MidoriyaZieyChan's Reading List
200 stories
From Ordinary To Extraordinary ✔︎ by ssyahk
ssyahk
  • WpView
    Reads 71,256
  • WpVote
    Votes 4,075
  • WpPart
    Parts 80
Semuanya bermula kerana satu malam. Perkahwinan secara tiba-tiba dalam persahabatan mereka, Melina dan Aryan. "So sekarang ni, satu sahaja jalan yang boleh selesaikan masalah ini." "Kahwin" "Ryan setuju." "What!" Dendam yang telah lama disimpan menyebabkan semuanya menjadi kucar-kacir. 'Kau tunggu jelah Mel. Nikmatilah hidup bahagia kau sekarang. Nanti dah takde dah kau hidup bahagia macam ni' Dalam diam, kebenaran sentiasa menanti masa untuk menonjolkan diri. "Who are you?" "Hi, sis." Kebenaran apa yang telah muncul di dalam kisah kehidupan Melina? Siapakah yang sentiasa berdendam dengan Melina? Apakah dendam tersebut? • Romance • Action • Mystery START: 20 JUNE 2021 END: 11 AUGUST 2021
Golden in The nightmare : Bukan lelaki red flag | C by RyeoInayla
RyeoInayla
  • WpView
    Reads 109,109
  • WpVote
    Votes 3,592
  • WpPart
    Parts 63
COMPLETED Kerana mahu membongkarkan satu rahsia. Dia terpaksa memberanikan diri menjejak kaki ke Kuala Lumpur. Namun siapa sangka... Dalam diam dia sudah termasuk di dalam sangkar permainan si dia. Syed Kayyis Kaiser. Title before : Bukan Lelaki Red Flag
Rejuvenate Love [C] by EyaHanns
EyaHanns
  • WpView
    Reads 64,943
  • WpVote
    Votes 2,355
  • WpPart
    Parts 61
SINOPSIS Noah Khan - Seorang pemilik kafe dan doktor Psikologi yang berdedikasi, lelaki yang pada awalnya tidak mahu mencari pasangan hidup. Namun, takdir mengubahnya, dia menjadi seorang lelaki yang terluka kerana cinta manusia. Raja Hannah Eliana - Doktor pakar bedah dan bakal menjadi pemegang syarikat hospital empunya datuknya. Dia seorang yang berbakat, wanita penuh ego, keras hati, dan penuh rahsia. Cinta mereka bermula dari pertemuan tidak dirancang. Disulami ketawa, salah faham, dan janji-janji manis. Namun, cinta yang dibina akhirnya runtuh dek kesilapan, keangkuhan, dan ego masing-masing. Hannah menghilang tanpa jejak ke Perancis, meninggalkan Noah terkapai-kapai dalam luka dan kemarahan. Bertahun kemudian, takdir menemukan mereka semula. Noah kini tunangan Zeera, wanita yang pernah menjadi pengganti sementara dalam hidupnya. Hannah pula kembali, bukan untuk merayu cinta, tetapi untuk menebus dosa dan mungkin, mencintai semula dengan cara yang betul. Namun, cinta yang lama tak semudah itu kembali pulih. Tersimpan di sebalik mata Noah adalah benci yang berselindung di balik rindu. Sementara Hannah terpaksa berdepan dengan masa lalu yang menghantuinya, termasuk kisah pengorbanan Ishaan, lelaki yang menyelamatkannya dengan nyawa sendiri. Dugaan demi dugaan menguji mereka. Dari pertengkaran, fitnah, sehingga ke perpisahan yang hampir kekal. Tetapi apabila cinta itu benar, ia akan kembali dalam cara paling tidak terduga. Saat Noah akhirnya tahu kebenaran, dia sedar... dia tidak pernah berhenti mencintai Hannah. Dari kejatuhan, mereka bangkit. Dari luka, mereka membina harapan baru. "Rejuvenate Love" adalah kisah tentang bagaimana cinta sejati tidak pernah salah alamat. Ia hanya mengambil masa, air mata, dan keberanian untuk sampai ke takdirnya. Ia adalah tentang memaafkan, memilih semula, dan membina semula untuk cinta yang tidak pernah mati.
IMPERFECT MEMORY (COMPLETED) by LiyaaLyn
LiyaaLyn
  • WpView
    Reads 70,231
  • WpVote
    Votes 4,654
  • WpPart
    Parts 70
UNEDITED VERSION !!! warning : messy structures, cringe and typos everywhere. Aza Qarizh x Nurain Medina "Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?" Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu terlebih dahulu pergi menghadap ilahi. "Who are you?" - Nurain Medina. "Who am I?" - Aza Qarizh. Munculnya lelaki bernama AZA QARIZH membuatkan perasaan Nurain Medina berbelah bahagi terhadap Qash Arsyad Ikhtiari. Dengan sifat dingin dan melindungi Nurain Medina membuatkan gadis itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. "I am Aza Qarizh." Aza Qarizh. Seorang lelaki yang tidak dikenali meminta bantuan Medina untuk pulihkan ingatannya. Tapi, mana mungkin? Mereka langsung saling tidak mengenali apatah lagi memori bersama. "Mustahil kau tak kenal aku. Kalau tak macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?" -Aza Qarizh "Tapi itu tidak bermaksud yang dulu kita kenal satu sama lain!" -Nurain Medina Bengang dengan Qarizh yang keras kepala, Nurain Medina tekad untuk membantu walaupun dia masih buntu dengan cara apa yang harus dia pakai untuk pulihkan ingatan lelaki itu. Bermula atas dasar niat untuk menolong beralih menjadi sepasang suami isteri yang saling mencintai. Saat hati saling memerlukan, ikatan janji terlakar. "Janji jangan tinggalkan Medina?" "Aku janji." Janji telah dimetrai. Namun siapa sangka sebelum ini sebenarnya lelaki itu telah bekeluarga! Sudah mempunyai seorang isteri yang dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya sehingga bertekad untuk tinggalkan Nurain Medina. Dunia kejam? Kerana ini hanya tempat persinggahan sementara kawan. Start: 221222 End: 041125 cover by : @tsweetestrain #1 in action - 11/3/2025 #1 in love - 18/3/2025 All right reserved © LiyaaLyn
ENGKU IQWAAN SYAH by miss__lemon
miss__lemon
  • WpView
    Reads 3,321
  • WpVote
    Votes 187
  • WpPart
    Parts 23
My First Story (100% My Ideas) Engku Iqwaan Syah, lelaki yang hidup dalam kemewahan, namun hatinya kosong. Sejak kemalangan yang meragut keupayaannya untuk berjalan, dia memilih untuk menjauhkan diri daripada dunia. Dia percaya, setiap orang yang mendekatinya hanya mahukan hartanya, bukan dirinya yang sebenar. Senyumannya telah lama mati bersama harapannya untuk bahagia. Syafrina Husna, seorang gadis yang dibesarkan dalam kesederhanaan, langsung tidak peduli bila orang mengelar dirinya "perempuan tomboy" oleh kerana sikapnya yang kasar. Baginya, yang penting adalah mak satu-satunya insan yang masih ada dalam hidupnya. Untuk itu, dia sanggup bekerja siang dan malam. Namun, takdir menemukan mereka apabila Syafrina menerima tawaran sebagai penjaga sementaranya... "Kau buat apa dekat sini?" - Engku Iqwaan Syah. "Kerja lah, takkan tanam ubi pula." - Syafrina Husna. Mampukah Syafrina mencairkan hati seorang lelaki yang sudah lama menolak cinta? Atau adakah Engku Iqwaan akan terus mengusirnya dari hidupnya? Nak tahu selanjutnya dipersilakan baca!!
LOVE & YOU (TERBIT) by Lollysnow
Lollysnow
  • WpView
    Reads 540,484
  • WpVote
    Votes 3,324
  • WpPart
    Parts 2
Penyatuan dua insan bukan sekadar lafaz dan saksi. la adalah ikrar suci antara dua jiwa yang tidak selalu sehaluan. Maka, bagaimana agaknya kisah apabila dua hati yang belum pernah saling mengenal, dipertemukan dan disatukan oleh takdir? Masa lalu telah mengajarnya untuk tidak lagi mengikat hatinya pada sesiapa. Dia serik. Tak mahu lagi berulang. Namun, garis kehidupan berkata sebaliknya apabila dia tiba-tiba dilamar oleh seorang lelaki untuk anak gadisnya. Azmir Izzudin buntu. Ikutkan hati mahu menolak, tapi ada satu alasan memicu keputusannya untuk menerima lamaran itu. Dia, Tia Adriana, anak tunggal Tuan Adha. Dimanjakan sejak kecil dan dibesarkan dengan segala perkara yang sempurna. Sifatnya manja dan keras kepala, sungguh berbeza dengan Azmir yang lebih sukakan ketenangan. "I bagi peluang you lari." - Tia "Kenapa awak je yang tak lari?" - Azmir Kerana tiada siapa yang melarikan diri malam itu, akhirnya Azmir pasrah menerima kehadiran gadis itu dalam hidupnya. Tanpa sedar, dia turut menerima hakikat bahawa ketenangan yang dinikmatinya selama ini bakal tergugat kerana sifat mereka yang bertentangan. Ada sahaja perbalahan yang tercetus. Jika Tia api yang marak, Azmir pula minyak gasnya. Sudah tahu gadis itu mudah meletup, dicucuh pula kesabarannya. Bagi Tia, Azmir menganggapnya seperti budak-budak. Bagi Azmir pula, Tia terlalu suka membentak. Di sebalik ketidaksamaan itu, masih wujud sesuatu yang mengikat mereka antara satu sama lain. Azmir perlukan Tia. Tia perlukan Azmir. Mampukah sebuah ikatan yang lahir tanpa cinta terus utuh menongkah badai waktu? Bagaimana dengan masa lalu Azmir? Bolehkah Tia menutup mata, dan terus mempercayai bahawa lelaki itu adalah cinta pertama dan selamanya? "I dah buang apa yang patut dibuang, dan I kembalikan apa yang tak patut dibuang." Sem. Malaysia: RM30.00 Sabah/Sarawak: RM33.00
🔞Siblings series 2-The Loyal Man : Mustaqim Uwais  by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 411,421
  • WpVote
    Votes 14,513
  • WpPart
    Parts 52
SERIES 2 spin off the loyal hunter Mustaqim Uwais pewaris sulung Dato' Umar Uthfan. Seorang anak yang selalu menurut kata dan arahan kedua orang tua. Selaku anak sulung dia banyak berkorban demi kehendak keluarga. Keinginan dan impian di ketepikan. Bagi dia keluarga adalah yang paling utama. Sikapnya yang terlalu serius di tempat kerja sedikit menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang bawahan. Semua orang menggeruninya bila berkaitan dengan kerja. Tanpa keluarga sedar dia dari dulu lagi bertindak dalam diam. Diam diam ubi berisi. Pertemuan di Kedah menggamit seribu memori. Kenangan lama muncul kembali. Rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Jodoh datang bergolek sebesar padang bola Mustaqim tadahkan. " Saya tak perlukan bantuan awak Encik Mustaqim" - Rose Annisa. " You need me! and i'm always here for you!" - Mustaqim Uwais. Rose tak mampu mengelak. Mustaqim ibarat bayang yang mengejar walaupun dia cuba melarikan diri. Hubungan mereka tidak diketahui oleh keluarga. Mustaqim masih teragak-agak kerana Rose seperti bermain tarik tali. Kehadiran bekas tunang Rose semakin merumitkan hubungan mereka. Mustaqim cemburu. Sekali dia memiliki Rose, sampai ke mati Rose menjadi miliknya. Mampukah Mustaqim menjadi lelaki yang setia bila keluarga cuba menyatukan dia dengan wanita yang lain?
Bond Of Love  (Og) by rein_xeny
rein_xeny
  • WpView
    Reads 125
  • WpVote
    Votes 10
  • WpPart
    Parts 3
MY FIRST STORY!