Hots <3
9 stories
RAYN ILHAM ✔️ by ESYAMAI
RAYN ILHAM ✔️
ESYAMAI
  • Reads 754,366
  • Votes 23,763
  • Parts 61
2nd Story ❤ Rayn Ilham Umar Al-Khalid RAYN ILHAM, dia seorang gadis. Ye gadis, jangan hanya melihat pada namanya. Dia cukup lengkap memiliki ciri-ciri seorang wanita melayu terakhir. UMAR AL-KHALID, lelaki ini hidupnya terlampau serius dan penuh dengan disiplin. Penyatuan 2 keluarga menemukan mereka berdua. Bila Rayn yang tak berapa nak berdisiplin ni jumpa dengan Umar, apa jadi agaknya. "selipar ni tak tahu letak kat rak ke?? "-Umar "nanti nak guna la. "-Rayn "nanti ke, esok ke. Letak kat rak. Sekarang!! "-Umar Ala-ala tentera kan??? Tapi memang betul pun. Umar tentera. Dia adalah laskar muda TLDM. Rayn yang sememangnya nakal dan suka mengusik Umar yang beku. Tahan ke Umar dengan perangai Rayn. "abang nak cakap apa?? "-Rayn "aku akan kahwin dengan kau. "-Umar Rayn memandang Umar, tidak percaya. "tapi, aku takkan putus dengan Zahra. "-Umar Bahagia yang baru sekejap bertandang, kini pergi. Bahagia buat mereka, hanyalah sementara. "lepas kan Rayn. Ini yang terbaik untuk kita. "-Rayn Ye benar, jika itu yang terbaik. Apa mereka boleh lakukan.
ANGGUN ADHIYA ✔️ by ESYAMAI
ANGGUN ADHIYA ✔️
ESYAMAI
  • Reads 347,768
  • Votes 11,406
  • Parts 51
4th Story ❤ Anggun Adhiya Affan Al-Haq Cinta dan Sayang. Dua perkara yang tidak boleh dipaksa dan kehadirannya tidak kita ketahui. ANGGUN ADHIYA, demi menyempurnakan hajat arwah ayahanda nya. Dia sanggup meninggalkan lelaki yang sudah lama bertakhta dihatinya. Itupun, bersebab. AFFAN AL-HAQ, hatinya sudah tertutup serapatnya untuk menerima kehadiran insan bernama wanita didalam hidupnya. Sakit, itu yang dia rasakan saat mengetahui wanita yang dicintainya pergi buat selamanya disaat dia sedang menanti hadirnya hari untuk wanita itu dihalalkannya. Namun, pertemuan dua manusia yang bagaikan langit dan bumi ini mampu merubah segalanya. Anggun, seorang gadis yang manja, periang, peramah tinggal sebumbung dengan Affan yang dingin, beku dan garang bak harimau. "boleh tak jangan garang sangat. Seram tahu tak?? "-Anggun "ada aku kacau hidup kau?? Tak ada kan?? "-Affan Sayang?? Tipu la kalau Affan tak jatuh sayang pada gadis bernama Anggun itu setelah beberapa bulan tinggal bersama. Tapi, itu sayang sahaja. Cinta? Belum lagi. "saya Melina, kakak kepada arwah Melisa. Bekas tunang Affan. "-Melina. Hadirnya, untuk menguji sekuat mana rumah tangga Affan dan Anggun. Namun ternyata, tidak la kukuh seperti masjid diluar sana. Baru disentuh sedikit, sudah bergoyang. "aku tak boleh Anggun. Aku tengok dia, teringat arwah Melisa. "-Affan "jadi, kahwin la dengan dia. Pasal saya, tak apa. Tolak tepi okay?? Saya okay. Saya ikhlaskan hati saya untuk bermadu. Janji, awak bahagia. "-Anggun Kahwin dengan Melina?? Adakah itu keputusan akhir Affan??
TSK: Nuansa by NurIzzahHani
TSK: Nuansa
NurIzzahHani
  • Reads 36,554
  • Votes 3,191
  • Parts 11
Sejauh mana kau sanggup berkorban untuk sebuah negara yang tak akan menjulang nama kau andai kau gugur saat bertempur bahkan nama kau akan terus terkubur? Sejauh mana kau sanggup lari daripada fitrah hakiki manusia yang mahu hidup bertuhan untuk meneruskan kemandirian hidup dalam dunia yang kelam? Perkenalan dengan Nuha Zuhailin seorang gadis penghantar makanan FoodKoala menjadi titik permulaan perubahan hidup Insp. Ahmad Aqil yang sedang menjalankan penyiasatan ke atas Clan of Sinners sebuah kumpulan penjenayah berprofil tinggi bertaraf antarabangsa. "Aku dah tak ada apa-apa atau sesiapa yang nak aku lindungi. Aku dah tak takut apa-apa dalam dunia ni." - Nuha Zuhailin "Jadi tak ada masalah la kalau aku nak minta kau jadi pembantu rumah mama papa aku? Kau tak ada sesiapa dan tak takut apa-apa." - Ahmad Aqil Dunia ni, sentiasa ada tempat untuk orang-orang yang berusaha.
ALPHA 122 by NurIzzahHani
ALPHA 122
NurIzzahHani
  • Reads 229,894
  • Votes 21,916
  • Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
Garis Masa by NurIzzahHani
Garis Masa
NurIzzahHani
  • Reads 120,553
  • Votes 8,932
  • Parts 35
SINOPSIS GARIS MASA.. #PBAKL19 Kehidupan itu bermula dengan kelahiran dan berakhir dengan kematian. Di tengah- tengahnya ada berjuta pilihan sepanjang garis masa kehidupan. Azril Aqil, seorang doktor tentera merangkap anak manja Umi dan Abah memilih untuk menjadi anggota pasukan khas Armada Laut DiRaja ; Trodaire dan doktor neurologi paediatrik dalam masa yang sama. Keputusan paling gila yang pernah dibuat dalam hidupnya. Bercinta? Langsung tidak pernah terlintas di minda. Hanya Umi sahaja perempun dalam hidupnya. Sehingga dia, si rambut ungu Dr. Violet Lim hadir bersama 1001 persoalan tentang kehidupan. "Don't judge a book by its cover? Tolonglah, kita ni manusia memang jenis tertarik pada benda cantik sebab tu first impression tu penting. Jadi, kalau betul islam tu indah bukan ke tanggungjawab kau sebagai Muslim untuk jalankan perintah agama dan jadi duta kecil kepada agama kau?" - Violet Lim Kehidupan peribadi, nyawa pesakit dan mempertahankan negara, Segalanya terlalu berat untuk digalas sekali. Pasti akan ada yang perlu dikorbankan. Ah, sekali lagi, bukankah kehidupan itu tentang pilihan? Keajaiban itu wujud andai Tuhan dijadikan sandaran. - Azril Aqil
The Silent Killer by NurIzzahHani
The Silent Killer
NurIzzahHani
  • Reads 3,588,845
  • Votes 164,329
  • Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
Bintang Paling Terang by NurIzzahHani
Bintang Paling Terang
NurIzzahHani
  • Reads 643,076
  • Votes 43,749
  • Parts 46
Aku dah rancang sepenuhnya jalan hidup aku. Belajar elok-elok, jadi cikgu dan balas jasa Abang Ahmad yang dah korbankan zaman mudanya untuk membesarkan aku sejak aku berumur enam tahun. Tapi, betullah kata orang ; manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Pertukaran daripada sekolah bandar disebabkan oleh insiden yang hampir mencalarkan kredibiliti aku sebagai seorang guru ke sekolah di pedalaman Sarawak tiada dalam perancangan apatah lagi bila aku dihantar sekali bersama dia ; Amirul Mukminin. Aku ingat dia dan segala usikannya pada zaman sekolah rendah sudah selamat dalam kenangan. Rupanya muncul kembali bagai zombie yang keluar daripada tanah perkuburan. Izz Hanina Binti Khalid, abang tak akan izinkan kau pergi mengajar dekat Sarawak kecuali kau kahwin dulu. - Abang Ahmad Nak kahwin dengan siapa? Takkan la nak main cekup je anak teruna orang?! - Izz Hanina Abang pinangkan Amirul Mukminin untuk kau. Tamat. - Abang Ahmad Pening kepala aku dibuatnya dengan tauke nanas bujang terlajak ni! Tak segan ke nak pinang anak teruna orang? Lepasan Universiti Al-Azhar, Mesir pula tu! Aku yang brutal ni, dengan pak ustaz? Macam tak kena je... Melayari bahtera perkahwinan sambil berdayung atas sampan di Sungai Rajang. Bismillahirrahmanirrahim, redah je lah!
[EBOOK]Dia Askar Aku Cikgu by miss_ayden
[EBOOK]Dia Askar Aku Cikgu
miss_ayden
  • Reads 710,144
  • Votes 26,599
  • Parts 50
{COMPLETE} Saya seorang yang sangat mudah berurusan kalau awak serius dengan apa yang kita kena lakukan- Syifa'Mawardah Maafkan saya.Saya yang salah saya minta maaf sangat-sangat Wardah - Irfan Amsyar ***** Ya memang pelajar perempuan yang jumpa dulu itu saya.Dah tepilah!Saya nak keluar.Macam mana saya nak keluar kalau awak masih peluk saya?- Syifa' Mawardah Kau mandi tak lagi Mar? Busuk lah kau!Tepi jangan berani dekat dengan aku kalau kau tak nak makan peluru- Irfan Amsyar Sudah dijadikan ebook... Start : 5/7/2020 End : 5/12/20 #4thbook
QAYDER : MR COLD by Blqs_Rose
QAYDER : MR COLD
Blqs_Rose
  • Reads 10,352,855
  • Votes 374,694
  • Parts 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.