naurfiyyzz
Jasmina Felora ˚₊۶ৎ˙⋆
Wanita yang dulunya pernah dihina dan dipandang rendah sedang berjuang untuk memperbaiki diri selepas melalui pelbagai cabaran dan masalah dalam hidupnya. Bayang-bayang masa lalu yang penuh dengan kecaman dan penghinaan tidak pernah pupus dari ingatannya. Setiap dia mengingati masa lalu, pasti dirinya akan gemuruh. Tapi dia sentiasa cuba berusaha untuk menguatkan dirinya dan tidak pernah berhenti berdoa supaya ada kebahagiaan datang kepadanya.
"Aku tak akan biarkan sesiapa menilai aku berdasarkan masa silam. Masa silam itu adalah guru, bukan halangan."
Tapi langit tak semestinya cerah, apabila Jasmina hampir temukan kebahagiaan dan ketenangan, pasti akan ada badai melanda. Menangis? Penat! Terlalu penat! Dia dah penat jadi lemah. Dia cuba bangkit tidak kira apapun terjadi. Dia cuba dan cuba.
Info (◍•ᴗ•◍)
-tolong jadi pembaca yang matang
-cerita ni tiada kaitan dengan mana² pihak
-kalau ada pengajaran boleh diambil
-kalau ada kesalahan minta maaf