EBOOK / DITERBITKAN
1 story
 LaithYasra  by missdiyyah
missdiyyah
  • WpView
    Reads 8,259
  • WpVote
    Votes 925
  • WpPart
    Parts 5
Laith Riyadh dan Nur Yasra. Dua orang manusia yang mempunyai perbezaan personaliti yang sangat berbeza. Seorang ke Utara dan seorang lagi ke Selatan. Seorang pendiam dan seorang lagi mulut kepoh. Pertemuan mereka di Kampung Kenanga sejak Laith berpindah ke kampung itu, telah mewujudkan pelbagai aksi lucu. Yasra, seorang budak nakal yang terkenal di seluruh kampung itu. Baling pacat dan lintah? Mengusik budak-budak dengan berlakon jadi hantu? Sergah orang-orang tua? Semua dia dah buat. Layak diberi hadiah dan gelaran budak paling nakal. Laith pula seorang budak yang pendiam. Buku saja peneman dia. Sejak dia berpindah ke kampung itu, Yasra adalah manusia dan makhluk Allah yang paling dia nak elak. Dia tak mahu menjadi mangsa kepada Yasra yang sudah kali ke berapa pun dia tak tahu. "Laith, betul ni tak nak ikut Yas main layang-layang?"- Yasra "Yasra, saya tak nak. Jangan kacau saya belajar boleh tak?"- Laith "Ceh, berlagak. Tengok la buku itu sampai tembus."-Yasra Namun saat Yasra tiada siapa di sisi, Laith la peneman dia. Laith yang banyak membantu dia. Perkara itulah yang menyebabkan Yasra mula menaruh hati kepada Laith. Belum sempat Yasra ingin meluahkan perasaan dia, tiba-tiba Laith menyambung pelajaran di negara lain dan perasaan itu disimpan oleh Yasra. Beberapa tahun berlalu dan Laith kembali ke Kampung Kenanga. Perkara apa lagi yang akan berlaku antara mereka? Dapatkah Yasra meluahkan perasaan yang disimpan olehnya kepada Laith? Cover by: Quendarkness ©Missdiyyah