NurulAfiah814's Reading List
4 stories
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,471
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
INFERNO BODYGUARD (TERBIT NOVEL FIZIKAL) by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 489,198
  • WpVote
    Votes 13,056
  • WpPart
    Parts 18
Bagaimanapun jalannya, seperti apa pun prosesnya, ketentuan yang tercipta adalah kuasa Yang Esa. Dalam genggaman takdir, dua jiwa disatukan dalam satu alur waktu, mengikat perkaitan yang tidak mungkin terpisahkan oleh apa jua yang menghalang. Rayyan Razien, ketua bodyguard di Campbell Corporation. Hidupnya berstrategi, pantas berfikir tangkas bertindak. Namun, ketenangannya tergugat apabila jantungnya memberi signal supaya melindungi seorang gadis bernama Hana Mikayla walau dengan apa cara sekalipun. Hana Mikayla, polis yang menyamar sebagai wartawan di syarikat akhbar Nadi Kota. Tanpa sedar, dirinya menjadi target Mafia Death kerana formula dadah Blue Rose yang dipercayai disembunyikan oleh arwah Inspektor Khalid. "Jangan pandang rendah kat aku." - HANA MIKAYLA Campbell Corporation yang turut menjadi sasaran Mafia Death membuatkan Rayyan terpaksa bekerjasama dengan Hana walaupun mereka tidak pernah bersefahaman, kedua-duanya terpaksa akur dengan simpulan takdir antara mereka. Kejutan menyapa Hana apabila DSP Haireen Jamilah membawa masuk Rayyan ke dalam pasukan polis bagi menyiasat kes pembunuhan yang dipercayai berkait rapat dengan dadah Blue Rose. Pelbagai tanda tanya turut mengisi benaknya tatkala melihat tingkah Rayyan yang kelihatan seperti penyiasat profesional. Kenapa mudah benar lelaki itu menebak dan membaca fikiran serta tindakan penjenayah? "Hutang nyawa dibalas nyawa. Aku akan lindungi kau dengan nyawa aku sendiri." - RAYYAN RAZIEN Adakah benar anggapannya selama ini bahawa Rayyan hanyalah orang biasa sahaja? Apa sebenarnya rahsia 15 tahun yang lalu sehingga membuatkan Mafia Death begitu bersungguh-sungguh ingin menghapuskan mereka? Serangan dan pertarungan yang berlaku sungguh mencabar kudrat. Nyawa mereka diasak bertalu-talu dari segenap penjuru. Cinta dan dendam silih berganti mewarnai darah yang mengalir. Tersalah langkah hancur binasa. Berpantang maut sebelum ajal, bangkit berdiri penuh berapi! "Selagi bukan ajal, aku takkan mati."
C | Bidadari Milik Haiyan  by eynaakim
eynaakim
  • WpView
    Reads 939,290
  • WpVote
    Votes 39,430
  • WpPart
    Parts 75
2 𝓷𝓭 𝓼𝓽𝓸𝓻𝔂 𝓫𝔂 𝓮𝔂𝓷𝓪𝓪𝓴𝓲𝓶 | "Kau bidadari yang perlu aku jaga." Ini mengisahkan tentang pasangan yang berkahwin secara paksa akan satu perangkap yang dirancang oleh seorang yang dekat dengannya. Pada mulanya , perkahwinan mereka mulai bahagia sehinggalah satu dendam yang membuatkan rumah tangga mereka mulai goyah . Nyawa si isteri hampir di ragut dan anak pertama mereka yang menjadi mangsa korban akan dendam lama yang tanpa sedar hampir meragut nyawa insan yang tersayang. Apakah kesudahan kisah ini ? (Happy Ending) ⚠️ if you have trauma , DONT READ THIS ! Start : 05 Jan 2023 End : 20/1/23 [Ranking 1 in abused tag] 5/2/23 [Ranking 1 in sweet romance]
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,619,015
  • WpVote
    Votes 205,121
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose