masterpieces | bitter+sweet ❤️‍🩹🫶🏼
28 stories
LUMÌERE (C) by cloudybvry
cloudybvry
  • WpView
    Reads 137,846
  • WpVote
    Votes 5,694
  • WpPart
    Parts 74
Lyra Elowen Safiya, pemilik sebuah kafe kecil iaitu Lumière yang cozy dan penuh dengan aroma kopi serta kek buatan sendiri. Tak pernah sangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah "perkenalan" yang tak dijangka. Dia cuma kenal Sofea Althea, kawan serumah masa zaman universiti dulu. Sofea selalu bercerita tentang abangnya kepada Lyra. Lelaki yang langsung tak pernah muncul sepanjang kunjungan Lyra ke rumah keluarganya. Ezric Kael Amin merupakan seorang chef terkenal yang bekerja di Hotel Regalia Grand. Kael terkenal dengan sikapnya yang pendiam dan tegas. Dia juga lebih gemar bersendirian dan banyak menghabiskan masa dengan mencipta menu-menu baharu. Kael terlalu sibuk mengejar kesempurnaan dalam dunia kulinari hingga tak ambil kisah dengan hal sekeliling. Sibuk mengurus dapur hotel lima bintang sambil memastikan reputasinya sebagai chef terus unggul. Dia jarang di rumah dan langsung tak ambil tahu tentang "kawan baik" Sofea yang sering menjadi perbualan keluarganya. Tapi bila Puan Hanisah mula menyuarakan niat untuk menjodohkannya dengan gadis pilihan yang tak lain tak bukan ialah Lyra. Dia mula rasa hidupnya terganggu. Tanpa sedar, dua dunia yang selama ini terpisah mula bertemu. Rahsia, konflik dan perasaan yang perlahan-lahan tumbuh menjadikan kisah mereka bukan sekadar tentang makanan atau jodoh pilihan keluarga. Tetapi tentang mengenali diri sendiri dan mungkin juga cinta yang tak disangka.
Racing King by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 426,777
  • WpVote
    Votes 29,267
  • WpPart
    Parts 60
Zayd Zidane & Mia Ayara Dimanjakan ibu bapa? Ya, dia memang anak manja. Cakaplah dia tak macam anak lelaki yang lain, itu memang hakikatnya. Terluka sikit? Kalut si ibu ubati. Tengah malam lapar mi segera? Dia tinggal minta kakak dan abangnya buatkan walaupun mereka separuh rela. Tapi antara kesemua adik beradiknya, dia lah yang paling banyak menolong. Dia rajin dekat dapur, macam orang perempuan. Dia ZAYD ZIDANE. Siapa sangka seorang gadis polos terjatuh suka dengannya kerana berpesonaliti begitu? Siapa saja yang tak jatuh suka dengan keperibadian Zayd? Zaman sekarang memang susah nak jumpa lelaki sepertinya. Nampak comel! Dia MIA AYARA. Namun, hatinya hancur berkecai apabila dia secara tak sengaja terlihat sisi kedua seorang Zayd Zidane. His hidden side. Sifat yang tersembunyi di sebalik topeng anak manja yang baik. "Kalau dah berani berlumba haram tu, tak takut dosa, takkan dengan parents sendiri pun takut? Pengecut gila." -Mia Ayara "Apa masalah kau dengan aku, hah?" -Zayd Zidane Perkahwinan mereka merupakan satu tragedi hitam dalam sejarah. Segala perbuatan Zayd akhirnya memakan dirinya sendiri sekaligus menghancurkan hati ramai orang biarpun masa terus berlalu. "Kita tak semesra itu, Zayd. That's one fact about us, yang kau patut tahu." -Mia Ayara [interconnected & spin-off Racing Flame] Start : 11Nov25
MIKHAEL by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 363,517
  • WpVote
    Votes 15,337
  • WpPart
    Parts 49
[Evermore Series #1] Solace Love ⋆͛︎ Leftenan Mikhael Russo. Jejaka bermata warna biru gelap yang jarang ditemui. Hidupnya ditemani senjata dan bahaya. Itu semua bukan perkara asing baginya. It's his life. Namun segalanya berubah bila hati Mikhael terpaut dengan seorang gadis. Hati leftenan yang beku itu mulai pecah satu persatu disebabkan seorang gadis. Arielle Iris. Gadis yang sedang menyambung pelajaran ke menara gading. Pertemuan pertama mereka berdua bagaikan sebuah penyatuan di Sepanyol. Bukan sekali tetapi tiga kali. "Did you know? They said if two persons meet each other three times, they are fated to be together." Ketika Mikhael lelah meneruskan tugasan, Arielle ialah penyelamatnya. Gadis itulah yang membantu Mikhael sejak pertemuan mereka, kekuatan Mikhael. "Aku sayang kau. If putting my life for you proves my loyalty, I will do it. I will do anything I can do for you."
Loving And Loved by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 418,116
  • WpVote
    Votes 17,223
  • WpPart
    Parts 52
Hazz Edraqi | Dahlia Evelyn Disebalik tenangnya wajah dia, tersimpan satu memori gelap yang dia cuba padam sehingga menetapkan CINTA bukan satu prioriti buat dirinya. Orangnya dingin, perangainya pun kurang sopan! Tapi entah kenapa, dia sentiasa diterima oleh semua orang. Dia Hazz Edraqi. "Tolong simpan perasaan kau tu dalam-dalam sebab aku tak peduli pun." - HAZZ EDRAQI Ya ke tak peduli? Setiap patah kata yang keluar dari mulut lancang lelaki itu memicu rasa ingin tahu anak dara majikannya. Orangnya berperangai bebas tapi hidup dikongkong orang tua. Misinya hanya satu, berkahwin dengan Edraqi dan bebas dari dikongkong mummy dan daddy serta abangnya yang gila. Dia Dahlia Evelyn. "Be my husband. I'll show you how love can make your everyday worth living." - DAHLIA EVELYN Namun siapa sangka, baru hari pertama kahwin dah berbincang pasal penceraian. Gila! Dikala mereka berdua baru mahu mengecapi kebahagiaan, satu demi satu rahsia terbongkar yang bakal menggoyahkan rumah tangga mereka. "I will never make it easy for you." - Hazz Edraqi "The weak can never forgive, Hazz." - Dahlia Evelyn start : 15.5.2025 end : 22.8.2025
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
fiqalynaaa
  • WpView
    Reads 1,017,633
  • WpVote
    Votes 42,324
  • WpPart
    Parts 83
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula ditepikan. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026