Jack_fry's Reading List
2 stories
Thriller : Wais Ayden ✓ by dsyaf_
dsyaf_
  • WpView
    Reads 586,075
  • WpVote
    Votes 42,737
  • WpPart
    Parts 57
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagakan manusia, Untuk jatuh ke tangannya. *** "Satu nyawa, Rm10 000?" Senyuman sinis dilempar. Butang blazer dibuka, lalu punggung dilabuhkan di atas sofa berjenama itu. "Aku tak terima tawaran membunuh yang biasa-biasa." Cermin mata hitam dibuka, jelas matanya yang berwarna itu menampakkan lagi wajah kacukan yang dimiliki. *** "Saya Siti Marwah, anak ustaz Malik. Salam kenal ya?" Ini tawaran membunuh yang menyeksa diri, terpaksa berlakon menjadi orang islam, terpaksa solat dan mengaji, bahkan terpaksa berpuasa demi mengaburkan pandangan ustaz Malik. Siapa ustaz Malik? Lelaki yang bakal menjadi mangsa pembunuhannya. *** "Kau penipu! Aku bersumpah, tuhan akan jatuhkan hukuman setimpal kerana kau mempersendakan agama kami!" *** "أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَهَ إِلَّا الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُالله" "Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah." *** Masih ada jalan buat Ayden? Agama menjadi pegangan atau kerjaya? Mana satu yang akan menjadi pilihan? Semuanya bakal terbongkar dalam Karya Wais Ayden. *** Start : 2/2/2021 End : 6/8/2021 Novel ini mengandungi banyak kesalahan dari pelbagai aspek, dan untuk mengedit semula akan mengambil masa yang lama, jadi saya harap pembaca dapat memahami setiap kesalahan yang tidak disengajakan.
The Secret by sarangdungy13
sarangdungy13
  • WpView
    Reads 44,166
  • WpVote
    Votes 4,490
  • WpPart
    Parts 76
Gerhana mentari bakal tiba, Tersingkap segala rahsia dusta, Sebagai hukuman kekhilafan lama, Insan biasa menjadi mangsa. Arjuna perkasa menjadi tawanan, Disulami debaran beribu halangan, Rela diseksa menanggung beban, Kasih dihamparkan seluas lautan, Demi menagih keredaan Tuhan. Walau ditarik nikmat kuasa, Perjalanan derita mengaburi maya, Demi menyelamatkan Adiratna tercinta, Sang Arjuna rela berkorban nyawa. Begitu nirmala kasih Arjuna, Walau dihunus beribu senjata, Cinta mengatasi fatamorgana dunia, Tertumpahnya darah sang wira perkasa, Yang menjadi lantera menyinari buana. Bangunlah wahai sang Arjuna perkasa, Sungguh dirimu masih didambakan, Namun jika ini takdir yang Esa, Agar diangkat segala beban, Moga syahid di jalan Tuhan. ------------- Perjalanan kehidupan Khairani, Farhana & Ayeesha dalam merungkai segala rahsia di banglo kediaman mereka yang mempunyai 1001 misteri. Ketahui kisah selanjutnya-- Diadaptasi dari kisah benar yang diubahsuai + fiksyen. Kolaborasi bersama watak sebenar yang diubahsuai perwatakan.