😍👍👍 ( 2)
6 stories
Rapsodi Milik Khalish by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 1,978
  • WpVote
    Votes 340
  • WpPart
    Parts 20
HITAM. Satu perkataan paling sinonim dengan Khalish Adam, seorang pemuda yang hidupnya jadi berantakan hanya kerana dia cuba mencari sebuah kebenaran. Dia pernah menginginkan pelangi tetapi taufan hebat memusnahkan asanya. Di sebalik penampilan luar yang kasar dan sikap tidak peduli, ada jiwa sakit dek derita yang kian memamah diri. "Kau nak hidup macam mana? Rumah, kereta, bil-bil semua siapa nak bayarkan? Simpanan kau banyak mana sangat? Dah habis nanti, kau nak duduk bawah jambatan?" - Yeop Pudin "Biar saya ikut sekali. Saya pun nak bacakan al-Fatihah dan Yaasin. Biar bertambah satu doa lagi buat arwah. Mudah-mudahan arwah akan lebih tenang di alam sana." - Irsa Kaleela "Jangan biarkan dendam mempermainkan kita, Khalish." - Hayfa Yeop Pudin sentiasa sedia untuk membantu. Irsa Kaleela dan Hayfa pula muncul dalam hidupnya tanpa disangka. Mereka cuba menuntun Khalish menyusun semula rentak langkah, mencari apa yang hilang, menamatkan pencarian dan memadamkan dendam lama. Mampukah Irsa dan Hayfa membawa warna indah ke dunia hitam Khalish? Siapakah yang dapat mengembalikan pelanginya? Selamat berkenalan dengan Khalish. Mungkin kekusutannya berjaya kalian leraikan. 😊
Kau Yang Terindah by abejeonkiut
abejeonkiut
  • WpView
    Reads 2,807
  • WpVote
    Votes 174
  • WpPart
    Parts 9
Siti Nadia Khairina. Seorang gadis kampung yang periang dan suka bergurau. Masa hidupnya banyak dihabiskan di kampung halaman neneknya, Nek Sarimah. Kehadiran Haziq sebagai sepupunya membuatkan jantungnya berdebar tak tentu arah. Pandang sahaja wajah lelaki itu, buat dia rasa nak tersenyum. Ditambah pula lelaki itu acap kali pulang ke kampung. Lagilah dia seronok! Dalam diam, Haziq juga menyimpan perasaan terhadap dirinya. Siapa sangka bukan? Cinta terbalas akhirnya. "Saya demam." - Haziq "Demam? Betul ke ni? Awak tak pergi klinik?" - Nadia "Buat apa saya nak pergi klinik kalau jururawat sendiri dah ada depan mata." - Haziq Ya Allah, kuatkan lah hati ni! Kebahagiaan datang tanpa diduga. Apatah lagi kedukaan. Cabaran rumah tangga yang dibina mula menerjah masuk ke dalam hubungan mereka. "Jangan tinggalkan Nadia, abang.."
Somnambulis (Tamat) by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 4,205
  • WpVote
    Votes 506
  • WpPart
    Parts 17
Kelopak baldu bara rindu mangsi merah nian nyawa gugur kelopak, mengalir mangsi kesumat lerai di hujung atma. Thea kerap dibayangi mimpi ngeri. Mimpi-mimpi yang suram, menggerunkan, kerap berulang dan sentiasa mendominasi lenanya. Enggan ditakluki mimpi-mimpi tersebut, Thea meluangkan waktu jaganya dengan menulis novel. Tersingkap Hijab Mimpi, bergenre thriller yang ditulis dinobatkan sebagai bestseller dan berjaya mendapat sambutan dalam kalangan pembaca. Namun, satu demi satu yang digarap Thea bertukar menjadi realiti yang menakutkan. Kematian demi kematian berlaku sama seperti apa yang ditulis Thea dalam novelnya. Dengan bantuan suami, Thea mula menyiasat sama ada mimpi-mimpi yang dialami sebelum ini memang sekadar mainan tidur ataupun sebenarnya titik mula yang membawa kepada suatu penemuan tidak terduga. Antara cinta belahan jiwa, kasih darah daging dan keakraban teman baik, ada sesuatu yang Thea perlu korbankan. Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali
I See You  by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 59,992
  • WpVote
    Votes 3,483
  • WpPart
    Parts 17
~ Lihat, ke dalam mataku, sinarnya menyala. Lihat, cintamu bertakhta dihati ~ 💎 My Blind lady Delisa Qiana kehilangan penglihatan selepas kemalangan yang meragut nyawa ibu bapanya. Dalam sekelip mata, dia bukan saja menjadi buta, tetapi juga pewaris kepada empayar perniagaan terbesar milik keluarga. Namun, bukan simpati yang datang padanya. Ramai mula mengintai harta... termasuk Qi Umar, bekas tunangnya yang kembali atas nama tanggungjawab atau mungkin, ketamakan. Tetapi dalam dunia yang kelam, Delisa belajar melihat dengan cara yang berbeza. Dan dalam hati yang keliru, Qi mula mengenal cinta yang tak pernah dia hargai dahulu. ISY ~ close your eyes and feel my love
Jumpa di Kafe Joshua by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 2,720
  • WpVote
    Votes 358
  • WpPart
    Parts 12
Secawan kopi sering menjadi saksi kepada pelbagai pertemuan, perpisahan dan kisah suka duka insan. Aroma kopi acap kali jadi peneman seribu satu emosi dan gejolak rasa. Ingin tahu kisah mereka? Kita jumpa di Kafe Joshua 😊 📌Masih belum disunting. Maaf andai ada salah di sana sini.
Lelaki Langit Bumi (Terbit E-book) by girangfashali
girangfashali
  • WpView
    Reads 99,960
  • WpVote
    Votes 2,561
  • WpPart
    Parts 32
DIHA 'AFINA tidak menyangka sama sekali yang dunianya bakal berubah disebabkan si pemilik nama ARIYYAN. Semua gara-gara rakaman video yang ditinggalkan oleh sahabatnya, Marsha. Persahabatan antara Diha dan Marsha bermula dengan blog Tentang Sesuatu. Marsha mempertanggungjawabkan Diha dengan satu mandat besar yang pada hakikatnya sukar ditunaikan - BANTU ARIYYAN. Siapa Ariyyan? Pertemuan empat mata dengan Ariyyan membuatkan hati Diha tersentuh. Naluri dan empati Diha berpihak pada lelaki itu. Dia memang perlu dibantu, diselamatkan. Tetapi, berjayakah Diha dalam misi membantu Ariyyan? Bolehkah Ariyyan dibantu sedangkan si empunya diri rela terus lemas dalam daerah duka? Mampukah dua insan dari dua latar belakang yang sangat sangat berbeza menemui satu titik keserasian antara mereka? "Aku yakin dia dapat memahamimu. Mengerti passion mu yang sangat dalam pada musik. Aku sendiri nggak pernah menafsir karyamu sebegitu, ayang. Sebagaimana dia bisa mendalami hasil gubahanmu, aku yakin dia juga bisa menelah jiwamu." "Ini permintaan terakhirku, ayang. Ayang telah pun berjanji untuk menunaikannya." - Marsha "Kau harus muncul dalam hidupnya. Pujuk hatinya agar bisa menjalani dunianya. Aku kenal dirimu, Diha. Aku yakin banget semangatmu akan bantu dia untuk pulih semula." - Marsha "Jadi kamu setuju untuk tunaikan permintaan Marsha? Kamu bersedia kalau kita teruskan semua ini?" - Ariyyan "Nggak perlu pura-pura berlagak mulia. Lakonan kamu mungkin bisa memperdaya mama atau orang lain. Tetapi, bukan aku! Menantu mama cuman seorang. Cuman Marsha! Titik!" - Ariyyan "Peluang apa, Dina? Dia tak perlukan sesiapa. Dia hidup dalam dunianya. Tak ada siapa boleh masuk." - Diha 'Afina Selamat menelusuri kisah Diha dan Ariyyan ❤️ Facebook: Girang Fashali Instagram: @girangfashali