan berpihak kepadanya dan 15 tahun kemudian... Khair kembali memohon maaf dan mengharapkan peluang kedua. "Daddy minta maaf. Daddy tak sepatutnya tinggalkan Ian dengan mommy dulu." - KHAIR. "Saya tak ada ayah. Ayah saya dah mati masa umur saya baby lagi. Jadi, encik jangan berlakon seolah-olah encik ayah saya boleh tak?" - ARRIAN ISKANDAR. "Jangan macam ni, Khair! You dah ada isteri! Jangan buat isteri you macam ni. Antara kita cuma anak bukan cinta." - IRIS ZAKUAN. Berjuang demi amanah tuhan meskipun pahit ditelan. RACUN RINDU
Silk, Secrets and The Mistress (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 99,590
  • WpVote
    Votes 4,640
  • WpPart
    Parts 42
Saat pertama Megat Daniel terpandang akan Irsa Hayra, dia sudah terpaut suka. Apatah lagi saat dia mengetahui abang Hayra ada berhutang duit dengannya, dia mencari jalan agar Hayra berada di dalam dakapannya. Akan tetapi, Hayra dipaksa berkahwin dengan Pak Leman, orang kaya kampungnya. Tidak mahu menggadaikan diri pada perkahwinan bersama orang tua miang, Hayra bersetuju untuk menyerahkan diri pada Megat Daniel walaupun dia mengetahui Daniel adalah seorang lelaki itu seorang yang bahaya. "Aku nak kau cagarkan diri kau pada aku." - MEGAT DANIEL. "Lepaskan saya. Saya dah tak boleh tahan nak hidup macam ni lagi." - IRSA HAYRA Cinta atau tidak, yang penting dirinya aku miliki. SILK, SECRETS AND THE MISTRESS
Tersesat Dalam Rindu (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 20,187
  • WpVote
    Votes 1,086
  • WpPart
    Parts 47
Siapa aje yang tak kenal dengan Dr. Nufaira Alana, wanita paling straightforward abad ini? Di rumah, di hospital mahupun di mana-mana... kalau ada yang tidak berkenan di mata dan hati, dia akan luahkan aje tanpa segan silu dengan ayat yang tiada tapisan. Dia telah ditunangkan sejak kecil dengan Wildan yang tidak pernah dia cinta meskipun membesar sama-sama. "Fai tak pernah cakap Fai setuju nak bertunang dengan Wildan. Mama dengan papa pun tak pernah tanya Fai langsung. Apa ni? Dah terlalu banyak makan budi ke sampai sanggup buat anak sendiri macam ni?" - DR. NUFAIRA ALANA. "Kita dah kenal dan rapat sejak kecil. Jadi, I rasa tak salah pun kalau kita kahwin. You tahu I sayang you macam mana, Fai." - WILDAN WAFIY. Pertunangan diteruskan namun Nurfaira enggan memberikan tumpuan pada hubungan itu. Apabila ditanya mengenai perkahwinan, jawapan dia mudah saja... hanya sekadar "tidak bersedia lagi." Sehinggalah dia bertemu dengan Dr. Ammar Adrian... pakar bedah terbaru hospitalnya. Lelaki yang sudah menunjukkan rasa suka terhadap dirinya meskipun baru pertama kali berjumpa. "Saya tak pandai sorok perasaan saya. Walaupun kita baru kenal... saya memang jujur sukakan awak, Dr. Faira." - DR. AMMAR ADRIAN. Nufaira tersepit di antara dua lelaki. Wildan dan Ammar adalah lelak yang baik namun salah seorang daripada mereka bukanlah pemilik hati Nufaira. Apa yang sepatutnya dia lakukan? Siapa yang selayaknya dia cintai? TERSESAT DALAM RINDU
Love You, Again (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 31,446
  • WpVote
    Votes 1,715
  • WpPart
    Parts 40
"I dah tandatangan surat permohonan penceraian. Once you done with your signature, give it back to me." - BENJAMIN ISA Usia perkahwinan 15 tahun di antara Nia dan Isa seperti retak menanti belah. Kasih sayang dan cinta antara mereka seakan sudah pudar dan hanya menunggu masa untuk berpisah. Mereka ada segalanya... anak-anak yang pandai, nama yang dihormati serta harta yang melimpah ruah namun tetap juga asing dalam cinta yang dahulu pernah ada. "We should try to fix our marriage, Isa. Selagi you masih suami I dan I masih isteri you... kita perlu cuba selamatkan rumah tangga kita." - NIA ESANDRA Nia meminta Isa masa untuk pulihkan rumah tangga mereka namun Isa enggan. Jadi, Nia ambil keputusan untuk menjauhkan diri. Apabila Nia kemalangan sewaktu ingin ke lapangan terbang, dia koma. Jadi, hanya tinggal Isa yang menguruskan segalanya. Dari situ barulah dia sedar bahawa dia sunyi tanpa Nia. Saat Nia sedar, dia bukan lagi dirinya yang dahulu. Dia hilang ingatannya dan Isa menjadi asing di matanya. "Saya tak kenal awak. Awak siapa?" - NIA ESANDRA "Kalau ini hukuman untuk I sebab sisihkan you selama ni... I terima. Tapi tolong, kembalilah pada I, sayang. I swear I'll love you right if you come back to me again!" - BENJAMIN ISA Dia mencintai di saat kehilangan dan dia tidak menghargai di saat diperlukan. LOVE YOU, AGAIN
Antara Satu Janji (Completed) by AinaNabilaAzman
AinaNabilaAzman
  • WpView
    Reads 18,547
  • WpVote
    Votes 1,343
  • WpPart
    Parts 44
Sejak perkahwinan bersama Julia gagal, Raden Andika benci pada semua wanita. Baginya, setiap wanita yang hadir di dalam hidupnya hanya plastik dan materialistik. Sama seperti Julia yang menjadi kekasihnya sejak zaman sekolah lagi namun akhirnya turut sama berlaku curang. Kebencian itu membuatkan Andika menjadi lelaki dingin yang ego tinggi dan itu membuatkan ibunya risau. Andika bagai sudah tidak berminat untuk beristeri lagi sedangkan dia perlu sebuah keluarga yang lengkap dalam hidupnya. Maka, Datuk Paduka Maryam meminta Andika untuk mengahwini Laila Kirana iaitu pekerja di resort mereka. "Laila tu perempuan baik. Bonda kenal dia dan keluarga dia. She's perfect to be your wife, Andi." - DATUK PADUKA MARYAM. Meskipun sering kali membantah, akhirnya mereka disatukan juga. Laila menerima dengan lapang dada namun Andika kekal dingin. Dia menganggap Laila sama saja seperti Julia. Muka baik tapi hati busuk! "Dengan bonda bolehlah kau tipu tapi dengan aku, jangan harap! Aku nak tengok sejauh mana lakonan perempuan lindungan Kaabah kau ni boleh pergi. Lambat laun mesti kantoi juga." - RADEN ANDIKA. Saat hati sudah semakin lembut dan terpaut pada sang isteri, api cemburu dan prasangka pula yang diperolehi. Melihat Laila berjumpa kembali dengan Haidar, kekasih kampungnya membuatkan Andika kembali cemburu dan ego meninggi. Dia yakin Laila sedang curang dan ditambah pula dengan hasutan Malik, dia perdaya. "Abang nak Laila buat apa lagi supaya abang boleh percaya yang Laila tak curang? Laila tak curang! Hubungan Laila dengan Haidar dah lama berakhir sebelum Laila kahwin dengan abang." - LAILA KIRANA. Sabarnya Laila menelan semua sikap dingin Andika. Dia kekal bertahan dalam perkahwinan ini kerana dia tahu Andika merupakan lelaki yang baik. Dia dapat rasakan kebaikan dan kelembutan lelaki itu sebagai suami. ANTARA SATU JANJI