risxza
- Reads 1,877
- Votes 18
- Parts 32
Amara ialah seorang pelukis yang berbakat. Setiap seni yang dilukis mempunyai perasaan tanpa kata-kata yang tidak perlu diluahkan. Namun di sebalik bakat seninya, Amara menyimpan satu realiti yang tidak semua orang tahu- kesihatannya semakin meragut perkara paling asas dalam hidupnya. Ingatan tidak lagi setia, dan masa depan menjadi sesuatu yang kabur. Setiap lukisan yang dihasilkan seolah-olah usaha terakhir untuk meninggalkan jejak- takut suatu hari nanti, dia sendiri tidak lagi mengenali siapa dirinya.
Izzuddin ialah seorang budak sukan yang terkenal di uni, dia digemari ramai disebabkan personaliti yang baik hati, friendly dan muka yang tampan sentiasa membuatkan semua perempuan menarik minat kepada Izzuddin.Tetapi, dia juga membesar dengan hidup yang sentiasa diuji oleh tubuhnya sendiri. Sejak kecil, hospital bukanlah tempat asing baginya. Dia pernah menang melawan kanser, pernah percaya bahawa hidup akhirnya memberi peluang kedua. Namun pada usia sembilan belas tahun, penyakit itu kembali-lebih senyap, lebih kejam. Di sebalik senyumannya, Izzuddin memikul ketakutan yang tidak pernah diucapkan dan persoalan tentang berapa lama lagi dia mampu bertahan.
Kerana mencintai seseorang yang tidak lagi mengingati kita...
Adalah seperti jatuh cinta sendirian, berulang kali.
Dan di suatu tempat yang tersembunyi sebuah kisah yang menunggu untuk ditemui-
Kisah tentang cinta, pengorbanan,
dan pilihan paling kejam yang pernah dibuat oleh takdir.
Hingga ingatan terakhir.
Ranking:
1#tragiclove
1#illness
1#amnesia
1#cancer