Belomm baca lagi
28 stories
ALPHA 122 by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 246,519
  • WpVote
    Votes 22,476
  • WpPart
    Parts 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap ular, selamatkan kucing dalam longkang, buka pintu terkunci, terjun dalam api, meredah banjir, tumpahan minyak dan banyak lagi cuba cerita sikit kerja apa sahaja yang bomba tak buat? Di mana ada panggilan, di situ bomba berkhidmat. Macam superhero datang menyelamat. Nama aku, Akmal Harith anggota STORM yang ditempatkan dalam pasukan Alpha 122. Hidup aku dekat Balai Bomba Siber Raya aman damai dan sentosa sehinggalah muncul seorang manusia yang cuba mencuri nama aku; Akmal Aira namanya. Dia seorang anggota EMRS yang baru bertukar balai. Ini kisah kami di Balai Bomba Siber Raya. Kisah superhero yang tidak didendang dunia. Anggota bomba kejiranan anda :)
SHADOW WAVE : MISSION ALPHA VOL 1 © by authorqistea
authorqistea
  • WpView
    Reads 26,592
  • WpVote
    Votes 1,162
  • WpPart
    Parts 59
Doktor Alya Natasya seorang pegawai perubatan tentera yang hidupnya teratur dan penuh disiplin. Bagi dia, lelaki bermotor besar hanyalah simbol kekacauan yang tidak pernah dia perlukan. Namun segalanya berubah apabila dia bertemu Leftenan Muda Arif Hakimi, pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia yang dingin dan penuh rahsia. Ketua Shadow Wave Alpha di KD Satria itu seolah-olah membawa satu rasa asing yang tidak dapat Alya jelaskan. Pertemuan mereka bermula dengan sindiran dan rasa tidak suka, tetapi setiap kali mereka bertemu, Alya mula diganggu serpihan memori yang tidak lengkap - hujan malam yang membuat bergelora dan seorang lelaki yang pernah berjanji untuk kembali. Tanpa dia sedar, Alya pernah mengenali Arif Hakimi sebelum satu tragedi di laut meragut sebahagian ingatannya. Dan Arif... masih setia menjaga kenangan yang Alya sudah hilang. Di tengah operasi laut, bahaya dan ribut yang tidak pernah berhenti laut telah menjadi saksi kepada cinta yang pernah wujud tetapi dilupakan. Kerana ada cinta yang tidak mati... walaupun namanya tidak lagi diingati.
MILIK SEORANG KOMANDO by izanynajwa
izanynajwa
  • WpView
    Reads 12,558
  • WpVote
    Votes 438
  • WpPart
    Parts 26
Dia bukan lelaki biasa. Dia tidak menyentuh tanpa sebab. Tidak berbicara tanpa tujuan. Tapi setiap geraknya-memilukan. Dan setiap diamnya-menyiksa. Dr. Adiela Sophelia, seorang pakar bedah trauma, ditugaskan ke Kem Perdana GGK setelah berlaku satu insiden besar di sempadan yang mengorbankan ramai anggota. Di kem elit itu, dia bertemu Leftenan Komando Adriel Isacc-lelaki yang memegang rahsia pasukan, dan juga luka paling dalam dalam jiwanya. Adriel bukan hanya komando terbaik negara. Dia ialah bayang-bayang yang pernah selamatkan negara ini dari kehancuran dalam satu misi sulit yang 'dipadam' dari sejarah rasmi. Tetapi harga kepada keberanian itu ialah trauma, kehilangan, dan mimpi ngeri yang tidak pernah pergi. Pertemuan mereka dimulai dalam dingin dan ketegangan. Tetapi dalam sunyi hutan, di celah misi dan darah, cinta mula bercambah-dalam diam. Namun, cinta dalam dunia mereka bukan semudah itu. Apabila satu konspirasi besar dalam ketenteraan terbongkar, Adiela menjadi sasaran. Demi menyelamatkan nyawa wanita itu, Adriel terpaksa memilih antara amanah negara atau cinta hatinya. Dan lebih kejam-antara hidupnya atau memori cintanya sendiri. Milik Seorang Komando bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah peperangan emosi, keberanian, dan pengorbanan. Dan bila ingatan mula pudar, mampukah cinta itu terus hidup... atau ia akan hilang bersama lelaki yang pernah memiliki seluruh hatinya?
Fated to Love You, Doctor by NalaAii
NalaAii
  • WpView
    Reads 51,341
  • WpVote
    Votes 1,862
  • WpPart
    Parts 55
Aileen - "Aku bukan hadap la mahukan si celoreng ni. Aku mampu jaga diri sendiri. Tapi sekali aku kata dia hak aku, jangan cuba ambil. Kalau kau nak juga, ambil lah. Tapi, dia mahukan kau ke? Atau kau syok sendiri? Cubalah." Haizer - "Perempuan ni bukan sebarang. Dia bukan perlukan lelaki untuk kepentingan dia. Dia mampu. Tapi aku tahu dia seorang yang penuh dengan kasih sayang. Sekali dia sayang, dia akan kuat." Kisah seorang army dan doktor perubatan. Takdir menemukan dan takdir menguji keduanya. Mampukah Aileen dan Haizer mengekalkan kisah mereka berdua.
Evara Myrlana | OG by Lillavies
Lillavies
  • WpView
    Reads 11,168
  • WpVote
    Votes 703
  • WpPart
    Parts 48
TRI-POV "Play the card, but don't reveal your cards" Menceritakan perjalanan hidup seorang Evara Myrlana yang penuh dengan lika-liku dan duka. Semuanya berpunca daripada fitnah orang mengatakan bapa kandungnya, Evrin ialah seorang pengedar dadah dan terbunuh ketika melarikan diri daripada ditangkap polis. Namun, keperitan hidupnya bertambah dengan kehadiran bapa tirinya, Hazrul yang merupakan sahabat baik kepada bapa kandungnya. Pada awalnya, mereka beranggapan kehadiran Hazrul merupakan sebuah keberkataan untuk menggantikan figur seorang ayah kepada Evara dan Emir. Malangnya, semua itu hanyalah sebuah angan-angan semata. Hazrul ialah seorang kaki botol dan suka berjudi. Emira dijadikan sebagai seorang hamba untuk mencari rezeki bagi memenuhi keperluan Hazrul untuk bersenang-senang. Lelaki itu akan mengamuk apabila permintaannya tidak dilaksanakan. Dan apabila Qhaleef Al-Hendra kembali, dia turut menghadirkan kemanisan di dalam hidup Evara dan keluarganya. "I'll do anything to protect your family." Satu persatu rahsia mula terbongkar apabila sekumpulan gangster hadir ke rumah keluarga Evara untuk membawa gadis itu kerana dinyatakan Hazrul telah menjual anak tirinya untuk melunaskan hutang yang berpuluh ribu kerana berjudi. Untungnya, Qhaleef menjadi penyelamat keluarga itu. Lima tahun berlalu, entah mengapa secara tiba-tiba tiada lagi khabar tentang lelaki itu. Dia seolah menjauhkan diri daripada Evara tanpa sebab yang tidak pasti. Evara juga memilih untuk meneruskan kehidupannya tanpa seorang Qhaleef. Suatu hari, takdir menyatukan mereka kembali. Pertengkaran mula berlaku, masing-masing meminta penjelasan atas kehilangan hubungan mereka selama lima tahun ini. Mengapakah semua ini berlaku? dapatkah hubungan mereka bersatu kembali dan bagaimana mereka hendak menubuhkan bibit cinta di dalam hati masing-masing?
Love With Translation [OG] by Syarlatte_
Syarlatte_
  • WpView
    Reads 14,286
  • WpVote
    Votes 1,284
  • WpPart
    Parts 23
Start : 15/11/2025 Tajuk : Love with Translation Penulis : Syarlatte_ Bahasa Dialog : Itali , English , Melayu Tiktok : 𝔰𝔶𝔞𝔯𝔩𝔞𝔱𝔱𝔢 /syarlatte Watak utama : Male : Lorenzo Alessandro Romano (25, Ceo of Lumineo Company) Fmale : Dhia Irdina (24, Fisioterapi ) . . . . . . ⚠️ Cerita ini hanyalah rekaan Syarlatte semata mata, tiada kaitan antara hidup dan mati.
DETIK BAHAGIA KITA [ C ] - 7 by moonjni
moonjni
  • WpView
    Reads 1,624,749
  • WpVote
    Votes 72,881
  • WpPart
    Parts 91
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada sahaja perkara yang tidak kena. Ketiga-tiganya bagaikan api yang menyala. Langsung tidak mahu mengaku kalah. "Hello Cik Adik kurang manis. Kau ingat kita orang bertiga nak mengorat kau? Jangan perasan!" - Bagi pihak lelaki juga tidak mahu kalah. Masing-masing tidak akan meletakkan ego ke tepi. "Dulu benci, sekarang apa?" "Sekarang sayang sampai ke Syurga" Start : 13 April 2024 End : 19 Julai 2024 [ Story ke-13 ]
matrimonio forzato | revamp by bberlynaaa
bberlynaaa
  • WpView
    Reads 9,726
  • WpVote
    Votes 581
  • WpPart
    Parts 5
Mereka dikenali sebagai pelindung undang-undang.Memakai lencana, memegang senjata, dan menjalankan misi atas nama keadilan. Fattah Asyari, Mike, dan Marcus kelihatan seperti barisan hero sempurna. Tenang, berdisiplin, dan tidak pernah gagal. Setiap operasi jenayah yang mereka sertai berakhir dengan kemenangan. Setiap perompak yang diburu jatuh ke tangan mereka. Terlalu sempurna... seolah-olah semua langkah telah dirancang lebih awal.Namun kebenaran jarang berpihak kepada yang kelihatan suci. Di sebalik penyamaran itu, tersembunyi satu agenda yang jauh lebih gelap.Dendam yang dipendam bertahun-tahun. Apa yang mereka lakukan bukan semata-mata untuk menegakkan undang-undang, tetapi untuk merampas kembali hak dan harta yang telah dicuri secara sistematik oleh mereka yang berkuasa, termasuk mereka yang bersembunyi di sebalik seragam yang sama. Ketika bandar semakin tenggelam dalam kekacauan, muncul seorang lelaki misteri yang mengatur segalanya dari belakang tabir. Identitinya kabur, kehadirannya jarang disedari, namun setiap gerakan musuh sentiasa berada selangkah di hadapan rancangannya.Dia adalah arkitek kepada kehancuran yang terancang. Kehadiran lelaki itu membangkitkan sesuatu yang lama terpendam dalam diri Fattah.Serpihan memori yang kabur, mimpi tentang masa silam, dan rasa kehilangan yang tidak pernah mampu dijelaskan.Semakin kebenaran menghampiri permukaan, semakin jelas bahawa permainan ini bukan sekadar tentang jenayah atau kuasa.Ia adalah tentang dua jiwa yang terpisah oleh tragedi,tentang identiti yang dicuri,dan tentang keadilan yang hanya boleh ditebus melalui pengkhianatan. Dalam dunia di mana undang-undang boleh dibeli dan kebenaran boleh dipadam,siapakah sebenarnya yang layak dipanggil hero?Apabila topeng-topeng itu akhirnya jatuh...adakah dendam ini akan membawa pembebasan atau kehancuran mutlak?
Yes! Captain Zul Aaryan [TERBIT] by Wnfhanna
Wnfhanna
  • WpView
    Reads 2,489,214
  • WpVote
    Votes 17,535
  • WpPart
    Parts 11
Captain Zul Aaryan | Zara Andrea 🖤 Zul Aaryan seorang lelaki dingin dan sukar didekati. Fokusnya hanya satu, kerja, kerja dan kerja. Sikap workaholic Aaryan membuatkan dia perfectionist dalam setiap kerja yang dilakukan. Pantang ada kesalahan, pasti akan dihamburkan pada pekerjanya sehinggakan dia mendapat jolokan boss paling garang di dunia. Zara Andrea pula seorang gadis periang dan mudah terhibur. Sifat Andrea itu membuatkan dia mudah mesra dengan orang sekeliling. Sesiapa yang mendekati Andrea, pasti akan jatuh cinta pandang pertama. Namun, tidak bagi Aaryan. Pertemuan pertama dengan Andrea membuatkan gadis itu mencabar ego lelakinya. Belum pernah ada mana-mana gadis yang berani menggugut dirinya seperti Andrea. Gadis itu benar-benar mencari nahas. Takdir mengubah apabila Andrea di minta untuk berkahwin dengan Aaryan. Perkahwinan yang tak dirancang itu akhirnya membuatkan Andrea tersepit dan terperangkap dengan Aaryan sehingga dia tidak mampu untuk melepaskan diri lagi. Disclaimer: Novel ini hanya rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau tiada. Segala nama, watak, tempat dan insiden adalah imaginasi penulis. Segala persamaan hanyalah kebetulan. ©WNFHANNA - 2023 ALL RIGHT RESERVED