pearllza's
3 stories
Mr. Cold Dictator [ TERBIT ] by AizackMesle
AizackMesle
  • WpView
    Reads 637,497
  • WpVote
    Votes 27,287
  • WpPart
    Parts 18
Seperti kebiasaan, rutin hariannya masih tidak berubah. Menunggu anak-anak asuhannya pulang. Cukup memenatkan, tapi ini pekerjaan yang dia pilih. Dalam letih, ada rasa bahagia. Melihat tawa anak-anak kecil itu, cukup melegakan hati kecil dia. "Teacher..." Suara kecil itu menyentakkan dia daripada lamunan. Terasa ada jemari kecil mencuit-cuit lengan dia. Pandangan terus dijatuhkan ke arah punca suara. "Yes honey?" Masih memandang, bibirnya merekah dengan senyuman lebar. Jemari jatuh mengusap kepala anak kecil di bawah dengan lembut. Penuh kasih sayang. Jujur katakan, dia sudah terlanjur sayang. "This is for you..." Terletus tawa kecil saat anak kecil itu malu-malu menyua tiga kuntum bunga kertas yang entah sejak bila dipetik. Disambut dengan senang hati. Turut menurunkan tubuh sedikit. Ingin menyamai paras ketinggian anak kecil itu. Rasa terharu. "Thank you Eshaq!" Puncak kepala anak kecil itu menerima kucupan pantas. Tidak lupa juga, tubuhnya dipeluk erat-erat. "Ehem!" Mendengar suara rendah nan berat itu, tubuh Eshaq dilepaskan. Kembali berdiri tegak di sebelah anak kecil itu dengan kening terjungkit. Sedikit hairan. Mahu bertanya, tapi takut tersalah kata. Jelas dia nampak bingung. Kening yang tidak gatal digaru. "Who are you?" "I'm Eshaq's father. Pleasure to meet you Jelita Elnara." Tegas nadanya membuat seluruh tubuh sang Jelita kejung beku. ⚠️Do not copy any part of this story !
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT) by broleecomel
broleecomel
  • WpView
    Reads 98,837
  • WpVote
    Votes 5,300
  • WpPart
    Parts 11
Setiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yang berulang dan juga bahagia yang tampak seperti air yang sering terlepas dari genggaman. Mikaeyl, lelaki dewasa yang sudah berjaya mencapai cita-cita dalam hidupnya, masih sering menoleh ke belakang dan memerhatikan dirinya ketika dia berumur 7 tahun. Dari ketika dia kecil sehingga dia dewasa begini, dia rasa seperti seseorang yang tidak pernah cukup. Dia rasa seperti ada sesuatu yang hilang walau hakikatnya, hartanya cukup, kerjayanya maju dan dirinya sihat. Mikaeyl tahu jika dia mahu pulih, anak kecil berumur 7 tahun di dalam dirinya itu harus pulih dahulu. Tetapi bagaimana? Kewujudan Haikal Deedat, Aireen Aniesha, Danial Darwish dan juga Eiman Najmi yang juga mempunyai kisah masing-masing, bersama-sama mencari cara memulihkan luka di hati bersama Mikaeyl. Mereka mahu pulih. Mikaeyl Lee mahu pulih. Dan di bawah langit biru, mereka sentiasa saling berkongsi perit yang dipendam demi mencari jalan untuk memulikan luka yang dirasa. Sesungguhnya, kisah ini untuk mereka yang terluka dan menginginkan pelukan memujuk dalam bentuk kata-kata. Genre: Romantic Comedy // Slice of Life