dhiafiyhh's
3 stories
[TERBIT] Raja for Angel by delilanatasha
delilanatasha
  • WpView
    Reads 1,847,673
  • WpVote
    Votes 38,284
  • WpPart
    Parts 22
BLACK ANGEL SERIES I Pertemuan tidak sengaja di hadapan KLCC membuka lembaran takdir antara Eshal Alaya, pelajar seni bina berjiwa besar dan Raja Ummar, pewaris legasi Black Angel Studio. Hubungan profesional mereka berubah menjadi dilema perasaan apabila Eshal jatuh cinta pada Luqman, abang Ummar sendiri. Ummar yang selama ini setia menanti terpaksa menyaksikan wanita yang dicintainya memilih abangnya sendiri. Eshal pula keliru - di antara cintanya yang bertepuk sebelah tangan, prinsip hidup dan maruah diri. Beberapa tahun kemudian, mereka bertemu semula. Ummar menawarkan pekerjaan dan sekali lagi membuka pintu hatinya untuk Eshal. Bekerja di bawah satu bumbung, hubungan profesional antara Ummar dan Eshal perlahan bertukar menjadi rasa. Tetapi, rasa yang berputik hanya satu arah. Ummar mengharapkan segunung cinta manakala Eshal mahu kekal selesa dengan hubungan sebatas majikan dan pekerja. "Saya rasa encik dah langgar batas yang saya tetapkan. Boleh tak kalau encik hormat keputusan saya?" -ESHAL ALAYA "I respect you, Angeline. Bertahun aku hormat perasaan kau. But don't expect me to keep in silence if you keep pushing me away." -RAJA UMMAR "Apa yang encik nak sebenarnya?" -ESHAL ALAYA "I want you. Let's get married." -RAJA UMMAR Tanpa cinta, Eshal bersetuju untuk berkahwin dengan Ummar. Adakah cinta akan tumbuh dalam janji sebelah pihak? Atau mampukah kesabaran mengubah kejanggalan mereka menjadi rindu? Genre : Romance, Architecture Start: August 2017 End: 2022 TAHUN TERBITAN 2024
Ryan's Queen |  TERBIT by hasyagrizelle
hasyagrizelle
  • WpView
    Reads 723,757
  • WpVote
    Votes 12,248
  • WpPart
    Parts 13
[TERBIT] 2nd story Song: Setia by Elizabeth Tan ft Faizal Tahir Natalia Imelda, si gadis yang ceria meminati seorang youtuber misteri. Walau tidak mengenali wajahnya, Imelda suka mendengar pendapat lelaki itu dalam setiap video yang disiarkan. Tanpa sengaja, mereka bertemu dan menjalinkan persahabatan. Sikap Ryan yang romantis dan bersahaja membuatkan Imelda terjatuh suka. "Hello, babygirl. Dah berapa lama kau simpan semua perkara tentang aku?" - Ryan Darren. Sejauh mana pun rasa cinta Imelda terhadap Ryan, dia sedar mereka tidak akan dapat bersama. Perbezaan agama antara mereka menjadi tembok besar yang paling utama. Setelah munculnya Haz Malique, Imelda menerima lelaki itu dalam hidupnya. "We made it, darling." - Haz Malique Namun bahagia milik Imelda cuma sementara. Mengetahui Haz Malique melakukan kerja terkutuk di belakangnya, Imelda hilang pertimbangan. Lebih-lebih lagi apabila melihat wajah yang sama cuba untuk membunuh dia dan anak mereka. Benarkah itu suaminya sendiri? Kepercayaan dan keyakinan yang terbina untuk Haz Malique selama ini musnah sekelip mata! "Dalam rakaman itu memang muka kau! Penipu! Kau cuba untuk bunuh aku dan anak aku! Aku benci kau!" - Natalia Imelda Apakah niat sebenar Haz Malique mendekati Imelda? Dan adakah sebuah perpisahan mampu membuat mereka bahagia? Atau wujudkah rahsia lain yang membawa kepada penyelesaian terhadap segalanya? "You are the sweetest part of my bitter days..." -Haz Malique ❗No copyright are allowed. ❗100% based on my own idea and I am not copying any other author. ❗ Tidak dibenarkan meninggalkan sebarang kata kesat di ruangan komen. Cover by @teehanz Start : 14 April 2023 End: 24 September 2023
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,340,854
  • WpVote
    Votes 7,926
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?