sad🥺
2 stories
Derita Ciptaan Dia by Anihh_
Anihh_
  • WpView
    Reads 344,539
  • WpVote
    Votes 8,909
  • WpPart
    Parts 76
Perkenalan semasa di universiti telah melahirkan rasa cinta diantara Alyana dan Nazim Aiman. Masing-masing berjanji akan hidup bersama setelah tamat belajar. Setelah tamat belajar, Alyana menuntut janjinya. Tetapi dia hampa kerana selama ini dia hanya dipermainkan. Nazim tidak ikhlas mencintainya. "Mana janji awak? Dulu awak kata, awak akan cintakan saya dan awak nak kahwin dengan saya. Saya tunggu awak, tapi ini awak balas?"- ALYANA "Aku tak pernah sukakan kau! Aku juga tak pernah terfikir pun nak cintakan kau! Aku tak pernah pun berjanji nak sehidup semati dengan kau!"- NAZIM AIMAN Hancur! Kecewa! Itu yang dirasakan Alyana. Ditambah pula Nazim bakal berkahwin dengan Innara, sahabat baik Alyana. Alyana terima dengan hati yang kecewa . Kerana sudah menganggap Alyana bagaikan saudara, Innara membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinan. Nazim marah dan menyalahkan Alyana dan membuat keputusan untuk mengahwini Alyana dengan niat untuk menyeksa gadis itu. Setelah berkahwin, begitu hina layanan Nazim terhadap Alyana. Kerana rasa cinta dan kasih pada Nazim, Alyana redha menerima segala hinaan dan seksaan sadis dari Nazim. "Dahlah..tak payah nak raih simpati aku kat sinilah. Jijik aku dengar, cukuplah selama ni aku menahan geli menyentuh perempuan macam kau ni! Kau pulak dengan tak sedar diri boleh peluk aku pulak. Hei..kalau dah aku tendang kau, kau rasa ada ke belas kasihan aku pada kau?"-NAZIM AIMAN Sampai bila Nazim terus membenci? Tidak lelahkah Alyana mengharungi derita ciptaan Nazim? ___________________________________________________ [ Watak-watak dalam cerita ini adalah hasil penulis dan rekaan semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati] ___________________________________________________
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  by EmbunMawar
EmbunMawar
  • WpView
    Reads 1,318,319
  • WpVote
    Votes 20,510
  • WpPart
    Parts 31
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?