𝕱𝖆𝖓𝖙𝖆𝖘𝖞 ♡
198 stories
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,290,766
  • WpVote
    Votes 803
  • WpPart
    Parts 1
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 971,185
  • WpVote
    Votes 43,144
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
BIARKAN HATI MENCINTAI by saiatieya
saiatieya
  • WpView
    Reads 315,082
  • WpVote
    Votes 10,827
  • WpPart
    Parts 55
Gara-gara satu peristiwa, MAIZATUL AQILA memutuskan ikatan pertunangan antara dia dan Irfan. Pada hari yang sama, Irfan disahkan meninggal dunia kerana kemalangan. Tetapi tanpa dia duga, bakal abang ipar tak jadi pula yang masuk meminang. Kerana satu rahsia, dia dipaksa untuk menerima pinangan itu. Hari sepatutnya dia berkahwin dengan Irfan telah menjadi hari perkahwinan dia dengan lelaki bernama HADHIF ISYRAF. "Aku takut harga diri kau makin jatuh. Aku cuba selamatkan sebelum terlambat." -Hadhif Isyraf. Setelah bergelar isteri Isyraf, Aqila harus sabar menerima segala hinaan yang dilontar oleh Isyraf. Dia hanya perempuan murah yang beruntung kerana dapat jadi isteri kepada lelaki mahal seperti Isyraf. Namun dalam sinis nada bicaranya, Isyraf juga ada rasa simpati pada Aqila. "Saya nak gugurkan kandungan ni."-Maizatul Aqila "Tak cukup dengan dosa berzina, sekarang kau nak tambah dosa dengan bunuh anak tu pula?" -Hadhif Isyraf. Mana sanggup Aqila mahu membesarkan anak hasil daripada hubungan haramnya. Setelah Isyraf memujuk, barulah Aqila mengalah. Tentang siapa bapa kepada anak dalam kandungan, hanya Aqila dan Isyraf saja yang tahu. Disebabkan kesilapan Aqila sendiri, rumahtangga yang mula mendapatkan cahaya kebahagiaan kini kembali bergelap. Tambahan pula, Suzana semakin berani mengganggu hidupnya. "Kau jangan ingat aku tak tahu siapa bapa anak dalam perut kau tu." -Suzana. Aqila bingung. Siapa sebenarnya Suzana? Banyak rahsia dia yang Suzana tahu. Termasuklah kisah silam yang pernah terjadi antara dia dengan bekas tunang. "Saya rasa lebih baik kita berpisah. Saya dah tak nampak ke mana hala tuju perkahwinan ni."-Maizatul Aqila Aqila nekad mahu berpisah. Tiada guna dia pertahankan perkahwinan ini jika hati Isyraf dah mati untuk dia. Apa pengakhiran perkahwinan mereka berdua? Adakah perkahwinan ini akan dipertahankan? Atau perpisahan menjadi pilihan terbaik buat mereka?
Jika Kau Yang Memiliki || EDITING 2.0 [HIATUS] by chrysyaniezz
chrysyaniezz
  • WpView
    Reads 212,199
  • WpVote
    Votes 7,095
  • WpPart
    Parts 43
○Bacaan ringan dan santai○ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025
Pretty Mischief by fairyfynn_
fairyfynn_
  • WpView
    Reads 1,787
  • WpVote
    Votes 127
  • WpPart
    Parts 5
Kisah Zarl Izael dan Bella Rosella. | a.k.a Si Nakal & Si Diva | immortal love song - mahadewA Peringatan : Tulis sekadar suka-suka.
[OG] Cinta Terakhir by IzzIman_27
IzzIman_27
  • WpView
    Reads 32,728
  • WpVote
    Votes 3,688
  • WpPart
    Parts 21
[SECOND BOOK] Genre: Family Drama + Healing Romance Qalish Amsyar x Zuheyr Iman + Zahra Imani 🤍 Pertemuan Qalish Amsyar dengan seorang budak lelaki bernama Zuheyr Iman di wad pediatrik berjaya mencuri sekeping hatinya. Kasihnya tumpah tanpa dia sedari. Jiwa kosongnya terisi dengan kehadiran budak itu. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambat hati si kecil comel itu. Di kala lelaki sebayanya sibuk mengejar perempuan untuk dijadikan isteri, dia pula sibuk mengejar adik orang. Bila hati terlampau sayang, dia tidak sanggup berjauhan. Dia mahukan budak itu sentiasa dengannya. Oleh itu, keputusan drastik dibuat. Demi si kecil comel itu, lamaran diberi kepada kakak sulungnya. "Kahwin dengan saya. Saya nak jaga awak, Zahra." -Qalish Amsyar- Zahra Imani sebagai anak sulung, menggalas tanggungjawab untuk melindungi adiknya. Masa lalu mengajar Zahra untuk lebih berjaga-jaga apa lagi melibatkan adik bongsunya. Kehadiran Qalish sebagai watak baru dalam hidup mereka membuatkannya tidak senang. Apatah lagi bila si adik mula bergantung dengan 'orang luar' tersebut. Maka satu keputusan dibuat. Si kecil menjadi taruhan. Antara keluarga dan orang baru. Antara cinta dan kasih sayang. Yang manakah pemenangnya? Kisah ini bukan sekadar kisah cinta antara dua manusia tetapi juga kisah kekeluargaan yang tidak pernah putus. Start: 4/1/2026 End: Highest Rank: #1 Wattpad Malaysia #1 Siblings #1 Healing #2 Malay #2 Cute #4 Keluarga #5 Trauma #5 Family #6 Sayang
Bunga Seroja : Suri Hati Mr. Parliament | [C] by SAZBAM
SAZBAM
  • WpView
    Reads 17,075
  • WpVote
    Votes 737
  • WpPart
    Parts 36
Tunku Hans Emir X Bunga Seroja Bunga Seroja : Seorang model berusia 23 tahun.. Hidup di antara kilauan dunia glamor dan luka yang tak pernah sembuh. Di sebalik Seroja yang ceria dan baik hati, dia membesar dengan tidak cukup kasih sayang seorang ibu, sering dibandingkan oleh ibunya sendiri. "I ni asik kena banding dengan Ma! I ada life sendiri... Ma asik fikir you je yang paling berguna dalam rumah ni! I ni macam bahan eksperimen dia" - Bunga Seroja - Hans Emir : pula Seorang ahli politik berpengaruh dan berusia 30 tahun. Dia trauma untuk menjalinkan hubungan romantik bersama wanita lain, Sejak itu, Hans mengunci hati dan dia juga tidak percaya pada cinta, apatah lagi perkahwinan.
ELENA ERYSHA by balqisjuandy
balqisjuandy
  • WpView
    Reads 434,395
  • WpVote
    Votes 16,615
  • WpPart
    Parts 54
TENGKU ELENA ERYSHA | IFFAT AMSYAR Elena Erysha. 24 tahun hidup tidak pernah membantah mahupun melawan kehendak kedua orang tuanya. Walau dia sering dilayan tidak ubah seperti orang luar, dia kekal bersabar. "Kau tak nak kahwin dengan aku pun tak apa, Elena. Aku tak kisah. Aku boleh batalkan semuanya dengan syarat kau bagi apa yang aku minta. Boleh?" - Emir Farhan Kehidupan yang sememangnya penuh derita, bertambah lagi apabila si ibu memaksanya bertunang dengan seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. "Saya cuma tak nak jadi selfish bila saya selalu utamakan diri saya dulu." - Elena Erysha "Put yourself first isn't selfish, Erysha. It's a self-care. Awak tak boleh selalu utamakan orang lain sampaikan diri awak yang jadi terakhir." - Iffat Amsyar Setelah semuanya, dia dihalau tanpa belas kasihan. "Kalau kau dah tak reti nak hormatkan semua orang, aku nak kau keluar daripada rumah ni! Aku tak ada anak yang tak kenang budi dan kurang ajar macam kau!" Memang itu yang Elena mahukan sejak dahulu, tetapi bukan dalam situasi begini. Dia hanya mahu merasakan dilayan seperti seorang manusia, bukan binatang. Benarlah kata orang; ketika kita diam dan bersabar, tiada seorang pun yang peduli tentang kebaikan kita, tentang apa yang sudah lama disimpan dan dipendam seorang diri. Tetapi apabila sekali sahaja kita menyuarakan suara yang selama ini lebih memilih untuk diam, kita pula yang akan nampak terpaling jahat di dalam kisah mereka. "Kahwin dengan saya dan saya akan bantu awak untuk keluar dari semua ni." - Iffat Amsyar Elena cuba untuk menerima kehadiran Iffat di dalam hidupnya. Tetapi seperti biasa, hidupnya tidak pernah tenang tanpa ujian. "Maybe one day we'll meet again and explain to each other what really happened." Start: 15/3/2025 End: 30/7/2025 NO PLAGIARISM ALLOWED! ⚠️
Alma's King (C) by hani_j29
hani_j29
  • WpView
    Reads 70,070
  • WpVote
    Votes 2,939
  • WpPart
    Parts 49
Buku ini adalah kesalahan saya sendiri. "People fall in love in a mysterious way" Raja Faiq Aysar seorang lelaki yang dikenali ramai kerana wajahnya yang tampan, bakatnya bermain bola keranjang dan... seorang playboy. Ya, dia buaya darat yang terkenal di Royal Highschool. Tapi satu hari, hanya disebabkan satu senyuman, dia jadi buaya yang setia. Ya ke? Tengku Alma Dhahikah. Gadis yang lembut, happy go lucky dan riang membuat ramai orang senang dengan dia. Jadi murid baru di sekolah yang berprestij itu bukan mudah. Dengan hati separuh terbuka, dia terima juga sekolah itu. "I fall for your sparkling eyes when you smile" *cerita ni mungkin akan jadi cerita paling cringe and cliche *jangan expect tinggi sangat *penulisan masih penuh cacat cela *JANGAN PLAGIAT saya susah payah perah idea Start: 29/8/2023 End: 27/8/2024
𝐖𝐡𝐞𝐧 𝐅𝐥𝐨𝐰𝐞𝐫𝐬 𝐁𝐥𝐨𝐨𝐦 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 133,490
  • WpVote
    Votes 9,273
  • WpPart
    Parts 53
Empat puteri. Empat kisah hidup yang berbeza. Di celah rutin yang berulang, sesuatu mula mekar. Bukan kerana dirancang, tetapi kerana kehadiran yang akhirnya terasa perlu. Mereka berbagi darah yang sama, tapi bukan impian yang sama. Dibesarkan penuh kasih oleh si ayah seperti bunga yang tumbuh mekar di taman. When Flowers Bloom mengisahkan tentang empat adik beradik yang memiliki kehidupan masing-masing. Dalam perjalanan hidup mereka yang semakin meningkat dewasa, saat itu mereka menemukan apa itu erti kebahagiaan dan cinta.