Senarai bacaan 1 malay
2 stories
S1 | Mafia Academy ✓ by srhkhadeeja_
srhkhadeeja_
  • WpView
    Reads 918,741
  • WpVote
    Votes 49,060
  • WpPart
    Parts 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mata . Dia tekad mahu membalas dendam . Hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa bukan ? Dianugerahkan pula dengan penyakit DID . Dirinya dibuli , dipukul , diherdik , dilayan seperti sampah oleh masyarakat hanya kerana status papanya . Mafia Academy . Sebuah academy tersembunyi yang melatih sesiapa sahaja yang ingin memasuki dunia gelap ini . Diketuai oleh seorang lelaki bernama Tengku Zafriel Qaiser merangkap ketua mafia terkuat di dunia . Mungkin gila sebagai seorang perempuan memilih untuk menjadi pembunuh . Tapi tidak bagi Sarah , ia seolah sudah sebati di dalam dirinya . Pertemuan tidak sengaja mereka telah membuat hati Zafriel terpaut dengan perempuan itu . Zafriel yang dahulunya dikenali sebagai seorang yang dingin , beku , anti dengan perempuan akhirnya terjatuh juga . Hatinya terusik dengan perangai Sarah yang tidak seperti perempuan di luar sana . Mereka hanya mahukan harta daripadanya . " tempat ni antara hidup dan mati . kalau kau tersilap sikit , kau mati . kau yakin dapat survive sampai ke pangkat atas sekali ? " - Tengku Zafriel Qaiser . " s-sorry " - Nur Sarah . Disakiti beberapa kali oleh lelaki yang sama sehingga Sarah ingin berputus-asa dan memilih untuk berpisah . Siapa sangka ? Kehidupan selepas berkahwin banyak mengajarnya . Diuji dengan kematian anaknya dan suaminya sendiri yang menyalahinya . Dibenci dan dipukul oleh suami sendiri . " kenapa kau tak dengar cakap aku ?! aku dah cakap jangan pergi tempat tu ! kau tengok sekarang apa dah jadi ! anak aku mati sebab kau ! " - Tengku Zafriel Qaiser " S-sarah minta maaf " - Nur Sarah Persoalannya adakah hubungan mereka bertahan ? Berjayakah Zafriel menurunkan egonya dan memaafkan Sarah ? Selanjutnya nantikan di Mafia Academy . start ; 27/10/2020 end ; 13/7/2021 All Right Reserved @srhkhadeeja_ Beautiful Cover By @mrztyara_
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,533,837
  • WpVote
    Votes 140,328
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.