fav 💕
126 stories
Mr pirate [SPECIAL CHAPTER] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 19,640
  • WpVote
    Votes 1,865
  • WpPart
    Parts 2
Rumah tangga Husna dan Andikha Rafael sentiasa disulami tawa dan bahagia. Mereka mungkin pasangan biasa, namun cinta mereka luar biasa. Namun, saat bulan Ramadan kian menjengah, angin di teratak mereka mula berubah arah. ​Sikap Lanun tiba-tiba menjadi aneh. Lelaki yang dulunya penyayang dan sentiasa ingin berkepit, kini mula menjauh. Emosinya tidak menentu, cepat terasa, kuat merajuk, dan adakalanya meminta perkara yang bukan-bukan! Husna buntu. Haruman kesayangannya yang dulu dipuji Lanun, kini dikata tengik hingga membuatkan suaminya mual. ​Hati isteri mana yang tidak resah? Di sebalik kebisuan dan wajah pucat Lanun, adakah kasih sayang lelaki itu benar-benar sudah pudar?
Until We Meet Again [C] by imsyazz
imsyazz
  • WpView
    Reads 44,231
  • WpVote
    Votes 1,630
  • WpPart
    Parts 39
• Third novel by: @imsyazz • 2nd Teen Fiction by: @imsyazz "I just can love you from afar." Ifti Liyana, seorang budak perempuan yang selalu berseorangan dan di fikirannya asyik fikir pasal belajar, belajar dan belajar. Tak rasa lengkap harinya kalau sehari tidak belajar. Ye, itulah dia. Mikael Ayden, seorang lelaki yang sombong pada luaran bagi menutupi sifat sebenarnya. Hensem dan pandai, itulah benda pertama yang diucapkan oleh semua orang. Ditakdirkan satu hari, Ifti berjumpa dengan Mikael untuk kali pertama. Mereka berdua mula rapat dan saling melindungi antara satu sama lain. "Oi Ifti, janganlah merajuk lagi. Tak bestlah kalau kau merajuk." "Ifti, tara! Aku belikan coklat kegemaran kau." Namun semuanya berubah apabila Ifti mendapat tahu tentang diri Mikael. Dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada lelaki itu. Dia tak layak. Dia tak layak untuk Mikael. Dan dia memang tak layak. Don't forget to read, vote and comments! Eheks! 😚 Cover by: @imsyazz Start: 7 February 2022 End: 18 September 2024 📌 DON'T BE STUPID TO COPY OTHER STORY 📌 ⚠️HAK CIPTA TERPELIHARA⚠️
FIGHT FOR YOU by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 53,407
  • WpVote
    Votes 5,530
  • WpPart
    Parts 8
[SPORT ROMANCE 2] Dia tiada sesiapa. Dia tiada apa-apa. Tapi takdir mempertemukannya dengan lelaki yang mengubah segalanya. Naureen Arani. Gadis yang dipandang sepi oleh dunia. Hidupnya hanyalah sisa - berbekas luka, berdiri di hujung jalan yang tiada arah. Namun semuanya berubah dalam satu pertemuan tidak dijangka... saat dia bertembung dengan Rizqin Yasla - lelaki misteri, tenang, dan berhati beku. "Kenapa awak peduli sangat? Kita baru kenal sepuluh minit." "Aku peduli... sebab aku manusia. Bukan sebab kau istimewa pun. Jadi, jangan cepat sangat nak perasan." Dari asing menjadi sahabat, dari gurauan menjadi pengubat, dan dari tangisan menjadi pengikat. Tapi di balik wajah ceria Ara, tersembunyi satu kebenaran yang boleh mengubah segalanya. "Kita masih boleh jadi kawan kan, Iqi?" - NAUREEN ARANI "Jangan panggil aku Iqi... Nama aku Riz." - RIZQIN YASLA Dan sejak saat itu, dunia yang pernah mempertemukan mereka... mula meleraikan satu demi satu simpul persahabatan yang terbina. Dalam sekelip mata, insan yang dulunya digelar sahabat, kini berdiri sebagai musuh diam, dipisahkan oleh ego, luka lama dan salah faham yang tak pernah terjelaskan. Ara menghilang tanpa khabar. Namun demi sebuah penyesalan... dia kembali. Tapi bukan lagi sebagai Ara yang penuh celoteh dan jenaka spontan. Kali ini, dia kembali sebagai Naureen, wanita yang berbeza. Matang. Tersusun. Penuh rahsia. "Saya nak belajar boxing dari awak. Be my personal trainer. One-on-one. Exclusive. Just me... and you. I don't do crowd." - NAUREEN ARANI "Maaf, Cik Naureen. Tapi saya tak terima sesiapa untuk belajar di RCA. Terutama... awak." - RIZQIN YASLA Rizqin sudah membina tembok. Tapi Naureen tak berniat untuk berundur. Tetapi dalam permainan yang penuh amarah dan ego ini, mampukah mereka kembali menemui diri mereka yang sebenar, atau akhirnya, mereka hanya akan menjadi dua jiwa yang saling terluka? "Betul ke perasaan benci awak lebih dalam daripada rasa sayang pada saya?" START : 23 APRIL 2025
Jodoh Salah Swipe | OG by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 73,614
  • WpVote
    Votes 8,586
  • WpPart
    Parts 42
⚠️ clichè Siti Indah x Aiman Fakhri uni student x fitness coach, partime stuntman - blurb update soon start : 12 April 2025 end :
MY LOVE SIGNAL [OG] by leesophielia
leesophielia
  • WpView
    Reads 2,736
  • WpVote
    Votes 327
  • WpPart
    Parts 7
[SPORT ROMANCE 4] 'Born for the Ice.' Mereka pernah dijulang. Mereka pernah menjadi kebanggaan. Namun hanya kerana satu insiden tragis yang berlaku lima bulan lalu, nama Ice Squad United jatuh menjunam. Kepercayaan hilang. Reputasi musnah. Apa yang dibina bertahun-tahun lamanya, runtuh sedikit demi sedikit. Kehadiran Jihan Denara sebagai Konsultan Komunikasi dianggap sinar baharu buat kelab itu. Dia dipertanggungjawabkan untuk memulihkan semula imej Ice Squad United yang semakin tercalar. Mudah? Langsung tidak. Kerana bukan semua orang mahukan perubahan. Terutama sekali para pemain. "You seem nice. But I don't do girlfriends." - EISA MUQRI "Jangan risau. I don't do boyfriends, either!" - JIHAN DENARA Bagi Jihan, Eisa ialah manusia paling menyebalkan yang pernah ditemuinya. Degil, kapten poyo dan terlalu yakin bahawa dunia perlu bergerak mengikut rentaknya. Namun apabila mereka dipaksa bekerjasama demi menyelamatkan imej pasukan yang sedang berdepan pelbagai kontroversi, garis antara benci dan suka mula menjadi kabur. Semakin banyak masa dihabiskan bersama, semakin sukar untuk mereka menafikan tarikan yang wujud. Tetapi dalam dunia sukan profesional, cinta bukan sekadar soal perasaan. Kerana kadangkala, isyarat yang paling sukar untuk dibaca bukan datang dari gelanggang. Tetapi dari hati sendiri. START : 2 JULAI 2026 END :
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,147,466
  • WpVote
    Votes 57,484
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 389,012
  • WpVote
    Votes 27,585
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 977,917
  • WpVote
    Votes 41,252
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
Perfectly Imperfect [C] by Putsheraa
Putsheraa
  • WpView
    Reads 329,417
  • WpVote
    Votes 14,003
  • WpPart
    Parts 48
"I am a fool for all of your perfect imperfections." Feeya Athiya. Seorang gadis extra 'comel' yang desperate nak habiskan degree. Merasakan dirinya serba kekurangan beserta pengalaman buruknya dengan spesies lelaki sebelum ini, Feeya tolak jauh-jauh keinginan untuk bercinta. Fokus utamanya, jadi doktor falsafah macam arwah nenek impikan. Ziyaad Eiskandar. Seorang lelaki beku yang sering dianggap songsang, hanya kerana dia memiliki syarikat kosmetik khas untuk lelaki. Ditambah pula dengan rambut ikal mayang separas bahu yang selalu dibiarkan lepas, memang mengukuhkan tuduhan orang. Tak pernah Ziyaad ambil peduli dengan cakap-cakap orang. Internship Feeya Athiya menemukannya dengan Encik Ziyaad Eiskandar. Awal-awal dah tersalah panggil pakcik cleaner! Disebabkan first impression yang tak seberapa cantik itu, tak ada satu hari pun Feeya tak stress dengan Encik Boss Tarzan seorang tu! Pengalaman 'masa lalu buruk' Feeya Athiya mengucar-kacirkan keadaan. Abah tak kasi sambung master, Abel, kawan baiknya pula enggan berkahwin sebab tak nak tinggalkan Feeya sendirian. Tindakan mummy Ziyaad Iskandar mengatur perkahwinannya dengan anak temannya menambahkan resah di jiwa Ziyaad. "Jom kahwin dengan aku." -Ziyaad Iskandar "Taknak. Boss kan gay." "Oh really? I'm pretty sure I can prove my straightness to you after we get married though." Akhirnya mereka berdua disatukan. Berkali-kali Feeya ingatkan dirinya yang perkahwinan ini hanyalah 'marriage of convince' sebab hari-hari rasa macam terfall in love dengan husband sendiri. Baru sahaja bunga-bunga cinta nak bertunas, satu rahsia yang terbongkar menjarakkan keduanya. Feeya tak sangka lelaki yang dinikahinya adalah kunci segala derita masa silamnya. "Feeya Athiya, let me mend the things I've broken. Please." -Ziyaad Eiskandar "Pergi mampos." Dua patah perkataan yang hampir meluluhkan semangat Ziyaad. Akan adakah peluang untuk Ziyaad Iskandar meraih kembali cinta seorang Feeya Athiya?