Sella_Arsyilla85
- Reads 7,988
- Votes 53
- Parts 8
Blurb SKANDAL SATU MALAM
Harraz jejaka kacak pulang ke Malaysia dari Kota London untuk berkahwin dengan kekasih hati. Siapa sangka, sebaik mendarat di Malaysia Harraz tergoda dengan Ayra, gadis seksi yang berada di kondominiumnya. Lain yang dicari, lain yang dia dapat. Skandal satu malam dengan Ayra membuatkan hidupnya berubah seratus-peratus.
Harraz mengikat si gadis cantik bernama Ayra sebagai isteri kerana tanggungjawab. Dia lelaki dominan. Setiap patah perkataannya adalah mandat yang perlu dituruti. Ayra memberontak kerana seumur hidupnya dia tidak pernah dikongkong sesiapa.
Ayra ingin bebas tapi sekarang gerak-gerinya terbatas. Harraz terlalu mengongkong! Dia bencikan Harraz! Kerana Harraz, hidupnya tunggang terbalik. Baginya Harraz itu adalah kesilapan terbesar di dalam hidupnya.
Hannah, kawan baik Ayra cuba sedaya-upaya menjadi matchmaker buat Harraz dan juga Ayra. Namun tanpa cinta, berjayakah Hannah menyatukan hati Harraz dan Ayra? Apakah perasaan sebenar si Harraz yang beku seperti tunggul kayu? Cairkah hati Ayra dengan aura si jejaka yang terlalu kacak di matanya?