nabilllss
- Reads 1,062,752
- Votes 44,423
- Parts 25
Under Series Vol II. [Terbit PBAKL2026]
Known as His Weakness.
Menjadi orang yang jatuh cinta terlebih dahulu menuntut kesabaran yang tidak mudah. Bagi Qayyum Darwish, segala isi hatinya disimpan rapi daripada pandangan dunia, apatah lagi wanita yang dicintainya bukanlah perempuan biasa.
"Kau tahu kan, siapa Tengku Uqael pada Cik Della? I mean.. her relationship with
him?" - Fareez
Soalan itu membuatkan Qayyum membeku. Memiliki sahabat yang terlalu memahami
rahsianya kadangkala lebih berbahaya, terutamanya apabila Fareez antara yang paling rapat dengan 'bos besar'nya.
"You have no idea how long I've stood in the shadows just to protect her. Aku akan buktikan hasilnya suatu hari nanti, Reez." - Qayyum Darwish
Demi Khalisa Fredella, Qayyum memilih untuk berdiri di sebalik bayang-bayang. Gelaran 'Mr 719' menjadi rahsia yang membolehkannya melindungi wanita itu secara senyap, walaupun cintanya tidak pernah terucap.
"Ke mana saya pergi mesti ada awak. Jangan sibuk boleh?" - Fredella
"Nak sibuk juga, boleh?" - Qayyum
Namun, saat Qayyum akhirnya meluahkan isi hatinya, dia hanya bertemu luka.
"I hate men. Move on, Qay! Saya rimas!" - Fredella
"Rimas?" - Qayyum
"Rimas sangat. Awak suka saya, dan expect orang yang awak suka ni boleh ada perasaan yang sama? Cuba sedar!" - Fredella
Qayyum terdiam, menyedari harapan yang dipendamnya mungkin tidak akan pernah berbalas. Bagi dirinya, Fredella terlalu sempurna walaupun dunia melihat wanita itu dengan cara yang berbeza.
"Fii amanillah. Saya lepaskan awak kerana Allah. Dan saya harap awak datang kembali pada saya... juga kerana Allah." - Qayyum
Kata-kata itu menjadi doa yang disembunyikan dalam diam.
Kembali. Adakah ucapan Qayyum itu akan jadi nyata? Fredella akan cari dia ke?
Mereka saling memerlukan, dan luka masing-masing perlukan ubat yang sama. Bahagia dan ketenangan yang Fredella cari selama ini, adakah semua itu ada pada Qayyum Darwish?
"Call me possessive if you want, but I'll always be your protector."