infinity ✨
4 stories
π——π—œπ—” π—¬π—”π—‘π—š π—§π—˜π—₯π—”π—žπ—›π—œπ—₯ | revamp by dearllyas
dearllyas
  • WpView
    Reads 29,145
  • WpVote
    Votes 301
  • WpPart
    Parts 8
Tunku Aric Zayyan, nama yang gah di litar MotoGP. Seorang juara, seorang legenda, tetapi juga seorang lelaki yang hidupnya kosong. Tiga tahun lalu, dia kehilangan orang yang paling dia cintai. Bukan kerana kematian, tetapi kerana wanita itu memilih untuk meninggalkannya ketika dia berada di puncak dunia. Sejak hari itu, setiap perlumbaan hanyalah pelarian. Dia kejar podium bukan untuk kegemilangan, tetapi untuk melupakan. Namun, semakin mencuba, semakin kuat bayangan itu menghantuinya. Mawar Elira, wartawan muda yang berani dan tegas. Dia tidak pernah gentar untuk mengkritik Zayyan, malah pernah menulis artikel yang hampir memusnahkan reputasinya. Kini, Mawar ditugaskan untuk mengikuti pasukan Zayyan sepanjang musim dan membuatkan sesuatu yang Zayyan anggap sebagai satu beban. Mereka bermula dengan pertelingkahan. Mawar melihat Zayyan sebagai egois, manakala Zayyan menganggap Mawar sebagai seorang wartawan murahan. Namun, di antara jarak yang penuh kebencian itu, Mawar mula menyedari sesuatu. Zayyan sebenarnya hidup dalam kekosongan yang dalam. Dan Zayyan pula, perlahan-lahan sedar bahawa senyuman Mawar mengingatkan dia pada sesuatu yang telah lama hilang. Ketenangan. Namun, bila kisah lama Zayyan terbongkar di media massa, Mawar terperangkap antara prinsip seorang wartawan dan perasaan yang mula bercambah. Di mata dunia, Zayyan ialah juara. Tapi di matanya, Zayyan hanyalah seorang lelaki yang masih mencari erti cinta terakhir. START:4/4/2023 END: 1/11/2023 START REVAMP: 1/1/2026 END REVAMP: -
π—§π—˜π—‘π—šπ—žπ—¨ π—˜π—­π—₯π—œπ—€ π—˜π—œπ—¬π—”π——  by dearllyas
dearllyas
  • WpView
    Reads 32,220
  • WpVote
    Votes 1,152
  • WpPart
    Parts 59
Tengku Ezriq Eiyad x Hanessa Elvira Hanessa Elvira. Entah bagaimana dia tersangkut dengan satu jejaka dingin. Berkerja di rumah Tengku Eric membuatkan hari-harinya lebih indah tanpa mimpi ngeri itu. Namun, adanya anaknya, hidupnya sedikit demi sedikit terubati terhadap mimpi ngeri itu. Hanessa juga mula sudah minat terhadap satu jejaka ini, namun dia pendamkan perasaan satu itu. "Kenapa erk nama awak Tengku Ezriq Eiyad. Tak sedap langsung didengari."-Hanessa Elvira "Biarlah. Mak bapak aku bagi. Menyemak!"-Tengku Ezriq Eiyad Sekian lama, Hanessa sudah tidak tahan dengan perangai beku jejaka itu. Dia tidak tersengaja meluahkan isi hatinya yang lama sudah minat dengan jejaka itu. "Saya tertariklah dengan awak. Awak tertarik tak dengan saya?"- Hanessa Elvira. "Why not. Kau pun apa kurangnya. Tapi aku tak suka engkau pun. Dah lah perangai macam hampeh!" - Tengku Ezriq Eiyad Setelah lama bekerja sebagai tukang masak di suatu rumah yang gah, satu persatu jawapan muncul. Hanessa kecewa terhadap Ezriq. Dia tekad untuk meninggalkan rumah itu. Mampukah mereka berdua akan hidup bahagia atau sebaliknya? Saksikan ' TENGKU EZRIQ EIYAD ' START:31/7/2023 END: 16/2/2025 β–Ό TOP 5 : HIGHEST RANKING β€’ #1 in islamic : 22/3/25 β€’ #1 in sedih : 29/11/25 β€’ #2 in sad : 29/11/25 β€’ #4 in tengku : 14/1/26
π—šπ—”π——π—œπ—¦ 𝗣𝗨𝗝𝗔𝗔𝗑 π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ by dearllyas
dearllyas
  • WpView
    Reads 2,419
  • WpVote
    Votes 308
  • WpPart
    Parts 39
BOOK 2 Satu kisah wanita yang sanggup berjuang demi keluarganya sendiri. "Wahai bulan, walaupun seterang mana cahayamu, janganlah engkau sinarkan cahayamu kepada tempat persembunyian anakku." - Shah Ismael "Kalau Qamar sedih, pasti Qamar akan melihat bulan itu. Lihatlah betapa cantiknya bulan itu, bapak. Sinaran cahayanya mampu menerangkan hari-hariku supaya menjadi lebih indah."- Nur Qamariah "Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah. Suatu hari nanti pasti kau akan mendapat kebahagiaan."- Puan Fatimah "Kenapa perlu jatuh, andai kau boleh berdiri semula?"- Luqman Al-Falaq ❗tidak 100% legenda tentang - Legenda Bawang Putih dan Bawang Merah - Legenda Puteri Lindungan Bulan - Legenda Mahsuri Sesetengahnya, saya tukar storyline. ⚠ 100% idea saya sendiri untuk buat story ini ⚠ Read on your own self ⚠ If you don't like my story, don't read it β†Ί TOP 5 : HIGHEST RANKING #2 in sejarah : 30/9/2023 #5 in jahat : 1/10/2023 #5 in baik : 1/10/2023 #2 in agama : 8/12/2023 #1 in sejarah : 2/8/2024 #4 in adik-beradik : 1/5/2025 START : 29/9/2023 END : 15/9/2024