suhaili84's Reading List
4 cerita
KIDNAP HATI DIA oleh azizahami
azizahami
  • WpView
    Membaca 421
  • WpVote
    Vote 53
  • WpPart
    Bab 11
Mak suruh kahwin tapi Haura tiada calon. Nak cari kat mana dalam tempoh tak sampai 30 hari? Mahu atau tidak terpaksa pinjam abang sahabatnya, Jihad Iskandar. Kebetulan, Jihad pula punya misi mencari isteri dengan 10 syarat. Sebelum bertemu dengan perempuan yang memenuhi syarat itu, dia tidak cukur jambang pada wajahnya. Katanya Misi Musang Berjanggut seperti filem Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dua misi berbeza daripada dua insan berbeza tetapi dengan tujuan yang sama. Berhasil atau tidak?
CINTA HATI oleh azizahami
azizahami
  • WpView
    Membaca 1,760
  • WpVote
    Vote 130
  • WpPart
    Bab 2
#1 UZAIR tenung, Aira mengerling. Uzair berdeham, Aira batuk kecil. Awkward gila kot! Berputar sampai 360 darjah kehidupan Aira sebaik sahaja menjadi suri yang tak berapa nak berseri dalam hidup Uzair. Salah Aira? Tidak sama sekali. Uzair juga terima pernikahan aturan keluarga ini tanpa ada perkataan terpaksa di situ. Aira juga begitu. Lagipun bukan Aira tak tahu yang Uzair kahwin dengannya sebab sakit hati ditinggalkan Uya. Uyayaya sungguh Uya tu! Tak beragak nak tinggalkan Uzair yang super duper hot tu. "Kenapa tak makan nasi lemak tu?" tanya Aira. Uzair terus pacak pandangannya pada sambal nasi lemak yang merah menyala tu. Uish mahu berpesta semua cili tu dalam perut aku. "Saya tak makan pedas, " jawab Uzair ringkas. Aira mengangguk. "Hmmm patutlah..." Aira terangguk-angguk. "Apa yang patut?" Pantas Uzair mencelah. "Cili pun awak takut jadi tak mustahillah saya ni pun awak takut. Takut sampai tidur kat bilik sebelah. Tak gagah seorang lelaki tu kalau tak menyentuh haknya sendiri dunia dan akhirat, " Sengaja Aira pacu rasa amarah Uzair. Marah ke? Uzair cuma sengetkan bibir. "Nampak gelojoh seorang wanita itu pabila bibir mula menyoal tentang hubungan dalam kamar pada seorang lelaki, " bidas Uzair pula. Aira ketawa panjang lalu menggeleng lucu. "Lelaki? Lelaki keeeeeee?" Aira bangkit lalu membawa cawannya ke sinki. Uzair mengetuk meja makan dengan dua jarinya bersilih ganti. "Nenek memang niat nak mendera agaknya sebab bagi bekas pendebat ni masuk dalam hidup aku. Lemah lembut apanya? Mulut bisa macam duri ikan sembilang!" omel Uzair lalu bangkit untuk ke pejabat. Dia fikir Aira tu pekak? Aira menoleh ke belakang. Dia menggeleng "Nak makan ikan sembilang ke?" soal Aira. Tiada sahutan. Uzair sudahpun berlalu. Aira gigit bawah bibir. " Selamat berkenalan dengan Aira Binti Azad wahai Ahmad Uzair. Selamat bertabah juga aku ucapkan..." Dia tersenyum. Penuh makna.
I'M A FIGHTER oleh azizahami
azizahami
  • WpView
    Membaca 1,877
  • WpVote
    Vote 218
  • WpPart
    Bab 7
Dia jatuh cinta tetapi pada lelaki milik wanita lain. Cinta itu sesuatu yang kebal. Lebih dia cuba untuk jauh, semakin asakan cinta itu mendekat. Sesuatu telah membuatkan dia sedar, dia perlu bangkit. Menjadi pejuang untuk berperang dengan perasaannya sendiri, berjuang demi wanita itu... Wanita yang berhak ke atas lelaki yang sedang menggenggam erat cintanya.
NIKITA oleh azizahami
azizahami
  • WpView
    Membaca 26
  • WpVote
    Vote 2
  • WpPart
    Bab 1
Pernah jumpa gadis paling jujur? Temui Nikita! Kejujuran dia kadangkala buat hati terusik tanpa sedar. Tak mahu telinga panas dan hati membara? Jangan sesekali menjadikan dia tempat rujukan. Tetapi kerana kejujuran itulah seorang lelaki mula jatuh cinta...