inkgrey81's Reading List
5 stories
Housemate by saranava_
saranava_
  • WpView
    Reads 191
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 10
About Sab dan Mel rakan sekolej yang tinggal serumah di kondo di Subang Jaya. Sebulan kemudian, Shi dan Sha datang menyewa di bilik berhadapan dengan bilik Mel dan Sab. Tingkah laku Mel dan Sab terbongkar apabila Shi dan Sha merasakan kewujudan insan lain didalam rumah selain mereka berempat. 2 bulan kemudian, Nas mendaftar dan menyewa bilik single bersebelahan dengan bilik Mel dan Sab. Ikutilah kisah ini yang banyak berlaku dalam kalangan anak muda di tengah bandar. Cerita ini hanyalah rekaan semata dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau mati.
Sayangku Mr. Nerd by EisyaHarris
EisyaHarris
  • WpView
    Reads 308,176
  • WpVote
    Votes 13,909
  • WpPart
    Parts 15
"Saya Mira Adriana, awak?" "awak!" Budak nerd itu berpaling, kerana malu mendapati dia sedang berangan. "aahhh..yyy..aa" jawab budak nerd itu dengan gugup. "nama awak siapa?" tanya gadis itu lagi. "mm, nama saya Amar Fareez" kata lelaki itu. "saya panggil awak Reez boleh?" Sejak dari pertemuan itu gadis bernama Mira rapat dengan seorang budak nerd sehingga membibitkan bunga-bunga cinta. Belum sampai Mira meluahkan perasaannya kepada si budak nerd, ibunya menjodohkannya dengan anak kenalan rapatnya. Dia cintakan Reez dia juga sayangkan ibunya. Apakah nasib yang bakal ditimpa oleh Mira? Siapakah yang akan dipilih oleh Mira.
Eh, Mr. Pilot? by syaznixon
syaznixon
  • WpView
    Reads 261,804
  • WpVote
    Votes 9,225
  • WpPart
    Parts 24
Highest ranked: #1 in Romance Pertemuan semula Ana dan Haq yang merupakan rakan sekelas ketika berada di bangku sekolah dahulu menyebabkan mereka menyimpan perasaan terhadap sesama sendiri dan perasaan itu semakin bertambah setiap kali pertemuan mereka yang tidak terancang. Haq bersetuju untuk dijodohkan dengan Sarah kerana Haq menganggap bahawa Ana tidak menyimpan apa-apa perasaan terhadapnya. Namun, Haq tidak mengetahui bahawa Sarah adalah sepupu kepada Ana. Apakah yang akan terjadi kepada Ana apabila dia mengetahui hakikat bahawa sepupunya sendiri akan mengahwini lelaki yang dicintainya? ************
Gengster Terguris by Polkadot_Adwa
Polkadot_Adwa
  • WpView
    Reads 689,515
  • WpVote
    Votes 23,918
  • WpPart
    Parts 110
Alif Danial @ AD Kerana keluarga, dia berubah. Hati mana tak terguris melihat keluarga sudah musnah. Melihatnya ibunya bermesraan dengan lelaki lain di hotel. Ayahnya berfoya-foya-foya dengan wanita muda di club. Dan adiknya, sudah lama melarikan diri kerana tidak tahan dengan keluarga sendiri. Dicurangi dengan kekasih dan kawan yang sanggup menikamnya dari belakang.Sejak itu, dia mula berjinak dengan dunia gengster. Baginya, cinta dan kasih sayang itu tak perlu ada dalam dirinya. Kehadiran Dayah membuat hatinya keliru. Kembali mendekatnya dengan kasih yang sangat dia rindu dan sayang yang dia cari...tapi dia tak nak tersakiti lagi... Dayah Hanya kerana ingin ingin menyambung pelajaran, dia terpaksa berhutang dengan Dato' Kamal. Sekarang dia perlu membayar hutang beribu-ribu atau berkahwin dengan Dato' Kamal. Baginya, berkahwin sama dengan dia mengulang cerita ayahnya. Kehadiran AD membantunya menyelesai masalah malah turut membuat hatinya bergetar. "AD..aku nak kau dan Farid jaga pompuan ni..jangan biar dia lari..Dato' dah janji nak bayar tinggi kita kalau tak terlepas sampai tarikh nikah dorang. Aku percayakan kau.." kata Johnny. "Ok...Janji bayar.." kata AD. "Aku tak mau kahwin dengan orang tua kerepot tu... hangpa paham bahasa dak ?? Dah la tua, miang,gemok.... aku tak mau la kawin dengan dia...lepaskan aku !!! Jangan sampai aku repot polis... !!! " Dayah menjerit dengan loghat Kedahnya. AD berkata " Eh, makcik...diam...!!! Jangan sampai aku selotape mulut kau. Bising tau tak ?? Tak payah nak loghat utara sangat kat sini. Buruk.. !! " Tolong aku.. -AD Tolong apa ? -Dayah Tolong diam..- AD. Pergaduhan itulah merapatkan mereka. Muncul Haikal kawan lama Dayah ketika menyambung belajar di Australia dulu. Dia menawarkan pekerjaan dan hatinya untuk Dayah. Aku tolong kau cari kerja sebab kau kawan aku Dayah. Ada lagi satu tempat kosong untuk kau kerja.. - Haikal. Dekat mana ? - Dayah Sini.. - Haikal menunjukkan hatinya. Apa kesudahan GT ?? Kena baca. :)
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,633,244
  • WpVote
    Votes 258,808
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.