amadoxael 🧠
3 stories
BOOK 10 | Psycho Madman [BAKAL DITERBIT]  by AmadoXael
AmadoXael
  • WpView
    Reads 10,005
  • WpVote
    Votes 890
  • WpPart
    Parts 8
ACTION/PSYCHOLOGICAL/THRILLER -Psycho Madman- "Ini pembunuhan dia yang ke 13" Lima sekawan, bekerja bawah satu unit yang sama. Kode Black. Satu kumpulan detektif yang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Satu kumpulan yang dipandang hebat oleh unit kepolisian sekitar Johor Bahru. Aaden, bergerak sebagai ketua unit. Hazel, sebagai pakar pengendali bahan letupan. Qaisar, terkenal atas kebijaksanaan. Adryan yang penuh dengan semangat setia kawan. Dan Luth seorang pakar IT. Masing-masing mempunyai sifat peribadi tersendiri. Persahabatan mereka kekal sehingga 5 tahun, namun hanya kerana satu kes menyebabkan hubungan mereka retak seribu. Apa motif pembunuh berantai itu? Rahsia apa yang akan terungkai? Siapa pembelot sebenar? Siapa pembunuh sebenar? Dan siapa mastermind sebenar? Start: 3 Jan 2022 End: 25 april 2022
BOOK 9 | Berakhir Tanpa Ikatan [SUDAH DIJADIKAN E-BOOK]  by AmadoXael
AmadoXael
  • WpView
    Reads 2,468
  • WpVote
    Votes 510
  • WpPart
    Parts 8
SAD ROMANCE/ CONFLICT AUTHOR MAVESSA SHORT STORY Aqasha Nurin, seorang gadis dari keluarga yang biasa biasa. Hidupnya sering terselit dengan perkataan malang. Tidak kira dari segi hubungan keluarga, kawan, kewangan, percintaan, kesemuanya dianggap malang olehnya. Tidak pernah sekali dalam hidup Aqasha bersinar satu cahaya yang dinamakan bahagia. Kadang hati sering tertanya tanya, adakah bahagia itu memang benar bukan tercipta untuk seorang perempuan yang bernama Aqasha Nurin? Namun bertemu dengan Danish Farhan, seorang lelaki yang bersifat dingin itu membuatkan dirinya seolah olah bertemu dengan satu sinar baharu dalam hidupnya. Pertemuan mereka yang secara tidak sengaja menyebabkan mereka saling berhubung dan menimbulkan perasaan cinta. "Aku sayangkan kau Qasha, tolong terima lamaran aku" -Danish Farhan. Buat pertama kali dalam hidup Aqasha dia merasa bahagia seperti insan insan yang lain. Hidupnya berubah sejak dia bertemu dengan Danish. Kesemuanya terlihat indah dan berbunga. Namun semua itu lenyap sekelip mata saat dia ditampar dengan satu kenyataan perit. "Maafkan saya Cik Aqasha, berat untuk saya sampaikan berita ni pada cik. Dan saya harap Cik Qasha dapat bersabar dan bertenang. Cik Qasha menghidap barah otak tahap 3..." Sejak itu dunianya seakan berhenti berputar. Terasa bagai semua yang miliknya diragut dalam sekelip mata. Disaat dia baru sahaja ingin merasakan bahagia, kini ujian yang berat pula datang menimpa. Apakah pilihan yang Aqasha Nurin pilih? Apakah pengakhiran kisah cinta mereka? Ikuti kisah mereka dalam berakhir tanpa ikatan. Aqasha Nurin x Danish Farhan Start: 1 Jan 2022 End: Cover made by myself
BOOK 8 | CYBORG GIRL: LAST MISSION [IN PROGRESS]  by AmadoXael
AmadoXael
  • WpView
    Reads 5,113
  • WpVote
    Votes 987
  • WpPart
    Parts 8
ACTION/SCIENCE FICTION/THRILLER Known as: DANGEROUS AND POISON Kehidupan seorang gadis bernama Avra Aveline sangat menyenangkan. Hari hari berlalu dengan begitu indah dan nyaman. Seorang pelajar universiti yang sedang mengambil sijil master, apa bahaya yang boleh menjemput? Tiada. Dia hidup bahagia bersama keluarga tercintanya. Namun kebahagian yang disangkakan akan kekal selama-lamanya itu, musnah sekelip mata. Avra diculik oleh seorang lelaki bertopeng hitam ketika dalam perjalanan untuk ke kedai membeli keperluan memasak. Dia dikurung dan dijadikan tahanan di dalam sebuah makmal kosong yang terbengkalai di tengah tengah hutan. Lebih mengerikan apabila hutan itu terletak atas satu pulau yang jauh dari mata dunia. Penghuninya hanya mereka berdua. Bukan itu sahaja, Avra turut dipaksa mempelajari cara menghasilkan bahan letupan dan cecair cecair yang merbahaya. Tidak cukup dengan itu, penculiknya turut mengajar Avra pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Berhari-hari Avra dilatih dan dilayan bagaikan seorang askar. Namun sepanjang mereka bersama, identiti lelaki betopeng itu masih belum dapat diketahui. Ini menyebabkan Avra turut naik pelik. Siapa identiti sebenar lelaki ini? Mengapa dia begitu berahsia? Namun persoalan itu tidak habis begitu sahaja. "Aku akan lepaskan kau," Seperti janji yang dilafaz, Genap 3 bulan dia menjadi tahanan lelaki itu, Avra dilepaskan kembali ke dunia luar. Namun kehidupan tenang Avra berubah seratus peratus. Dia menjadi buruan oleh sebuah organisasi rahsia. Satu persatu rahsia kehidupannya akhirnya terbongkar. "Mereka tipu kau Avra?!" Avra terpaksa melarikan diri demi keselamatannya. Kenapa Avra menjadi buruan? Mampukah Avra bersembunyi daripada organisasi itu untuk selamanya? Apa yang organisasi itu mahukan dari seorang perempuan polos bernama Avra Aveline? "Kenapa kau tolong aku?" -Avra Aveline "Sebab kau milik aku pada awalnya," - Luke Angel Narfi Start:6 Jan 2022 End: 100% my own idea. Don't copy my story.