mikaynnn
Dylan Ian || Elvira
⊹ ࣪ ˖ stand alone
"Aku cintakan dia."
Berulang kali Elvira melafazkan perasaan itu sejak mereka kecil kepada Dylan. Kepada lelaki yang sejak kecil menjadi sebahagian daripada hidupnya daripada teman bermain, insan yang sentiasa berada di sisinya, sehinggalah akhirnya nama mereka terikat dalam sebuah pertunangan yang diatur oleh keluarga.
Namun, tidak pernah sekali pun Dylan menyambut perasaan itu. Dan Elvira masih menjadi Elvira yang sama. Masih menyimpan rasa. Masih berharap.
"Arissa, my better half." - DYLAN IAN
Dalam sekelip mata, seluruh dunia Elvira terasa sunyi. Segala perasaan yang pernah dilafazkannya, segala masa yang telah dicurahkan, segala kenangan yang dibina bersama sejak kecil semuanya terasa seperti dusta di mata Dylan.
Lebih menyakitkan apabila tali pertunangan yang selama ini dianggap sebagai ikatan dua keluarga akhirnya terasa seperti sebuah hubungan yang hanya wujud pada sebelah pihak.
"How do you feel about our engagement? What about us?" - ELVIRA
"Us? Aku tak pernah cakap tentang ini. Aku tak pernah bersuara, aku tak pernah berjanji. Aku tak pernah sukakan pertemuan, ketentuan yang family kita aturkan." - DYLAN IAN
Saat itu, barulah Elvira sedar dan Elvira akhirnya memilih untuk pergi. Buat pertama kalinya, Elvira berhenti mencintai Dylan.
Namun, Dylan mula merasakan sesuatu yang tidak pernah disedarinya sebelum ini. Kehadiran Elvira yang selama ini dianggap mengganggu tiba-tiba menjadi sesuatu yang dia cari.
Lebih parah apabila dia mendapat tahu bahawa Elvira kini sedang menjalinkan hubungan dengan seseorang. Cemburu yang tidak pernah dikenalinya mula membakar setiap sudut hatinya.
"You had your chance, Dylan." - ELVIRA
"I know and I'm not going to pretend I deserve another one. But if there's even the smallest part of you that still wants me, let me earn it." - DYLAN IAN