whosliyaaa_
- Reads 3,102
- Votes 48
- Parts 43
Dr. Seth Zayyan Ezra Azraq, doktor bedah terkenal dengan kepakaran yang luar biasa, dikenal ramai kerana tatapan dingin dan layanan yang menakutkan. Tidak seorang pun pernah melihat Ezra tersenyum, dan cinta seolah-olah bukan untuknya. Dia hidup dalam dunia kerja yang sibuk, menolak sebarang usaha keluarga untuk memperkenalkannya kepada wanita.
"Ez boleh uruskan diri Ez, ma. Tak perlu isteri pun," itulah kata-katanya yang sering diberikan apabila mamanya menyuruh dirinya mendirikan rumah tangga.
Hanna Inara, adalah lambang kehalusan dan ketenangan. Kehidupannya penuh kehilangan ibu meninggal ketika melahirkannya, ayah pula maut akibat kemalangan sewaktu dirinya berumur sembilan tahun. Tinggal bersama neneknya di kampung, Inara dibesarkan dengan kasih sayang sederhana tetapi penuh cabaran. Matangnya Inara tidak disertai kemewahan; penampilan selekeh menutupi jiwa yang penuh empati dan tabah.
Pertemuan mereka terjadi ketika nenek Inara jatuh sakit akibat kanser paru-paru tahap akhir. Dunia Inara gelap, tiada siapa mampu menyelamatkan nenek kesayangannya sehingga Dr. Ezra hadir. Dari ketakutan, dingin, dan kesedihan, Ezra dan Nara mula menyelami hati masing-masing. Ikatan mereka perlahan menjadi manis, lembut, dan tidak disangka-sangka, seperti marshmallow. Dalam perjuangan menyelamatkan insan yang mereka sayangi, mereka belajar bahawa cinta kadang hadir dari tempat yang paling tidak dijangka, membawa kehangatan kepada hati yang paling beku.