nlxaroses
- Reads 873
- Votes 94
- Parts 16
Aurelia tidak pernah melupakan Muhammad Saif.
Lelaki yang pernah menjadi teman baiknya, cinta pertamanya dan pemilik segala janji yang dibuat pada penghujung zaman persekolahan mereka.
Ketika Saif melanjutkan pelajarannya ke luar negara, hubungan mereka masih lagi utuh. Mereka berkongsi cerita, impian dan harapan tentang masa depan yang bakal dibina bersama.
Sehinggalah suatu hari......
Saif menghilang tanpa khabar.
Mesej tidak dibalas.
Panggilan tidak dijawab.
Aurelia hidup di dalam kebencian. Dia membenci Saif tanpa mengetahui lelaki itu sudah pergi meninggalkan dirinya buat selama-lamanya.
Dan segala penantian Aurelia saban waktu berakhir dengan berita yang mematahkan hatinya.
Saif telah meninggal dunia di dalam satu insiden yang tidak diingini.
Gadis itu cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. dia perlahan-lahan menerima bahawa sesetengah kehilangan tidak pernah menemukan jawapan.
Namun kemunculan Aryan mengubah segalanya.
Lelaki dingin itu sukar dibaca dan sentiasa menyembunyikan sesuatu di sebalik pandangan matanya yang kosong. Anehnya, setiap kali bersama Aryan, Aurelia merasakan satu perasaan yang tidak mampu dijelaskan.
Seolah-olah dia pernah mengenali lelaki itu.
Seolah-olah ada bahagian di dalam dirinya yang masih mengingati sesuatu yang telah lama hilang.
Tatkala rahsia demi rahsia mulai terbongkar, Aurelia terpaksa berdepan dengan sebuah kebenaran yang tidak pernah terlintas di fikirannya.
Kerana ada manusia yang tidak pernah benar-benar pergi.
Dan ada nama dan aksara yang hilang....
Tetapi pemilik aksara itu ternyata masih hidup.
Ikuti kisah Aurelia di dalam AKSARA YANG HILANG