darah melayu
3 stories
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 690,642
  • WpVote
    Votes 53,562
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
Puteri Bunian Bulan by AliffMustafa96
AliffMustafa96
  • WpView
    Reads 21,079
  • WpVote
    Votes 783
  • WpPart
    Parts 26
Alam raya ini bakal menyaksikan perubahan keramat menjelang era pengakhiran akhir zaman. Maka satu per satu khalifah di Nusantara pun mula dibangkitkan. Bukan di alam nyata sahaja, malah di dunia sebelah sana juga. Ini ialah kisah kelahiran seorang puteri yang suatu hari nanti bakal mengubah status hierarki beraja di seluruh alam. Lahirnya di sebuah pulau dari Pantai Timur Malaysia. Ini juga kisah seorang putera yang sangat sayangkan maruah umat manusia sehingga sanggup menghancurkan segala-gala dengan bara apinya. Dua manusia berdarah istimewa ini akan melaga keazaman mereka, kepercayaan mereka, tekad dan raksa kersani mereka demi satu matlamat agung untuk membebaskan tanah kelahiran mereka dari terus jahil di dalam permainan syaitan. Kesudahannya akan membuka mata semua makhluk bernyawa. Mereka ialah bukti hidup yang segala-galanya ada di sekeliling kita!
Dusta Puteri Palsu by Qayssz
Qayssz
  • WpView
    Reads 99,627
  • WpVote
    Votes 10,986
  • WpPart
    Parts 83
Dari masa hadapan ke masa lampau. Mustahil tetapi telah pun berlaku. Sangkanya boleh pulang selepas mengadap Tuanku namun kehilangan Sang Puteri menjadi misteri. Takhta tetap harus ada pemegangnya. Ancaman kerajaan musuh terus menerus memaksa Dahlia menggantikan puteri yang hilang. Satu persatu rahsia kerajaan terbongkar merungkai seribu satu misteri, mematahkan segala sejarah palsu. Dua jiwa bertemu kerana Allah. Namun yang disangkakan takdir ternyata hanya sekadar hadir.