✿ on going ✿
102 truyện
LARA | LOVE IS WAR, LITERALLY bởi JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    LẦN ĐỌC 29,384
  • WpVote
    Lượt bình chọn 1,826
  • WpPart
    Chương 46
Kyle Snyder, bukanlah watak protagonis yang hebat. Dia hanya remaja lelaki yang biasa-biasa. Hidupnya tiada tujuan. Sentiasa dirundung malang. Bahkan begitu, hidupnya berubah 100% apabila dia bersua muka dengan seorang gadis cantik bernama Lara. Kini, cinta dan nyawa menjadi taruhan. Peperangan diantara dua bangsa berbeza membuatkan dunia bertukar huru-hara. Besi melawan daging. Minyak melawan darah. Siapa yang akan menang? Watak protagonis yang lemah dan lembik? Watak manusia yang tampak manusia, tetapi bukan manusia? Ini kisah cinta yang tidak bersempadan. Kisah persahabatan dan kekeluargaan yang tiada titik noktah. "Flesh and metal? I don't give a fuck whoever it is. If that things touch my girl, i wreck it. With my bare hand. Lara is under my protection." -Kyle Snyder- "Ini keputusan saya. Tiada sesiapa yang berhak halang saya. Noktah!" -Lara Snyder- "Untuk kau, Kyle. Untuk kau, aku sanggup redah neraka dan bawa kau balik ke sini. Don't you dare to fucking die on me." -Hanzel Harrison- -Cinta dan sayang? Tell me more about it, Lara." - Titan 2, aka Timmy-
+8 tag khác
NIV-1 [SU] bởi __syhadh
__syhadh
  • WpView
    LẦN ĐỌC 536
  • WpVote
    Lượt bình chọn 89
  • WpPart
    Chương 11
﷽ - SYUHADAH 14th book Apabila senyuman menjadi penawar terakhir untuk dunia yang sedang nazak. Malaysia pada tahun 2100. Bermulanya Perang Virus Ke-4 (PV-4) yang menyebabkan satu demi satu tubuh manusia rebah dalam diam dan mati perlahan-lahan. NIV-1. Virus neurologi ciptaan manusia yang merupakan senjata rahsia negara. Tetapi senjata ini berpaling arah dan menyerang rakyat sendiri. "Kawthar... kau pilih untuk jadi baik. Tapi dunia ini tidak memilih yang baik untuk menang." Muncul pula seorang anak kecil yang dilahirkan sebagai anak kepada seorang saintis paling genius dalam negara, namun hidupnya tidak menjanjikan kebahagiaan. Bahkan dimulakan dengan tangisan dan kematian. Sepanjang hidup, dia hanya dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian. Membaca dan menulis? Dia tidak tahu. Faham apa yang berlaku sekeliling? Juga tidak. Yang dia tahu, bila dia dipukul, dia akan senyum. Dan dia akan menganggap mereka sebagai 'kawan'. Kadang-kadang, dia mengukir senyuman sambil air matanya turun perlahan-lahan ke pipi. Masyarakat sering menuduhnya gila dan mengatakan bahawa dia merupakan bala yang diturunkan kepada keluarganya. "Budak tak betul!" "Dia tak layak masuk dalam masjid ini. Bawa malang saja!" Mereka menghinanya. Mereka mengejeknya bodoh dan tidak waras. Sedangkan dunia tidak tahu, dalam tubuh lemah itulah tersembunyi penawar bagi virus paling kejam dalam sejarah peradaban manusia. Dan ketika dunia hampir nazak, mereka akhirnya mencari semula apa yang mereka pernah buang. Iaitu seorang anak cacat yang tidak tahu cara untuk membenci. "Aku dikurniakan ilmu oleh Allah untuk memberi manfaat, bukan untuk membuat kehancuran." Terimalah, NIV-1. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 2 JULAI 2025 END: idk ;)
Skate To Escape bởi bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    LẦN ĐỌC 13,677
  • WpVote
    Lượt bình chọn 2,964
  • WpPart
    Chương 30
ZILL AAYAZ bukan tipikal atlet yang mempunyai gaya hidup elit. Dia cuma seorang lelaki yang gilakan ais. Pagi, petang, siang dan malam dalam hidupnya bertemankan suhu sejuk sampai diri sendiri tak tahan dengan cuaca panas di Malaysia. Pengsan! Tetapi kekurangan itulah yang menjadikannya seorang atlet Men's Singles Figure Skater terbaik dalam sejarah. ALVA DELINA pula gadis malang yang baru berhenti kerja sebagai pengurus kepada salah seorang pemain bola sepak Malaysia tanpa sebarang pelan alternatif. Tertekan memikirkan caranya membayar komitmen bulanan semasa menjadi penganggur, dia akhirnya ditawarkan pekerjaan baru dengan gaji yang lumayan. Tetapi, sebagai seorang pengurus atlet lagi! "Tapi itulah, I think I should reconsider. Kau...agak berbahaya. Kau langgar aku tadi. Aku tak boleh jangka apa kau boleh buat masa akan datang nanti. Tak nak aku ambil risiko." - Zill Aayaz "Kalau kau rasa tak nak terima aku, it's okay. I don't mind either." - Alva Delina Hubungan kerja antara Alva dan Aayaz membawa mereka ke alam perkahwinan dalam keadaan terpaksa. Tidak bercinta tapi tahu-tahu sudah berkahwin. Yang seorang jenis berat mulut dan tak pandai tunjuk emosi, yang seorang lagi ada sifat rendah diri yang buat dia sentiasa overthinking. Jadi, ke mana hala tuju perkahwinan mereka? "Salah aku. I admit it. Aku perempuan, isteri kau, manager kau lagi. Tapi berani-berani bergaduh dekat situ. Macam orang tak matang." - Alva Delina "Kalau lelaki tu biadap dengan kau, orang expect apa daripada kau? Hormat dia balik? Mengarut." - Zill Aayaz
[HOLD] FAISH IKHWAN bởi Azqeall
Azqeall
  • WpView
    LẦN ĐỌC 1,234
  • WpVote
    Lượt bình chọn 156
  • WpPart
    Chương 12
[Spin-off Akhir Cerita] Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Faish tidak tahu lagi. Serba-salah hidupnya di sini. Ingin pergi pun... Susah. "Faish kenapa ni? Faish okey?" -Qaish Iman "Faish makin banyak diam akhir-akhir ni. Papa tahu kenapa?" -Waish Idlan Seringkali diamnya dianggap baik-baik sahaja. Sikapnya yang selalu buat hal sendiri juga sering disalahartikan. Tidak ada seorang pun di sini yang mampu memahami diamnya? "Aku cuma... Penat?" -Faish Ikhwan Start: 25 July 2026 End: -
58. Our Most Ordinary Relationship  bởi TintaHitamTanpaArah
TintaHitamTanpaArah
  • WpView
    LẦN ĐỌC 351
  • WpVote
    Lượt bình chọn 82
  • WpPart
    Chương 16
💛BILA CINTA TAK BERSATU : HAPPY ENDING VERSION💛 Tipikal student kolej. Kehidupan sentiasa sibuk dengan kuliah dan assignment yang tiada sempadannya. Reeya Summer, dia ingatkan bila dah masuk kolej tak adalah drama. Boleh la dia jalani kehidupan dia dengan normal. Rupa-rupanya sangkaan dia meleset. Entah dari mana dan bila, muncul peristiwa lama kembali datang mencari Reeya. Kejadian lalu yang hilang terus dari ingatannya. Konflik antara abang dengan adik, rakan baik menyimpan perasaan suka, musuh rupanya kawan, teman rupanya lawan... Semuanya makin bersimpul rumit. Namun, di balik setiap rahsia yang terungkai dan ikatan yang hampir terputus, Reeya belajar untuk percaya pada diri sendiri dan insan yang betul-betul jujur menyayanginya. Bagaimana Reeya hadapi pancaroba kehidupan dia sebagai student kolej, sehingga dia akhirnya menemui kebahagiaan dan ketenangan yang dicari? Julai 2026
Fiction Series 4:Survive  bởi __Ruthbear__
__Ruthbear__
  • WpView
    LẦN ĐỌC 1,523
  • WpVote
    Lượt bình chọn 528
  • WpPart
    Chương 70
[HIATUS] "I want to see the end with you guys." * * * Aku kene patah balik masa untuk selamatkan diorang semua.Even benda ni boleh bunuh aku sekalipun. Itulah apa yang aku fikirkan bila nampak dunia yang aku hidup sekarang makin musnah.Patah balik masa dan hentikan punca utama kepada terjadinya situasi yang sekarang.Manusia jugak saling berbunuhan untuk teruskan hidup je... Aku....rindu dunia yang dulu.Rindu...kawan-kawan aku. Tapi,...bila difikirkan balik, manusia jugak penyumbang kepada kemusnahan dunia kan?Kenapa pulak...aku kene patah balik masa dan selamatkan dunia ni bersama diorang semua yang dah hancurkan dunia?
THE DEFECTIVE bởi Raydensaphire
Raydensaphire
  • WpView
    LẦN ĐỌC 44,893
  • WpVote
    Lượt bình chọn 578
  • WpPart
    Chương 41
*Ini adalah karya Defective versi baru! Sinopsis: Souliers - Manusia yang memiliki Soul Force dan mampu menggunakannya untuk memanifestasikan Soul Weapon. Dilahirkan dalam kalangan Souliers, tambahan pula keluarga Noble, apabila Mikhayl tidak mampu memanifestasikan Soul Weaponnya dan didiagnos mempunyai kecacatan Soul yang kekal, dia terus menjadi manusia asing yang dipulaukan dalam kerajaan Aryan hatta dalam keluarganya sendiri. Mikhayl sudah lama menerima takdirnya itu. Dipandang rendah, dipulau, dikutuk belakang? Itu benda biasa bagi Mikhayl yang dia boleh hadap sambil senyum selamba dan muka poker. Namun bila suatu hari dia diberitakan yang dia akan ditunangkan dengan Rayyan, idola dan heronya, Mikhayl: *(O v O)* --------------- Rayyan, The Fallen Hero. Itu gelaran yang sesuai baginya. Akibat diserang, Soul Weaponnya rosak teruk, sekaligus mencedera-parahkan Soul Forcenya. Dia yang dahulunya berdiri di puncak sebagai antara pahlawan terkuat kerajaan Aryan, kini tidak lagi kedengaran namanya, pudar dari bicara semua. Bila mendapat tahu yang dia akan ditunangkan dengan seorang gadis yang cacat Soul Forcenya sejak lahir, Rayyan pasrah. Kerana dia pun serupa sahaja. Namun dia tak sangka pula tunangnya itu merupakan peminat tegarnya. Dan kemudian baru dia sedar, tunangnya itu sebenarnya merupakan seorang gadis yang genius, berotak mesin fotostat, dan sangat mahir berlawan.
Unexpectedly Yours bởi lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    LẦN ĐỌC 16,668
  • WpVote
    Lượt bình chọn 434
  • WpPart
    Chương 3
[6th romance] Kaer Dhaffa | Ayreen Adreanna Ayreen Adreanna, anak tunggal kepada seorang tokoh korporat ternama, hidup dikelilingi kemewahan dan peraturan. Namun, dunianya mula goyah apabila Tan Sri Azzam membuat keputusan mengejut-dia harus berkahwin dengan anak kepada sahabat lamanya, seorang lelaki kampung yang jauh dari gaya hidupnya. Kaer Dhaffa, seorang lelaki sederhana dan berprinsip, tidak pernah terlintas untuk terikat dengan seseorang seperti Ayreen. Tapi apabila kepercayaan orang tua menjadi taruhan, dia bersetuju atas dasar tanggungjawab, bukan cinta. Ayreen pula menerima lamaran itu bukan kerana rela, tetapi demi keluar dari bayang-bayang ayahnya-dengan harapan perkahwinan ini akan menjadi titik penyesalan bagi mereka yang memaksanya. Namun dalam sebuah perkahwinan yang bermula tanpa cinta, benih pengertian mula bercambah. Di sebalik perbezaan dunia dan sikap yang bertentangan, satu demi satu sisi baru mula terbuka-dan Ayreen mula melihat Dhaffa dengan pandangan berbeza. Mampukah dua hati dari dua dunia ini mencari erti bahagia?