kesukaan saya
5 stories
Her Imperfect Guy [completed] by aylamalikha
aylamalikha
  • WpView
    Reads 153,859
  • WpVote
    Votes 10,328
  • WpPart
    Parts 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspektif manusia, dia sempurna. Punya tampang yang memikat jiwa-jiwa yang memandang, punya pangkat dan kerjaya. Pakej lengkap idaman wanita seMalaya! Namun jauh di sudut jiwanya, dia seratus lapan puluh darjah daripada semua itu. Pertemuan Yara Alayna dengan lelaki itu hanya satu pertemuan klise. Lelaki itu bos, dia pula pekerja. Persis drama di kaca televisyen. Namun begitu, dalam klise itulah yang membuatkan Yara lebih mengenali seorang Hud. Hud yang pada hakikatnya tak pernah segagah yang disangka. Hud yang rapuh. Hud yang masih dibayangi masa silamnya. Kisah lampau yang cukup gelap dan mengerikan. "Saya bukan seperti apa yang mereka fikirkan, Yara. They don't even know who I am, so do you. You know nothing." - Hud Zarrar "In case awak terlupa, tak ada manusia yang sempurna atas dunia ni." - Yara Alayna Benar. Manusia itu sifatnya penuh kepincangan. Sama ada nyata atau tidak, itu semua aturan-Nya. Pada saat hakikat sebenar itu dibongkar, masih adakah ruang buat lelaki itu dalam hidup Yara? *** start : 15/8/21 end : 3/12/21 © Ayla Malikha 2021
C | Cuddle by oddishh
oddishh
  • WpView
    Reads 2,686,535
  • WpVote
    Votes 189,454
  • WpPart
    Parts 93
💍 the everyday life of aku dan suami aku yang introvert. note: cerita ini sequel 'flirt', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) ‼️ mature readers only! please do not copy my ideas and polish it up into your own writing... by doing so, you lack originality and creativity. being proud and receiving recognition from something that was not crafted by you is embarassing really. why would you be proud of something that's stolen? :/ © oddishh 2018. all rights reserved.
0KM by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 19,824
  • WpVote
    Votes 2,089
  • WpPart
    Parts 50
"Bukan beza negara tetapi beza perasaan" Jejaka itu muncul hanya sekali saja dalam hidup Nur Naziha (Jia) tetapi itu cukup untuk membuatkan Jia jatuh cinta. Sejak pertemuan kali pertama mereka ketika dia berusia 17 tahun, Jia nekad dan berjanji dia akan mencari semula pemilik sapu tangan yang dia simpan sehingga angka umurnya berganjak ke 22 tahun, tahun di mana takdir mereka bersilang buat kali kedua. Kini, dia dan Hazer bertentangan mata dengan jarak 0KM tetapi untuk menggapai jejaka itu, terasa sangat mustahil kerana ternyata, diri Hazer yang sebenar terlalu berbeza jika dibandingkan dengan jejaka yang menjadi inspirasi untuk watak utama setiap komik yang dilukis oleh Jia. Jauh berbeza dengan jejaka yang pernah Jia temui di zaman remajanya. Selain itu, tahu apalagi yang berbeza? Perasaan mereka.
KITA by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 18,139
  • WpVote
    Votes 1,911
  • WpPart
    Parts 56
Di antara kita, banyak jenaka yang hanya kita fahami. Di antara kita, banyak rahsia yang tersimpan. Di antara kita, banyak rasa yang terpendam. Tetapi di antara kita, siapa yang memendamnya?
C | Flirt by oddishh
oddishh
  • WpView
    Reads 310,862
  • WpVote
    Votes 31,097
  • WpPart
    Parts 35
🍯 before marriage story of aku dan crush aku yang introvert Walaupun pernah direject dengan perkataan kasar waktu sekolah dulu, Amirah masih tidak tawar hati apabila dia bertemu semula crush berat mulut dia itu di universiti. Malah, dia masih lagi ingin mencuba nasib. Cubaan mengorat diberikan setiap kali pertemuan antara dia dengan crush bernama Fahri itu. Ending dia obvious; Fahri akan jatuh cinta jugak dengan Amirah. Tapi berapa kali cubaan mengorat baru Fahri nak suka? Berapa kali rejection yang Amirah perlu hadap untuk meraih cinta Fahri? note: cerita ini prequel 'cuddle', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) [warning] cerita ni bagi cringe & second hand embarassment © oddishh 2021. all rights reserved.