lilynaeun's Reading List
200 stories
𝐙𝐚𝐲𝐧 𝐇𝐚𝐢𝐝𝐚𝐫 : 𝐏𝐫𝐞𝐬𝐜𝐫𝐢𝐩𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐅𝐨𝐫 𝐋𝐨𝐯𝐞 | 𝐎𝐆 by amanimkhtr
amanimkhtr
  • WpView
    Reads 3,831
  • WpVote
    Votes 598
  • WpPart
    Parts 5
Zayn Haidar. Seorang doktor pakar bedah yang disegani, hidupnya seakan lengkap, namun hatinya masih merindui seorang gadis yang pernah diselamatkannya bertahun dahulu. Gadis itu, dikenali sebagai Alya Sofea, namun pada hakikatnya, nama sebenarnya ialah Areesha Zahra, bekas tunangnya yang menghilang tanpa khabar selepas satu insiden yang meragut kepercayaan mereka berdua. Lima tahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula di bawah bumbung hospital yang sama. Zayn tidak menyedari bahawa Alya Sofea yang sering bekerjasama dengannya di bilik pembedahan itu sebenarnya adalah Areesha. Gadis yang selama ini menjadi igauan rindunya. Sementara itu, Areesha menyembunyikan identitinya kerana terlalu malu dan takut untuk berdepan dengan lelaki yang pernah dia cintai, dan yang dia tinggalkan tanpa penjelasan. Zayn tanpa sedar mula jatuh hati dengan Alya. Namun hatinya masih terikat dengan Areesha seorang gadis yang dia tidak tahu berada di mana. Hatinya mula keliru, perasaan terhadap dua wanita yang ternyata sama, namun terasa berbeza. Dia mula sedar, caranya mencintai Alya dan Areesha tidak sama, namun kedua-duanya membuatkan jantungnya berdetak laju. Namun cinta tak pernah mudah. Konflik baru muncul apabila abang Areesha juga seorang doktor dan mula mempertikaikan kehadiran Zayn dalam hidup adiknya. Zayn perlu buat pilihan, teruskan cinta dengan Areesha dan hadapi risiko perbalahan keluarga, atau lepaskan Areesha demi menjaga keharmonian semua. Areesha pula bertekad untuk berdiri teguh demi cinta yang dia hampir kehilangan. "𝐙𝐚𝐲𝐧 𝐇𝐚𝐢𝐝𝐚𝐫" bukan hanya kisah cinta, ia tentang penebusan, keberanian untuk berterus terang, dan pengorbanan demi bahagia yang sebenar. Adakah cinta mereka cukup kuat untuk menyembuhkan luka lama dan menghadapi badai yang baru?.
BLOOD ROSE'S by LittlePrincess174
LittlePrincess174
  • WpView
    Reads 63,112
  • WpVote
    Votes 2,394
  • WpPart
    Parts 52
Tengku Erissa Mikayla & Tengku Adrean Alexander Louis.. Pertemuan secara tidak sengaja telah menyatukan dua insan.... ....... Disaat cinta mula berputik, pelbagai dugaan yang harus ditempuhi... mampukah mereka untuk mengharungi ujian itu... "Kalau aku tak boleh dapatkan dia, maknanya tidak ada sesiapa boleh dapat dia"Tengku Jessica Daniella Mampukah mereka berdua pertahanan ikatan perkahwinan yang telah dibina???
May Andrea : Dendam Atau Cinta (HIATUS) by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 6,995
  • WpVote
    Votes 263
  • WpPart
    Parts 7
May Andrea binti Dato' Arman,wanita muda berusia 25 tahun,dipaksa berkahwin dengan Tengku Mikhael Adreean binti Tengku Mukhrees,Ceo muda pewaris empayar pesaing keluarganya.Perkahwinan itu dirancang secara rahsia oleh ayah Andrea.Dato' Arman yang telah lama menyimpan dendam lama terhadap keluarga Adreean.Namun,Andrea mempunyai agenda sendiri,dia mahu membalas dendam atas kematian abangnya,Andrick,yang disyaki terlibat dalam konspirasi keluarga Adreean. Rere,seorang anggota kumpulan underground yang kerap mensabotaj musuh keluarganya tanpa sesiapa tahu identitinya.Di sebalik sikap dingin dan misteri Adreean,Andrea mula merasakan sesuatu yang berbeza,walaupun dendam Masih membara. kumpulan mafia "Shadow Valiente" sering diganggu sabotaj misteri,dan Adreean mendapati kumpulan underground sering mencuba membunuh anak buah Adreean dan sabotaj tanpa mengetahui sebab yang kukuh. Rahsia lama mula terbongkar... Pembunuh Andrick mula memunculkan diri dan segala yang berlaku dirancang licik untuk menutup segala kebenaran.Andrea semakin terperangkap dalam konflik keluarga,sabotaj,dan cinta yang bercelaru. Dalam keadilan demi abangnya,atau adakah dia akan tewas dengan cinta Dan pengkhianatan yang tidak disangka? PERINGATAN! -Cerita ini mengandungi Kata kasar dan kesat Start publish : 9/6/2025 End Publish :
Takdirku Bukan Kita  by _theeyne
_theeyne
  • WpView
    Reads 11,297
  • WpVote
    Votes 493
  • WpPart
    Parts 7
Rayna Zafrena - Mejar juruterbang taktikal EC725 TUDM. Pernah dipandang rendah kerana wajah dan perwatakannya yang berbeza, namun hari ini dia berdiri sebagai salah seorang juruterbang taktikal terbaik negara. Biarpun dibesarkan dalam keluarga yang jarang menyokong impiannya, ada satu-satunya abang di perbatasan yang menjadi sumber kekuatannya. Namun, di sebalik langit luas dan keberanian yang dipuji, Rayna menyimpan luka lama... luka bernama Raqeef Zayden. Dahulu pembuli di sekolah, kini Leftenan Kolonel PASKAU TUDM yang disegani kerana ketegasan dan kejayaannya dalam misi sulit. Takdir mempertemukan mereka kembali selepas 14 tahun-dalam sebuah operasi kritikal yang sepatutnya bukan Rayna yang mengetuai. Tetapi keadaan memaksa, dan dia terpaksa melangkah. Pertemuan pertama mereka tidak manis. Raqeef yang tidak mengenali Rayna dewasa, cepat menilai wanita itu sebagai keras dan tidak seperti wanita lain. Dia tidak tahu... Rayna adalah gadis yang pernah dia sakiti dahulu. Dari satu misi ke misi lain, perlahan-lahan Raqeef mula melihat sisi Rayna yang tak pernah dia sangka-tegas, cekal, berprinsip. Dan hatinya mula terusik. Tetapi bagi Rayna, lelaki cuma tertarik pada yang indah di mata... sehingga bosan, lalu pergi. Dia tidak mahu mengulang sejarah pahitnya. Ketika hatinya mula diuji, keluarganya pula mahu menjodohkannya dengan anak kenalan korporat. Dia menolak. Dalam masa yang sama, Raqeef meluahkan rasa. "Dua tahun... tunggu aku balik, kita kahwin." -Mejar Rayna Zafrena Rayna menerima tugasan di luar negara, menggenggam janji itu erat. Tetapi selepas dua tahun berlalu, dia pulang dengan satu keinginan-bertemu Raqeef semula. "Balik ni aku terus nak jumpa Raqeef." -Mejar Rayna Zafrena Namun berita yang menyambutnya menghentak jiwa. "Raqeef... hari ini dia nikah." -Kapten Alieya Natasya Dunia Rayna sekali lagi runtuh. Masihkah ada ruang untuk cinta yang tertangguh ini... atau segalanya sudah terlambat?
CHANGED by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,541,686
  • WpVote
    Votes 14,787
  • WpPart
    Parts 12
TENGKU MIKAEL DANIEL X NUREEN QAIRINA Kelahiran gadis itu di dunia ini bukan disambut dengan senyuman atau pelukan kasih. Sebaliknya, sejak membuka mata, dia hanya mengenal erti makian, cercaan, dan deraian sumpah seranah. Tiada belaian manja. Tiada pelukan yang menenangkan. Apa yang dia tahu, setiap hari adalah luka. Setiap malam adalah tangisan sunyi dalam gelap. Dilabel sebagai pembawa sial oleh darah daging sendiri, dia dipukul, dihina, dipersalahkan atas segala musibah yang melanda keluarga. Sehingga pada usia 12 tahun, dia dihalau keluar... bukan sekadar dari rumah, tetapi dari hidup mereka, seolah-olah dia tidak pernah wujud. Namun takdir tidak membiarkannya terus terbuang. Seorang pereka fesyen tersohor menemuinya dalam keadaan tidak berdaya, dan tanpa ragu, membuka pintu dunia baru untuknya. Dunia yang tidak pernah dia impikan. Dunia yang akhirnya mengajarnya erti kasih, harga diri, dan keberanian untuk bangkit. Dia berubah... bukan untuk diterima sesiapa, tetapi untuk membina semula dirinya yang pernah dihancurkan. Dari jalanan yang gelap ke pentas dunia yang terang, dia berdiri kini sebagai figura penuh kejayaan dan inspirasi. Dulu dia dibuang, kini dia disanjung. Dulu dia dibenci, kini dia menjadi dambaan. 'She changed... not to fit in, but to rise. And in that change, she rewrote her worth.' Start: 12 June 2017 End: 31 July 2018 Revamp: 14 July 2025 (UPCOMING EBOOK) ⇨Rank⇦ 13/12/17:#51 in random 17/12/17:#37 in random 26/6/18:#30 in random 8/7/18:#8 in random TW: This book contains strong language, mature themes, and intense situations that may be distressing to some readers. It includes violence, explicit content, psychological trauma, and morally complex characters. Reader discretion is strongly advised. ⓒQ-NATIONZ ALL RIGHTS RESERVED
CIK ANGGUN ENCIK MAFIA (COMPLETE) by mellowcrunch_
mellowcrunch_
  • WpView
    Reads 823,439
  • WpVote
    Votes 32,263
  • WpPart
    Parts 42
MY ACHIEVEMENT 🏆THE ROYAL BOOK OF THE YEAR 🏆THE LAUREL RANDOM 2021 🏆TOP 3 THE BEST ACTION OF NOVELIS AWARD 🏆THE BEST ACTION 2021 🏆BEST ANGLE ACTION 🏆TOP 5 ACTION DREAMHIGH 🏆DE BRILLANTE ACTION 2020 🏆THE BEST FLORIARITY ACTION 2020 🏆LUCKY PERSONA AWARD 2020 🏆THE BEST ACTION ETERNAL AWARD 🏆THE TOP HERO 2020 ETERNAL 🏆THE BEST SYNOPSIS ETERNAL 🏆THE BEST ACTION IN PATAHAN RANTING 🏆TOP 3 ACTION 2020 IN BRONZE AWARD Anggun Qhairah merupakan pemilik kafe iaitu 'Butterfly cafe' yang dibuka bersama dua orang sahabatnya. Dia juga merupakan seorang gadis yang bernasib malang. Sejak kecil dia telah dibesarkan oleh ibutirinya sehingga ayahnya meninggal dunia. Lebih malang lagi, ibu tirinya telah menjualnya kepada tauke kelab malam demi melangsaikan hutangnya. "Sampai hati mak buat Anggun macam ni. Mak dah tak sayang Anggun ke?" "Sayang? Kau tu bukan anak aku! Aku tak ada anak malang macam kau!" Pertemuannya dengan Tengku Danish Rafiqi yang melanggarnya membuatkan hidupnya berubah 360° darjah. Dia telah dijaga dengan penuh kasih sayang oleh keluarga Danish sehinggalah mereka membina masjid mereka. "MasyaAllah! Cantiknya." Tengku Danish Rafiqi seorang mafia yang terkenal dengan sikapnya yang kejam. Kehidupannya berubah 360° apabila dia telah berkahwin dengan Anggun Qhairah. Daripada seorang yang dingin berubah menjadi seorang yang romantik. "If i tell you that i love you, will you love me back?" "Right now the only thing that i really sure about is that i love you." Mahligai yang dibina sangat bahagia tanpa ada sebarang halangan. Namun, apakah yang akan terjadi apabila musuh ketat Danish, Syed Naufal datang untuk membalas dendam? Apakah yang akan terjadi diantara mereka? Adakah kebahagian milik mereka atau sebaliknya? Jemputlah membaca novel saya iaitu Cik Anggun Encik Mafia. START: 27 JANUARI END: 8 JANUARI 2021 THANKS! ---------------
BUKAN ISTERI PILIHAN by _Mylia_
_Mylia_
  • WpView
    Reads 959
  • WpVote
    Votes 56
  • WpPart
    Parts 5
NIARA ALISSA tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah dalam sekelip mata. Demi melunaskan hutang ayahnya yang kaki judi, dia dijual seperti barang dagangan kepada sepasang suami isteri kaya. "Yah, tolong yah... jangan buat Niara macam ni!" rayunya, namun si ayah hanya menolak dengan wajah bengis. Bukan untuk dijadikan anak angkat... tetapi untuk dijadikan isteri sementara kepada Naufal Haziq, anak lelaki mereka yang lumpuh selepas kemalangan. Tunang Naufal pergi meninggalkan dia saat dia paling memerlukan. Demi menutup aib keluarga, Niara dijadikan pengganti. "Kau mesti malu dapat suami lumpuh macam aku kan?" - Naufal Haziq "Awak pula tak malu dapat isteri macam saya?" - Niara Alissa Semakin lama dia mengenali naufal dia tahu naufal lelaki yang baik meskipun mempuyai kekurangan "Kenapalah tunang awak sanggup tinggalkan awak... sedangkan awak baik aje." - Niara Benih sayang mula tumbuh dalam hati. Tapi Niara tahu, semua itu hanyalah sementara. Apabila Naufal sembuh kelak... apa gunanya lagi seorang isteri yang tidak pernah menjadi pilihan sejak awal? Adakah cintanya akan dibalas, atau dia hanya boneka sementara di sisi seorang lelaki yang bakal kembali sempurna?
HIS SIDE OF LOVE by elvy_syer
elvy_syer
  • WpView
    Reads 130,610
  • WpVote
    Votes 4,326
  • WpPart
    Parts 55
Ryanne Delisha bukan perempuan biasa. Dengan kecantikan yang menggoda dan langkah yang yakin, dia simpan luka lama yang tak pernah sembuh. Di langit antarabangsa, dia terbang bebas... tapi di bumi, hatinya terikat pada seorang lelaki yang tak sepatutnya dia cinta - Dato' Riaz Mikael, duda yang menyimpan terlalu banyak rahsia. Riaz bukan lelaki mudah disentuh. Tapi Ryanne bukan perempuan mudah dilepaskan. Segalanya mula rumit bila anak lelaki Riaz, Zayyan, mula tertarik pada adik Ryanne sendiri. Dan saat bekas isteri Riaz kembali menuntut apa yang pernah jadi miliknya, permainan ini jadi lebih gelap. Dalam dunia penuh darjat, politik dan rahsia - cinta mereka bukan hanya salah... tapi juga berbahaya. Dan satu nama, mungkin tak cukup untuk sembunyikan segalanya.
Harith's Amor | ON HOLD by aleesyiro
aleesyiro
  • WpView
    Reads 1,564
  • WpVote
    Votes 49
  • WpPart
    Parts 5
A story where it all begins.
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 169,817
  • WpVote
    Votes 12,103
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, no so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]