41 stories
Mrs. Uwais: My Wife From Heaven by thefatiha__
thefatiha__
  • WpView
    Reads 12,969,090
  • WpVote
    Votes 522,293
  • WpPart
    Parts 74
(COMPLETED) Nur Hasya, atas alasan yang dia sendiri tidak tahu, dia telah menjadi buruan sesetengah pihak yang menyebabkan dia kehilangan seluruh ahli keluarganya sendiri. Uwais muncul sebagai hero dengan niat untuk melindungi gadis itu. Perkahwinan yang awalnya atas dasar simpati berubah kepada cinta. Uwais protective dengan caranya sendiri. Hasya, lembut tetapi keras. Sangat menjaga apa yang menjadi miliknya. Tanpa mereka duga, ancaman datang dari dalam 'selimut' mereka sendiri. Atas dasar kepercayaan hidup bersama, Uwais takkan sesekali menyerah wanita itu pergi. Apapun, Hasya akan tetap bersamanya. "She is not my wife, but she is still mine"
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,136,322
  • WpVote
    Votes 355,748
  • WpPart
    Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,826,852
  • WpVote
    Votes 412,362
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
YOU'RE MINE ! MR MAFIA | C | A R S •1• by nisaamuttalib
nisaamuttalib
  • WpView
    Reads 6,309,333
  • WpVote
    Votes 245,507
  • WpPart
    Parts 58
[ 1st BOOK = ARS ] ___________________ Dia berbahaya. Dia penuh dengan misteri. Dia penuh dengan muslihat. Dia... Danny Asyraf Lee. Mafia yang digeruni. Raisya Hanania. Gadis malang yang menjadi suri hidup si mafia itu. Tetapi terjadi perubahan dalam hidup gadis itu apabila mengenali si mafia. "You're mine Mr Mafia"-Raisya "Aku tak suka sweet dan romantic. So jangan minta aku jadi macam tu"-Danny Raisya terpaksa berkahwin dengan Danny. Mereka hidup seperti pasangan yg lain. Bahagia dan penuh dengan gurauan. Tetapi datang pula musuh yang mula menganggu mereka. Musuh yang sudah lama berdendam. "Kau tak akan hidup bahagia Danny" _______________ 100% idea sendiri. Status: completed ✔ Tak copy paste yg lain. Kalu ada serupa maaf dari aku dri hujung rambut hingga hujung kaki. Mungkin kebetulan. Vote and comment.
LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 5,246,660
  • WpVote
    Votes 272,610
  • WpPart
    Parts 71
[ 2021 ] LOVE : THE DEVIL'S SWEETHEART. Bijak! Kaya! Dingin! Itulah antara kata sifat yang sesuai diberikan kepada NASH ADRIAN.Keberhasilan jejaka itu mendirikan syarikatnya sendiri membuatkan dirinya lebih terkenal dan dihormati ramai.Tidak kira tua atau muda, semua perkataan lelaki tersebut pasti akan dituruti tanpa sebarang bantahan. Namun, disebalik bersinarnya lelaki itu dimata dunia, masih ada sisi lain yang disembunyikan.Tiada siapa yang tahu selain kawan rapatnya.Bahkan, keluarganya sendiri tidak tahu sisi tersebut! Dia kejam. Dia psiko. Dia gila. Apabila dirinya sudah bertukar ke sisi gelap itu, maka tiada siapa yang dapat menghentikannya.Segala kekejaman dan kesakitan yang diberikan olehnya bukanlah sesuatu yang boleh diambil remeh. Silap sedikit, lenyap! "Awak, jangan marah - marah lagi tau?" Bertemu dengan ARIN MIKAELA, umpama jejaka bermata hitam gelap itu telah menjumpai painkillers nya.Melihat saja wajah polos gadis itu, dirinya yang tidak terkawal dapat kembali normal.Dan.. Hanya Arin Mikaela saja yang dapat mengawal dirinya. *** [Action × romance] [Nashadrian × Arinmikaela] Start : 8 Sept 2021 Status : completed
AIDAN LUTFI | HIS LITTLE ANGEL / NEW VER ✔︎ by lullabybaby_
lullabybaby_
  • WpView
    Reads 4,428,827
  • WpVote
    Votes 274,697
  • WpPart
    Parts 60
Siapa sangka gadis kecil yang bernama Arya Amanda telah menarik perhatian si jejaka mafia Aidan Lutfi namun dibalik muka yang cantik lagikan comel itu , Arya mempunyai penyakit childish. Walaupun umur Arya 20 tahun tetapi daya pemikiran Arya seperti budak 2 tahun Dan paling mengejutkan ialah apabila si ketua mafia yang kejam , Aidan Lutfi mahu menikahi si gadis kecil itu , Arya Amanda "abang hensem tolong sikatkan rambut Arya boleh? ibu dengan ayah kena ikat macam mana nak mintak tolong sikatkan rambut Arya hm" Arya Amanda " babygirl.. " Aidan Lutfi HLA- HIS LITTLE ANGEL
Adryan's Signora by theevangeline_
theevangeline_
  • WpView
    Reads 114,754
  • WpVote
    Votes 4,881
  • WpPart
    Parts 105
[Opening of Fael's Series] "We fell in love with the most unexpected person at the most unexpected time." -ADRYAN ERFAN & EMILIA EZRINA Full blurb is inside WARNING‼️ ⚠️Pembaca yang tidak tahan dengan darah dan sebagainya TIDAK DIGALAKKAN untuk membaca cerita ini ⚠️Penggunaan bahasa yang agak kasar dan juga tatabahasa yang agak berterabur ⚠️Pembaca TIDAK DIGALAKKAN untuk meniru mana-mana aksi termasuklah carutan, pembunuhan dan sebagainya ⚠️Read at your own risk ⚠️More to romance than action ⚠️Jalan cerita yang SANGAT MELERET ⚠️Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tidak ada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia PLEASE DO NOT COPY MY WORK →2021's creation←
FARREL'S BOO©️ | TERBIT by nabilllss
nabilllss
  • WpView
    Reads 4,933,121
  • WpVote
    Votes 96,925
  • WpPart
    Parts 19
Under Series Vol I. Known as His Boo. Dedaun luka yang tetap indah, bertemu ais kutub yang dingin dan mematikan. Dua jiwa dari dunia berbeza, disatukan oleh takdir yang tidak pernah mereka pinta. Aisy Melina tidak pernah meminta untuk menjadi kuat. Namun selepas kehilangan ibu bapa, dia menjadi benteng terakhir buat adik-adiknya. Ketabahan itu teruji apabila sebuah kecuaian meragut nyawa, menghancurkan hidup yang sedia rapuh. "Adik saya mati sebab awak!" - Aisy Melina Khalaf Farrel, nama yang menjadi mimpi ngeri Aisy. Dingin. Misteri. Bermata kelam dan wajah sekeras arca. Darah Jermannya tak hanya mengukir ketampanan, tapi juga tembok beku yang sukar didekati. Sejak kematian ayahnya, Khalaf tidak kenal erti simpati. "I won't forgive and forget." - Khalaf Farrel Mereka tidak pernah mencari antara satu sama lain, namun dunia seolah-olah telah menetapkan ikatan. Tiada siapa percaya lelaki itu mampu menyimpan nama sesiapa dalam hatinya. Dia tidak memberi peluang. Apatah lagi membuka ruang. Dia ada hati ke? Namun di balik beku itu, ada bara yang menyala. Dan satu-satunya yang membangkitkannya hanyalah Aisy Melina. "You will make me need you in my life without anyone realising it," - Khalaf Farrel Sekeras mana pun seorang Khalaf, dia tetap punya titik rapuh, Aisy... dan keluarganya. Sentuh mereka... maka dunia akan melihat sisi Khalaf yang tak pernah mengenal ampun. "She's mine. If you make me repeat those words, I won't speak with my mouth, but with my hands." - Khalaf Farrel Saat bahagia dan luka mula bersatu, satu rahsia mula terbuka. Rahsia yang bisa menghancurkan segalanya. Khalaf teruji. Mampukan dia menerima kebenaran itu? Marah yang dikumpul, siapakah akan menjadi sasarannya? Aisy? Ibunya? Atau bayangan lain yang diam-diam menanti untuk memusnahkan mereka? "He chose you. And you need to know, belonging to Farrel means no harm will ever come to you." All Rights Reserved Nabillss.
Tempat Sempurna by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 6,100,582
  • WpVote
    Votes 298,517
  • WpPart
    Parts 72
THAQIF | SAFA Mereka tidak pernah dekat lagikan mahu bercinta. Tidak! Tidak pernah terfikir dek akal Safa untuk bercinta dengan Thaqif, lelaki yang dianggap menjengkelkan. Bagi Safa, cinta pertamanya lebih indah dari kekayaan yang dia miliki sekarang. Dia bahkan berkali-kai dijodohkan dengan lelaki lain yang setaraf dengan dirinya tapi Adri tetap menjadi raja di hati tulus itu. Sehinggalah penjodohan bersama Thaqif berlaku. Puas Safa mencari alasan untuk menolak perjodohan itu tetapi kali ini dia kalah. Dan akur dengan segalanya. Ketahanan hatinya sudah patah. Dengan matanya sendiri dia melihat lelaki yang dia perjuangkan selama ini tidak layak menjadi raja di hatinya lagi. Jadi bagaimana dengan Thaqif? Adakah lelaki itu akan menjadi pengganti yang tepat? "Rilek Safa, sampai kita ada anak. Semuanya tamat!" - THAQIF "Kita cuma perlu ada anak untuk gantikan perkahwinan ni." - THAQIF Di mata Thaqif, perkahwinannya bersama Safa cuma satu tanda hubungan perniagaan keluarga mereka yang terikat ukuh. Mereka cuma perlukan anak untuk menggantikan perkahwinan itu, dan memastikan perniagaan keluarga mereka masih dalam perhubungan yang baik disebabkan anak yang akan dilahirkan kelak. *HAPPY ENDING and not a sad story*