Raby
4 stories
12. Miss Picasso And Mister Nice Guy. por TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    LECTURAS 111,482
  • WpVote
    Votos 7,589
  • WpPart
    Partes 65
Baru saja dia hendak angkat kepala memandang ke pintu apartmentnya, tak semena dia dengar suara orang menjerit dan pintu jiran barunya terbuka secara mengejut sebelum seorang lelaki tidak berbaju lari keluar menerpa ke arah dia. "HUUARGHHHHH!!!"teriak lelaki tu semasa lari ke arah Hazel. Dengan mata terbutang luas, Hazel berdiri kaku dekat situ sebab terkejut dengan apa yang di lihat. Bukan sebab lelaki tu tak berbaju, tapi disebabkan lelaki tu berseluar pendek kotak-kotak dengan masker melekat dekat muka, pegang penyapu dan bulu ayam dekat dua-dua tangan dan berkaki ayam sedang lari ke arah dia seperti orang mental keluar dari hospital sakit jiwa je gayanya. WHAT THE FREAK! "Tolong!Tolong!!"lelaki tu menyorok belakang badan Hazel dengan cemas. Mata Hazel terkedip-kedip bingung bila lelaki lampai bertubuh sasa tu pegang penyapu dan bulu ayam tu dekat dengan muka dia. Berasa rimas, Hazel alihkan tangan tu dari bahu dia dan jauhkan diri dari lelaki psiko tersebut. Mata Hazel naik turun menilik lelaki depannya. "Kau apahal gila!"marah Hazel sambil tepis-tepis pakaian kerana berasa jijik dengan jiran barunya. Harap je muka handsome tapi gila. "Tu..."tunjuk lelaki tu lagi ke arah pintu rumahnya yang sedang terbuka luas. Malas nak layan, Hazel cepat-cepat dapatkan pintu dia lalu tekan pass code pintunya. "Wei...jangan la pergi dulu. Tolong aku buang benda alah tu dari rumah aku sekarang!"lelaki tu dapatkan Hazel sekali lagi. Dia pegang lengan Hazel lalu digoyangkan dengan terdesak. "Haish!Lepas la! Apa pegang-pegang ni!"tepis Hazel dengan rimas. "Apa bendanya tu!"marah dia. "Li-lipas...wei..benda tu besar...serius..besar macam penumbuk aku ni.."lelaki tu sua kepalan penumbuk dia depan muka Hazel. Over betul! "Besar kau ke besar lipas tu lagi! Pijak je apa susah, mati la nanti!Tepi!"Hazel tarik pintu dia untuk di buka, tapi tangan berjari runcing tu tolak pintunya tertutup semula. Mei 2020
10. You And Me Never por TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    LECTURAS 188,540
  • WpVote
    Votos 13,216
  • WpPart
    Partes 86
Sambil bernyanyi kecil sewaktu keringkan rambut dengan tuala, Aster berjalan keluar dari bilik air lalu ke meja solek untuk keringkan rambut. Duduk je dia dekat kerusi, hair dryer dipasang pada plug sebelum capai sikat. Baru je dia nak pegang hair dryer itu, mata dia terarah pada cermin depannya. Dan melihat apa yang dipantulkan semula, menjerit terkejut Aster dibuatnya. "Argh!"jerit dia sampai jatuh tergolek ke belakang kerusi meja soleknya sebab terperanjat sangat. "Buahahahahahahahah!!!"suara orang ketawa kedengaran sejurus itu. What the hell! Siapa tu? Aster bangun dari jatuh dia dengan susah payah sebelum berdiri menghadap katil dimana orang asing tu sedang baring melunjur ketawa terbahak-bahak. "Siapa kau ni!"soal Aster sambil acu sikat ke arah lelaki di katil dia. Hei...siapa-siapa pulak masuk bilik dia ni! Lelaki yang tengah peluk bantal golek Aster tu perlahan-lahan berhenti ketawa sebelum duduk bersila menghadap Aster. Sambil ketawa menyeka air mata dari tepi mata dia berkata. "Serius?Takkan la dah lupa aku?" "Siapa kau sampai aku perlu ingat?" Aster pandang pelik. Macam mana lelaki ni ada akses untuk masuk ke rumah dia, siap duduk atas katil dia lagi tu. Mama dengan papa dia takkan tak perasan. "Baik kau keluar dari sini sebelum aku call polis!"halau Aster semasa gerak ke telefonnya yang ada dekat meja belajar menghadap tingkap. Dengan cekap, lelaki tu lompat turun dari katil dan mendarat di lantai sebelum cepat-cepat ke meja belajar itu dan rampas telefon tu terlebih dahulu sebelum Aster sempat sentuh. Menahan nafas terkejut Aster bila tangan tu muncul dari sisi dia dan merampas telefonnya sekelip mata macam apa. "Hei!"marah Aster semasa memandang terkejut ke pencerobohnya itu. "Na'ah..not so fast princess."sengih lelaki itu dengan boyish. April 2020
40. Beautiful And Bittersweet por TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    LECTURAS 154,460
  • WpVote
    Votos 1,141
  • WpPart
    Partes 6
🐬PAID VERSION.DAPATKAN DI NOVELPLUS 🐬 Zehra Ivory. Seorang nerd? Mungkin. Pemalu. Kekok. Sudah tentu. Dia ada rahsia yang tiada siapa tahu. Lebam.luka yang tiada siapa pernah nampak dan jeritan yang tiada siapa pernah dengar. At least la itu yang dia fikirkan. Bahawa kewujudan dia ni tiada siapa yang sedar. Lalu muncullah, seorang pensyarah baru yang menggantikan pensyarah lain di kelas kuliah sama Zehra hadiri. Sir Neel Adam, seorang lelaki berpewatakan ceria yang easy going. Menarik minat ramai pelajar. Namun ramai-ramai di situ, dia dapati Zehra tidak seperti gadis yang lain. Perasaan ingin tahu menguasai Neel. Yang membawa dia kepada pendedahan sisi gelap Zehra Ivory. Apa yang akan berlaku? Berjayakah Sir Neel meruntuhkan tembok yang selama ini Zehra cuba pertahankan? Mula - 27/7 End - 31/12 Disember 2021.
Fall for Me! - [FȺĦIM] por CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    LECTURAS 2,009,818
  • WpVote
    Votos 97,045
  • WpPart
    Partes 60
-"Mungkin kau bukan yang sempurna. Tapi kau lah yang teristimewa"- ---- IQBAL Fahim. Diantara kawan - kawannya, dia lah yang paling nakal. Meskipun begitu... bicaranya tidaklah sekasar mana jikalau hendak dibandingkan dengan rakan yang lainnya. Sikap pemalu Fahim buatkan mereka yang lainnya jadi pening kepala. Lantaran itu Rash membuat keputusan untuk menyatukan adik perempuannya dengan kawan baik dia sendiri. "Kahwin dengan Fahim", - Firash Amril Hendak menolak, sudah tentunya Alfia tak sampai hati. Apatah lagi apabila dia melihat wajah bersungguh abangnya sulungnya. Justeru itu, Alfia sudi hulurkan tangan untuk berkahwin dengan Fahim. "Tempat kau kat situ. Tempat aku kat sini. Jangan robohkan benteng kita!" - Iqbal Fahim Mahu atau tidak, Alfia terpaksa menjadi nakal. Dia harus buat Fahim jadi seperti lelaki lainnya. Tapi dia tak mampu hendak nafikan perangai Fahim adakala menghiburkan juga! "Aku akan goda kau. Aku akan buat kau lupa yang kau tu pemalu!" - Alfia Nasuha "Aku akan tunggu", - Iqbal Fahim Berjaya tak agaknya si nakal Alfia menggoda Fahim? Nakal - nakal dia bukan perkara yang biasa. Nakal - nakal dia boleh buat Fahim jatuh cinta! ------------- Start; 7/5/2020 End; 2/6/2020 ------------- •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD! •••••••••••••••••• •••••••••••••••••• Sweety cover by @frggie ●Cerpen Farhah: 10 chap + 1 special chapter●