L O V E 🖤
2 stories
DR. ALPHA MALE by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 991,823
  • WpVote
    Votes 27,542
  • WpPart
    Parts 15
PENULIS: ANJELL TAJUK: DR. ALPHA MALE HARGA : RM27 (SM)/RM30(SS) Alpha Male. Kata kunci seorang alpha male adalah keyakinan! Yakin dengan rupanya. Yakin dengan gayanya. Dan dah tentulah yakin dengan percakapannya. Kalau tak, takkanlah terkeluar kata-kata ini ketika kali pertama mereka berdua berlanggar di depan sebuah kedai. "Dah habis tenung dah? Tak nak ambil gambar ke? Letak bawah bantal. Malam-malam boleh cium." - HILMAN UKASYAH Wow! Speechless terus Tristin Hazel mendengarnya! Apatah lagi mulut si mamat itu menyambung. "Lain kali jalan guna mata. Menyusahkan orang aje. Sebab tu Tuhan ciptakan mata kat kepala. Bukan kat lutut." - HILMAN UKASYAH Kena pula si lawannya Hazel, si kaki menjawab kelas pertama. Memang taklah dia nak duduk diam! Apatah lagi semuanya bukan salahnya. "Cakap elok-elok sikit tak boleh ke, sedara?" - TRISTIN HAZEL Dan beberapa hari selepas itu, rasa macam nak kena serangan jantung Hazel apabila orang sama yang dilanggar itu tiba-tiba buat grand entrance di tengah-tengah dewan kuliah. Ya... Dengan rasminya, alpha male tu dah bertukar jadi pensyarahnya. Permulaan perkenalan mereka tak indah langsung. Kena maki, dah. Menangis, pun dah. Hubungan pun tak lebih daripada pensyarah-pelajar. Dr. Alpha Male barbarian bak kata Hazel. Sehinggalah satu malam yang membawa sisi protective daripada si Dr. Alpha Male itu untuk Hazel. Hilman selalu ada untuk memberi Hazel semangat. Rupa-rupanya apa yang jadi itu membawa kepada pembongkaran kisah yang baru. Malam itu cumalah satu permulaan! Dan... Setelah itu Hazel selalu menjadi Damsel in Distress dan Hilman pula tak putus-putus menjadi Knight in Shining Armornya. Kerana janji Hilman padanya... "I'll do my best to protect you. Anything. I'll even be taking a bullet for you." - HILMAN UKASYAH Namun, mampukah segalanya terbongkar? Adakah semuanya memang dirancang? Atau sebenarnya hanyalah helah untuk memperdaya?
Married with crush || MALAY NOVEL by youmeeja
youmeeja
  • WpView
    Reads 162,214
  • WpVote
    Votes 7,724
  • WpPart
    Parts 43
[C O M P L E T E] Dikenali sebagai junior dan senior. Tempoh perkenalan dalam empat tahun, timbulnya satu perasaan tanpa disangka. Dia, Nur Raina Nabila seorang pelajar biasa dan seorang budak kawad tersuka tanpa sengaja dengan seniornya. Pelbagai cabaran dalam dunia kawad, akhirnya Rayden Mikael dapat pergi untuk sambung belajar. "Aku dah nak sambung belajar dah. Jangan rindu aku tau, nanti kau nangis. Kau dah lah budak cengeng buerk. " "Ah, kau! Aku bukan budak cengeng lah. Hmm, lepasni tak ada dah nak gurau-gurau, nyakat kau. Bosanlah lepasni kau tak ada." "Janganlah sedih sangat ayat kau Bell, aku pergi belajar je." Hubungan persahabatan mereka bertambah baik walaupun seorang di Malaysia, seorang di perantauan. Bukan itu sahaja, Nur Raina Nabila juga masih menyimpan perasaannya terhadap Rayden Mikael. Dalam masa dua tahun, Muhammad Adam mula rapat dengan Nur Raina Nabila. Adam juga berharap yang Raina akan menjadi miliknya selepas dia mampu dari semua aspek. Setahun selepas itu, Nur Raina Nabila di pinang oleh seseorang. Pinangan tersebut diterima oleh kedua ibu bapanya. Raina hanya mampu berserah walaupun di hati ada si dia. Siapakah yang meminang Raina? Adakah Rayden tahu bahawa Raina suka padanya? Adakah Rayden Dan Raina bertemu selepas enam tahun? Start: 17/6/2020 End: 23/10/2020 Edit: 19/3/2022 Cover by @farahsalvtore