lightenmylife
Zahira,seorang gadis berusia 25 tahun dan mendapat pendidikan agama yang sempurna daripada ibu dan bapanya. Dia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Mesir namun tidak dibenarkan oleh ibubapanya dengan alasan ketiadaan mahram. Apa nak buat, Zahira belum berkahwin dan tiada adik-beradik lelaki yang boleh menemaninya untuk ke sana.
"Ummi,kawan kakak okey je walaupun tidak ada mahram. Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu Ummi..dah selamat. Boleh je kalau kakak nak pergi sorang-sorang. Kakak dah besar."
-Zahira Irdina
Abi dan Ummi Zahira tetap bertegas dengan pendirian mereka. Hukum Allah tetap hukum yang wajib dipatuhi tanpa alasan. Haram bagi seorang wanita bermusafir tanpa mahram.
"Ummi dan Abi dah bincang. Kalau kakak betul-betul nak sambung belajar di Mesir, kakak kena kahwin!"
-Puan Salmah
Mahu tidak mahu, Zahira terpaksa bersetuju. Hanya beberapa hari selepas itu, ayahnya telah memperkenalkan calon suami yang belajar di Mesir untuknya.
"Saya Nasrul Muhaimin. Boleh panggil Muhaimin. Sekarang ni saya memang belajar di Mesir. Tahun kedua."
-Nasrul Muhaimin
Zahira pening. Bukan Muhaimin tak bagus. Tapi.. Guess what?? Umur dia baru 19 beb! Muda sangat tu! 6 tahun beza wehh!!
"Abi tak main-main. Kakak tak nak calon Abi ni,maksudnya NO MESIR!"
-Ustaz Zaki
Muhaimin pula tidak kisah Zahira lebih berusia daripadanya kerana hatinya telah tercuit sejak memandang Zahira buat kali pertama.
Mereka akhirnya disatukan. Apakah yang akan berlaku di dalam perkahwinan mereka?
Matang ke Muhaimin nak handle rumahtangga dia? Boleh ke Zahira nak terima Muhaimin yang lagi muda daripadanya?
Betulkah Zahira inginkan penceraian selepas selesai pelajarannya di Mesir?
Siapa pula Solehah yang mendapat tempat di hati Muhaimin?
Nothing about ages??
Segalanya bermula di sini.