Sad ending
6 stories
πŽπ”π‘ π–π‘πˆπ“π“π„π πƒπ„π’π“πˆππ˜ by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 768,986
  • WpVote
    Votes 28,360
  • WpPart
    Parts 73
[ Book 4 ] Khalaf Aqeel- seorang arkitek yang bekerja di syarikat keluarga. Seorang yang matang, tegas terutama sekali berkaitan agama dan sangat menghormati wanita. Tiada sesiapa tahu, di sebalik ketegasannya, di hati terdapat seorang gadis yang sudah lama dia dambakan. Hatinya tetap setia walaupun mereka terpisah hampir berbelas tahun. Disebabkan keluarga, dia terpaksa pergi jauh dan berpisah. Lantaran itu, dia kembali muncul dengan satu hasrat. Menjadikan gadis itu miliknya. Namun... sebaik sahaja dia berjaya menjumpai gadis itu, segala-galanya berubah. Gadis yang dia dambakan bukan seperti dahulu lagi. Dan yang lebih menyakitkan, gadis itu langsung tidak mengenalinya. Namun... dia tetap tidak akan berputus asa dalam mencintai gadis itu. Akan dia jadikan gadis itu miliknya walau apa pun terjadi. Dhia Zandra- seorang gadis yang suka bersosial dan pentingkan kebebasan. Walaupun umurnya sudah meningkat dewasa, dia langsung tak berminat hendak mengambil alih syarikat keluarga. Hidupnya yang langsung tidak pernah dikongkong mulai terganggu apabila wujudnya seorang lelaki yang langsung tidak dikenalinya. Yang lebih mengejutkan, lelaki itu hadir untuk menjadikannya isteri. Kehadiran Aqeel benar-benar membuatnya tak senang. Lelaki itu seakan-akan mengekang dirinya untuk merasa bebas. Mampukah Zandra menerima takdir bahawa Aqeel adalah jodoh yang telah tertulis? Dan mampukah Aqeel mengubah gaya hidup Zandra dan sabar dalam mendidik gadis itu menjadi wanita solehah? Dugaan demi dugaan di sepanjang perkahwinan benar-benar menguji kesabaran dan kekuatan mereka. Mampukah mereka tempuhi bersama? Ataupun perpisahan adalah jalan yang terbaik demi kepuasan orang sekeliling? πŸ₯‡ Highest ranking no. 1 in 𝐒𝐬π₯𝐚𝐦𝐒𝐜 ( 14/12/2022 ) πŸ₯ˆ Highest ranking no. 2 in π›π«π¨π€πžπ§ ( 24/7/2023 ) πŸ₯‰ Highest ranking no. 3 in 𝐬𝐚𝐝 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,292,681
  • WpVote
    Votes 100,377
  • WpPart
    Parts 55
π’Œπ’†π’Œπ’‚π’”π’Šπ’‰ π’”π’†π’“π’Šπ’†π’” 𝒗𝒐𝒍 1 "π‘ͺπ’Šπ’π’•π’‚ π’Œπ’Šπ’•π’‚ π’‚π’ƒπ’‚π’…π’Š π’”π’†π’π’‚π’Žπ’‚π’π’šπ’‚..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
+10 more
C | BEBAN √ by Encikpresident
Encikpresident
  • WpView
    Reads 112,772
  • WpVote
    Votes 18,815
  • WpPart
    Parts 31
Saat kau merasakan dirimu adalah sebuah beban, ada lagi yang merasakan dirinya adalah beban untuk segala-galanya. Darjat dan angka adalah segala-galanya bagi orang yang berkuasa dan gila nombor. Di bandingkan sedangkan kepandaiannya setaraf dengan adik sendiri. Tiada apa yang berubah melainkan perlu belajar dua puluh empat jam sehingga memenatkan minda! Teruk ? Tersangat lah teruk apabila di bandingkan dengan penagih dadah. Beban ? Terasa sangat dirinya beban kerana selalu dipersalahkan dan menyusahkan setiap orang. Mati adalah jalan terbaik bukan ? "Maaf kalau statement aku akan menyakitkan hati kau. Bagi aku, nombor dua adalah nombor yang sama seperti satu. Yang membezakannya adalah kedudukan. Kau tak perlu fahami dunia, cukup fahami diri kau sendiri. Lagi satu, jangan sanjung sesuatu, melebihi kau sanjungnya Tuhan. Kelak, kau akan kehilangan segala yang dimiliki saat ini." - ADAM ASHARA STARTΒ» 14 AUGUST 2021 END Β» 20 SEPTEMBER 2021 [ Apa pun KESALAHAN dan KETYPOAN tidak kira dari aspek apa, dari segi TATABAHASA, PENGGUNAAN AYAT, EJAAN dan seangkatan dengannya, mohon abaikan. ]
Ψ§Ω„Ψ΄Ω…Ψ³ [matahari]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 268,444
  • WpVote
    Votes 31,877
  • WpPart
    Parts 18
"bulan masih cantik." 2022 | @mintytxt - e
Ψ§Ω„Ω‚Ω…Ψ± [bulan]  by mintytxt
mintytxt
  • WpView
    Reads 978,185
  • WpVote
    Votes 99,005
  • WpPart
    Parts 28
"matahari masih indah." > @mintytxt, | 2021 - n.
Terkecuali : Mikael by ordinary_girl98
ordinary_girl98
  • WpView
    Reads 897,258
  • WpVote
    Votes 63,532
  • WpPart
    Parts 44
"Bila aku stres,aku hisap rokok."Katanya selamba dan melepaskan asap daripada bibirnya. What? Errghh. "Apa kata kau,kalau aku betul-betul nak bunuh diri." // "Let my box be empty.Don't full it with shit and lies." Katanya dengan nada yang dingin dan serius membuatkan aku terkedu. **** Sara,seorang remaja yang matang namun takut untuk menerima realiti.Sepanjang hidupnya,hanya satu perkara yang mungkin dapat mengubah seluruh hidupnya yang suram kepada lebih teruk.Iaitu penyakit ibunya yang tak dapat disembuhkan,dan itulah ketabahan yang dia cuba perjuangkan. Bertentangan dengan Mikael,seorang remaja yang amat tertekan kerana satu peristiwa yang telah memberi impak dalam hidupnya.Kehilangan orang yang tersayang dalam cara yang teruk bukanlah perkara yang akan membuat hidupnya lebih baik.Malah perubahan sikapnya kepada ganas,bermasalah di sekolah dan gemar berseorangan mula mendapat perhatian orang sekelilingnya.Sebab itulah dalam akalnya,tiada penyelesaian dalam derita kecuali bunuh diri. Tanpa Sara sedar,kehadiran Mikael memberikan sedikit keberanian dalam dirinya.Kejadian bodoh yang Sara terlibat dengan Mikael di sekolah seperti menjadi penarik diantara kedua-dua remaja ini.Dan tanpa Mikael sedar juga,kehadiran Sara memberi ketabahan dan cahaya baru dalam hidupnya. Mungkin lebih dari itu. **** "Beritahu Sara..Keputusan apa yang paling berani abang pernah buat?" Aku tidak tahu macam mana soalan itu boleh terkeluar daripada mulutku. "Keluar daripada kegelapan.Dan pergi kepada Sara." Balasnya membuatkan mataku tidak berkedip merenung ke dalam mata hazel Mikael.