First Reading List
4 stories
Takdir You're My Healer [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 69,730
  • WpVote
    Votes 3,399
  • WpPart
    Parts 57
Lapan tahun sudah berlalu, Nawwar merasakan dunia ini tiada makna baginya. Trauma yang dialami sering menghantui dirinya. Bisikan halus kerap menghasutnya. Tetapi bisikan yang didengarinya mempunyai makna yang tersirat. 'The trauma is calling you,' Tidak diendahkan. Mungkin hanya sekadar mimpi. Baginya, itu tipu daya syaitan yang cuba menyesatkan manusia. Namun, bisikan itu sering terngiang dalam kepala sehinggakan hampir meragut nyawa sendiri. Hari demi hari Nawwar jadi putus harapan. Buat apa lagi nak hidup atas dunia yang penuh dengan penyeksaan. Tidak lama kemudian apabila kehadiran seorang gadis yang sering membawa aura positif membuatkan dirinya langsung berubah. "You're the strongest man I've ever met in my life," - Emara Iris. Takdir Allah sangat indah. Gadis ini penyinar hidupnya sebagai Cursed Child. Nawwar leka dalam dunia percintaan sehinggalah dia berniat untuk menghalalkan gadis pilihannya. Malangnya, kejadian yang tidak disangka telah menimpa mereka berdua beberapa minggu sebelum tarikh pernikahan. "I'm sorry, I can't bear this pain anymore," - Nawwar Inas Al-Qayyim. [ 1st series of Takdir I ] [ Start published: April 2020 Remake: 2021 (1x); 2022 (2x); 2023 (1x); 2024 (last remake) ] [ SEQUEL Takdir II : Secrets Untold ] [ Karya asli. Jalan cerita semua idea sendiri ] [ Cerita ni memerlukan daya imaginasi yang tinggi ]
HUD 1 [C] by __syhadh
__syhadh
  • WpView
    Reads 11,490
  • WpVote
    Votes 1,199
  • WpPart
    Parts 47
﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025