LAYER OF LOVE
melawhah
"Ada cinta yang datang untuk mengajar, ada juga yang datang untuk menyembuhkan."
Anara Adriyani bukan gadis biasa. Dia pereka dalaman yang membina kerjayanya dari bawah diploma, degree, hingga menubuhkan syarikatnya sendiri, Anara Design & Decore.
Dia pernah rebah kerana cinta.
Dan sejak hari itu, dia belajar membina semula dirinya satu lapisan demi satu.
Kemunculan Taha Hushaim, seorang tentera berpangkat tinggi yang juga pemilik rangkaian gym terkenal, mengubah segalanya. Tegas, kemas, tapi penuh tanggungjawab Taha bukan jenis lelaki yang mudah membuka hati. Projek dekorasi gym miliknya sepatutnya sekadar urusan kerja, namun perlahan-lahan, hubungan mereka mula berlapis dengan perhatian, rasa, dan rahsia.
Saat Anara hampir melangkah ke bab baru hidupnya, Rameez lelaki masa lalu yang pernah menghancurkan segalanya muncul semula.
Datang membawa penjelasan, datang membawa peluang kedua.
Antara dua lelaki dan dua cinta yang berbeza, Anara sedar... cinta tak pernah sekadar satu warna.
Setiap hati punya lapisannya sendiri -
ada yang luka, ada yang sedang sembuh, dan ada yang mula dicat semula dengan harapan.