Most favourite one
2 stories
Gadis Penjual Bunga [✔] by nanadeea
nanadeea
  • WpView
    Reads 290,020
  • WpVote
    Votes 16,461
  • WpPart
    Parts 53
----- [C] ----- "Kau bercinta untuk apa?" --- Qaim Zufar Qaim belum pernah bercinta. Gara-gara mama, dia jadi takut untuk menyerahkan hatinya pada insan bergelar kekasih. Dia lari dari segala kemewahan biar tak timbul peluang untuk disakiti lagi. "Cinta itu buta? Bullshit." Trauma ditinggalkan mama itu buat hatinya separuh beku membenci kaum Hawa. Namun akal dan tindakan tidak lagi jalan seiring apabila suatu hari Tuhan takdirkan dia bertemu dengan si gadis ayu persis wanita melayu terakhir yang menangis dalam hujan, meraih simpati dan perlindungan darinya. Apa yang bakal terjadi seterusnya? ➖➖➖➖➖➖➖➖ "Aku bercinta untuk hidup. Cinta buat jiwa aku tak mati." --- Indi Imani Hidup Indi tak seindah kedai bunganya. Selepas kematian orang tua, cinta dia yang selama ini setia hanya untuk seorang pria kecundang selepas dipersendakan lelaki itu. "Aku tak pernah pun cintakan kau. Nak tahu apa yang aku cinta? Duit. Duit, Indi." --- Faiz Demi memuaskan hati sendiri, dia bertekad untuk membalas perbuatan bekas kekasih yang mengkhianatinya dengan mendapatkan teman lelaki palsu. Tetapi bagaimana jika pertolongan yang datang cuma dari posmen garang yang kurang kasih sayang itu? Bolehkah bunga yang mengejar kumbang, atau sebaliknya? Kerana bagi Indi, manusia tanpa cinta ibarat lagu tanpa irama, langit tanpa bintang.
𝑩𝒂𝒉𝒂𝒈𝒊𝒂 𝒀𝒂𝒏𝒈 𝑫𝒊𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎 [C] by nfsalala
nfsalala
  • WpView
    Reads 283,778
  • WpVote
    Votes 2,757
  • WpPart
    Parts 11
• SIRI PERTAMA • COMPLETED at 13 June 2020 • In editing (some parts have been unpublished) ❁❁❁❁❁ Siri percintaan yang penuh dengan onak duri. Jangan sangka ini kisah cinta tentang perempuan yang mampu menggamit bahagia. Kehilangan berganti kehilangan bukan keinginannya. Tetapi, keinginan Tuhan yang Esa. "Saya dah bangun macam yang awak mahukan. Sekarang, tolong. Berhenti menangis." - FARISH HAYKAL "Itu saja yang saya mampu buat." - SYAURAH IMANI Namun, dalam kesulitan menerima takdir, hati memujuk supaya reda. Kekentalan hati membawa ke dunia baharu. Aturan Tuhan hebat, dalam berjuta-juta manusia dari pelbagai pelosok, Dia menyatukan dua hati dalam tidak sedar, cinta kian berputik sejak masjid mereka dibina. "Sebab dah sayanglah! Kalau awak tinggal saya satu hari nanti, saya rasa saya boleh gila." - SYAURAH IMANI "Sekarang pun dah gila." - ARASH RAFREEN Ternyata, kemunculan seorang lelaki dalam hidup Syaurah Imani membawa sinar baru. Senyum tawanya terlakar dalam tidak sedar. Hidupnya berubah. Demi Tuhan, dia bahagia dengan lelaki ini. Walaupun cuma seketika. Setelah satu demi satu dugaan melanda.. Seutuh mana janji diikat, sekuat mana lafaz cinta, sehebat mana kuasa cinta, dia tewas. Lemas dalam lautan dendam, terjerat dalam sangkar ciptaan Si Busuk Hati. Utuh lagikah cinta mereka? Kuatkah mereka? Arash Rafreen buntu. Patutkah dia melepaskan gadis ini sedangkan dia terlalu cinta? Ya, kerana itulah takdir. Takdir yang perit untuk diterima namun apakan daya. "You left too soon. I wasn't done loving you yet. You're my last forever, my one and only."