my comfort♡
8 stories
Mr. Dimple Yang Manis by sweetiftisour
sweetiftisour
  • WpView
    Reads 31,992
  • WpVote
    Votes 2,167
  • WpPart
    Parts 36
"Aunty masuk dapur kejap ya, Umar. Duduklah dulu. Nanti Ifti bawakan air. Nak minum air sejuk ke panas?" Mendengarkan itu, mata aku terbuntang luas. Laju muka mama yang tersenyum manis ke arah anak jiran rumah sebelah, aku cari. Ewah, Puan Jasmin... Berbasa-basi tu jangan libatkan Ifti tak boleh ke? Dah la tengah frust menonggeng ni sebab crush tak notice. Huwaaa! "Takpe, aunty... Umar baru je minum sebelum datang sini tadi." Alhamdulillah... dia taknak minum. Jimat tenaga aku. "Mana boleh macam tu... Dah datang rumah aunty mestilah kena jamah air, at least. Dah la panas berdiri kat luar tadi." Mati terus rasa seronok aku yang cuma sempat beberapa saat aje berlangsung lepas dia kata dia taknak minum air tadi. Mama ni la... "Ifti pandai buat teh tarik ais kaw viral tau. Rugi kalau tak rasa." Hah, sudah! Nak bancuh sunquick pun aku dah malas teruk. Inikan pulak nak kena masak uncang-uncang teh atas api, buka tin susu lepastu tarik teh tinggi-tinggi--adoiyaiii... "Yeke, aunty..." Tanpa aku sangka, dia juga mengalihkan pandangan ke arah aku. Mata aku dan dia bertembung. Zapp!! Itu bunyi adrenalin aku yang mencanak-canak naik. Dup! Dup! Dan itu adalah bunyi jantung aku yang sikit lagi nak terkeluar dari dada. Fuh! Fuh! Dan itu adalah bunyi nafas aku yang tak sekata! Semuanya gara-gara apa yang berlaku sekarang. Dia tengah pandang aku dengan bibir yang melebar berpakejkan lesung pipit dalam dipipi dekat depan aku sekarang betul-betul buatkan aku terpana, tak berkutik. Subhanallah... Indahnya ciptaan tuhan... "Kalau macam tu boleh la... Teringin jugak nak rasa teh ais tarik kaw viral di rumah ni." "Okey." Itu bukan suara mama, tapi suara aku. "Nak letak boba pearls tak?" "Eh, bukan boba pearl dah habis ke?" Mama mencelah laju. Ya, dah habis. Tapi kalau dia nak, kaklong sanggup je masuk dapur uli pearl tu sendiri, ma... Semata-mata untuk dia. Untuk dia, Mr Dimple yang manis!
IDRAKI : MR STORYTELLER by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 144,120
  • WpVote
    Votes 14,376
  • WpPart
    Parts 25
#3rd Hello Mister! series •Every tale about him were nothing but straight up lies | Musang × Red Panda | AIRISYAA AILITH RINNE BINTI ABDULLAH. Nama yang cantik. Tapi hidupnya penuh dugaan. Dia dilahirkan sebagai anak luar nikah dan dibenci semuanya termasuklah ibu sendiri. Memegang reputasi sebagai 'anak haram si Hanani'. Dibuli dan langsung tiada kawan kerana title jijik dan reputasi ibunya yang buruk. Malah, mereka turut mengejeknya raksasa kerana perbezaan warna rambut merah dan matanya. SEKOLAH TINGGI PUTERA ALEXANDER. Takdir disekolah private itu menemukannya dengan seorang senior penuh misteri. Ailith tak tahu kenapa tapi dia tertarik dengan lelaki tu. "Nah. dino kau." -Aki Tapi Ailith ada dengar berbagai-bagai versi cerita tentang siapa Aki yang sebenarnya. "Kalau kau ada reputasi yang terburuk kat kampung kau, pemegang reputasi terburuk kat sekolah ni adalah tu. Si botak tu lah." "Aku dengar cerita yang dia ni bekas budak juvana." "Katanya dia pernah bunuh orang." "Abang botak tu pernah bertumbuk dengan presiden wira kita tu dulu." "Dia ni jenis barbarian. Cikgu-cikgu takut nak cari masalah dengan dia." Tapi Ailith tak kisah. Bagi dia, tak kisahlah sejahat manapun Aki, dia tetap suka sebab Aki sudi jadi tutor kimia dia. "Ini gambar kau masa tadika? Kau macam red panda. Comel." -Aki "Jangan sukakan aku. Aku ni jahat. Aku tak sepatutnya wujud pun dalam pilihan kau." -Aki 4 tahun berlalu, dan mereka bersua semula dalam satu peristiwa yang gelap. "Jangan jadi murah. Aku ni jahat. Serahkan diri kau kepada aku lagi dan aku akan rosakkan kau. Ini amaran. Jangan cabar aku." -Aki Sejak itu, Ailith tekad. Dia akan jaga maruahnya sebaik mungkin. Namun satu demi satu rahsia di sebalik rambut merah dan namanya mula terbongkar. "Bunuhlah Ailith kalau itu yang abang mahu. Ailith faham. Biarlah Ailith sahaja yang mencintai abang." -Ailith Pilihan yang ada... Dibunuh? Atau dicintai? "Guess this is how the tale of the fox and the red panda end then." -
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 6,098,390
  • WpVote
    Votes 423,323
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,011,970
  • WpVote
    Votes 36,402
  • WpPart
    Parts 68
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.
SEIF by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 468,826
  • WpVote
    Votes 43,833
  • WpPart
    Parts 25
Bermula dari janji dan kepercayaan, masa depan seorang gadis dipertaruhkan oleh ayahnya sendiri. Si abang yang buntu mengambil pilihan mencari pelindung buat adiknya.
Cinta Dua Dunia by sarahdianamarcella
sarahdianamarcella
  • WpView
    Reads 291,485
  • WpVote
    Votes 20,401
  • WpPart
    Parts 84
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut tersesat ke 1000 tahun kebelakang. Dalam usaha dia mencari jalan keluar dan pulang ke masa kini, pelbagai dugaan menimpa dirinya. Dia terpaksa menyembunyikan identitinya yang datang dari masa hadapan. Pertemuan dengan sang Putera pewaris kerajaan Langkasuka lebih menyukarkan dirinya untuk pulang. Sudah banyak cara dia mengelakkan diri dari si Putera itu. Kerana Putera si dingin dan dominan, sudah pun menanda dirinya untuk menjadi si Permaisuri hatinya. Apa akan jadi jika si Putera itu mengetahui gadis itu sebenarnya salah satu dari ramalan yang ditulis? Bagaimana dia mahu mengubah ramalan itu? Bagaimana dia mahu menerima si gadis itu bukan dari asalnya? Adakah pada akhirnya mereka akan bersatu? Fantasy- yes Love- yes Cliche- no Harsh word may include Medical term may include Start- 15 Okt 2023 End- 1 Ogos 2025