Badboy family series
3 stories
HANZ - The Devil Love The Fallen Angel by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 1,336,430
  • WpVote
    Votes 67,865
  • WpPart
    Parts 60
Mr Mama Series🌷 --- -"A King who was never stop to love his Queen"- PERKAHWINAN atas dasar cinta buatkan Illyana terjerat sendiri di dalam istana binaan Hanz. Memanglah menjadi isteri lelaki itu dia terus dilayan persis tuan puteri. Tetapi sikap kuat mengugut dan memaksa itu buatkan Illyana rasa terkurung sendiri. Tambahan lagi, pekerjaan Hanz langsung menjadi misteri. "Apa kerja awak sampai boleh jadi kaya macam ni?" - Nur Illyana "You are not allowed to know", - Hanz Ivans Mungkin luarannya dia tampak begitu garang. Namun begitu hakikatnya, dia ialah seorang lelaki yang takut kehilangan pemaisurinya. Andai kata sisi gelapnya terbongkar, mampukah Illyana terima? Lantaran itu, Hanz memilih untuk menyembunyikan sisi hitamnya. Sehinggalah, suatu hari... Rahsia itu terbongkar. "Kenapa awak buat semua ni pada saya? Saya benci awak!" - Nur Illyana "So what? Nak lari? Dalam mimpi, mia moglie" - Hanz Ivans Silap besar bila Illyana memilih untuk melarikan diri dari suaminya meskipun dia sedar yang dia takkan mampu melangkah keluar dari istana binaan suaminya. Setiap kali percubaan, berkali - kali menghancurkan hati seorang lelaki. Hanz memang kejam. Dia sememangnya perengus. Dia akui dia seorang yang suka memaksa. Tapi Illyana lupa bahawa dia juga manusia. Manusia yang punya hati dan keinginan untuk mencintai dan dicintai... Mampukah Illyana memilih setia jika Hanz sendiri tawarkan jasad dan nyawa sebagai galang gantinya? ---- Start; 11/5/2020 End;17/9/2020 ---- Precious Cover by @frggie -- PENCIPLAKKAN JALAN CERITA INI ADALAH DIHARAMKAN SAMA SEKALI SAMA ADA JALAN CERITA MAHUPUN TAJUK! KALAU DEGIL JUGA PANDAI - PANDAILAH MERAYU DI PADANG MASYAR NANTI / SAYA AKAN REPORT PADA PIHAK WATTPAD!
NASH: Hero Si Sweet Devilish by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 265,408
  • WpVote
    Votes 22,458
  • WpPart
    Parts 70
DIA memberontak kerana keegoan si walid yang seringkali membezakan dia dengan kakaknya, Raifa. Ya, dia akui bahawa dia bad girl. Dia nakal dan pembawa masalah. Namun, semua itu takkan terjadi jika walidnya tak membandingkan dia dengan kakaknya. Disebabkan itu, Rizq Althaf menawarkan diri untuk memperisterikan Raisya Asluna supaya gadis itu dapat mengetahui bahawa kasih sayang bukan semua harus diberikan bukti. Luna tak mampu nafikan bahawa seorang Rizq memang sangat sempurna bagi seorang lelaki dan suami. Tetapi, kekurangan lelaki itu cuma satu. Rizq... Tak pernah sekalipun memandang dia sebagai seorang 'isteri' mahupun 'wanita'. Malahan, Rizq menurut setiap arahan walid dan juga ayah angkatnya persis anak yang soleh. Hati Luna terluka. Hadirnya juga seseorang gadis yang merupakan anak arwah kawan baik walid dan ayah angkatnya, dunia Luna terus menjadi kelam apabila Rizq diarahkan untuk berkahwin dengan gadis itu. Dia terus diadili bagaikan pesalah membuatkan Luna terus saja hanyut dalam lautan derita. "Jika hati kau tak lagi kuat hendak menampung luka. Jangan lupa menjerit sekuat hati supaya semuanya hilang. Saat kau rasa kalah mengharungi semuanya. Aku akan datang untuk berikan kau bahagia, Luna" - Nash Harizal Meskipun perit, masalah tetap perlu dihadapi. Kebenaran tetap perlu dicari. Cinta tetap perlu dihargai. "Laureen takut..." - Laureen Alyah Tegakah Luna untuk terus membenci jika Laureen juga mangsa di dalam kisah ini? Adakah penipuan di dalam sebuah kebenaran? Apakah penghujung buat kisah ini? Akankah ada keadilan buat seorang Raisya Asluna? +++ Start: 28/6/21 End: 24/8/21
RIAN 2: My Lovely Wife by CutyLyn123
CutyLyn123
  • WpView
    Reads 166,646
  • WpVote
    Votes 9,066
  • WpPart
    Parts 20
Mr Mama 2♡ "You're my heart" +++ Aileen manja. Aileen nakal. Aileen suka cemburu. Tapi, Aileen itu bertukar lain apabila Rian saban hari tak henti memuji seorang Widya Arluna membuatkan Aileen makan hati. Rian kata Rian cintakan dia tapi cinta apa jika Rian hanya tahu membezakan dia dengan Widya? Lupakah Rian bahawa dia juga manusia? "Sayang tak suka makan kek ke? Widya suka makan kek. Bila dia makan kek dia nampak sangat comel" - Dhean Arriyan "Nanti saya belajar untuk suka makan kek" - Aileen Helena Cemburu sebagai seorang isteri semakin memuncak dikala Rian keluar menemani Widya ke mana - mana saja sedangkan dia terperap di rumah. Makan hati? Usah dikata kerana terlalu banyak. Sudahnya... "Saya nak balik rumah Abang Hanz. Saya nak bawa anak - anak sekali" - Aileen Helena "Kenapa pula? Sayang marah abang ke?" Rajukkan Aileen membuatkan Rian bagaikan cacing kepanasan. Ketiadaan Aileen barulah mengajar erti untuk dia menghargai seorang isteri yang ikhlas disisi. Namun, bagaimana jika ada seorang lelaki yang mulai mencucuk jarum? Adakah Rian akan tertunduk kalah bagaikan pecundang? "Sayang, abang minta maaf. Tolonglah kembali" - Dhean Arriyan +++ Start: 25/6/2021