HajarZainal1's Reading List
17 stories
Bukan Pilihan Hati by NurulHuda015
NurulHuda015
  • WpView
    Reads 601,279
  • WpVote
    Votes 14,860
  • WpPart
    Parts 43
Perkahwinan antara Razky Nadhir dan Qamira Nur Syifa bukan lahir daripada cinta, tetapi dipaksa atas dasar wasiat seorang nenek. Nadhir menolak keras perkahwinan itu, menyalahkan Syifa sebagai punca segala yang merampas kebebasannya. Bagi Syifa pula, walaupun dia tahu dirinya bukan pilihan, dia cuba menjadi isteri yang baik, membina kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga yang hambar. Namun usahanya sering disia-siakan. Nadhir tidak pernah membuka ruang, malah menjadikan Syifa sebagai pelampias emosi. "Kalau awak benci sangat, kenapa tak bunuh je saya, Nadhir?" - luah Syifa suatu hari, saat dia sudah tidak mampu lagi menyembunyikan luka di hati. Namun Nadhir kekal ego, menolak setiap kasih yang dihulur. Sehingga akhirnya, Syifa memilih untuk pergi. Dan saat itulah Nadhir mula terasa kehilangan. Rindu yang disangkal mula menyiksa. Adakah masih ada peluang kedua untuk mereka? Masihkah Syifa sanggup membuka pintu hati setelah terlalu lama disakiti? Atau perkahwinan ini akan kekal sebagai satu ikatan tanpa jiwa? Segalanya terjawab dalam Bukan Pilihan Hati, sebuah kisah tentang cinta yang datang tanpa diminta, tentang pengorbanan yang tidak pernah dihargai, dan tentang bagaimana takdir punya caranya sendiri untuk menyatukan dua hati. Start: 6 Jun 2021 End:11 Julai 2021
Rahsia Antara Kita [c] by riceandbooks
riceandbooks
  • WpView
    Reads 69,311
  • WpVote
    Votes 3,633
  • WpPart
    Parts 30
Nur Tasneem - Gadis yang masih berazam tinggi untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Walaupun dah menggenggam skrol Degree tapi dia masih tak puas. Dia mahukan lebih dari yang dia capai sekarang ini. Jadi dia buat keputusan untuk menyambungkan pelajaran lagi tapi keluarga menghalang. "Kalau Anem nak sambung, Anem kena kahwin dulu." Itu syarat yang ibu Tasneem letakkan. Masalahnya dia tak ada teman lelaki dan dia sendiri tak mahu berkahwin lagi. Menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada seseorang hanya membuatkan dia rasa sesak nafas. "Kenalkan, ini Akid. Akid Sulaiman." Tanpa rela, dia berkenalan dengan Akid Sulaiman. Lelaki yang merupakan calon suami dari keluarganya. Aduhai, kenapa mesti lelaki ini terima idea abangnya, Haris? Haris pun tak kahwin lagi. Inikan pula nak suruh dia yang kahwin. Memang taklah! Tak cukup kena reject dengan Tasneem semasa makan malam, dia berjumpa semula dengan Akid. Kali ini bukan sebagai calon suami tetapi sebagai bos di tempat kerjanya. "Akid, apa masalah awak hah?" "Pembetulan, Encik Akid. Saya ini bos awak dekat tempat kerja. Ingat tu." Argh, sakitnya hati berdepan dengan lelaki bernama Akid Sulaiman ini! Mahu atau tak, Tasneem akhirnya setuju untuk menjadi isteri kepada Akid tapi bersyarat. Syaratnya... "Our marriage must be a secret. Saya tak nak sesiapa pun tahu awak itu suami saya." "Why? Awak ada lelaki simpanan ke? Nak jaga hati dia?" Bukan itu saja rahsia yang mereka perlu jaga, Tasneem juga masih menyimpan rapi satu rahsia yang dia tak mahu Akid tahu. Mampukah dia simpan rahsia itu dalam tempoh yang lama? Antara rahsia dia seorang dan rahsia mereka berdua, mana satu yang akan bocor dulu? Published on 22 May 2020
[C] HANYA ENGKAU MILIKKU   •QUEEN OSCAR• by alpha7_yinz
alpha7_yinz
  • WpView
    Reads 45,933
  • WpVote
    Votes 906
  • WpPart
    Parts 18
" HANYA KAU MILIK AKU SYAZ.. AKU TAKKAN BENARKAN KAU JADI HAK ORANG LAIN" - NIK FARHAN AZRIL Start: 13 Disember 2018 End: 10 Februari 2019
Kerana Terluka [TERBIT] by daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    Reads 914,685
  • WpVote
    Votes 185
  • WpPart
    Parts 7
Fahri Ilham | Hana Atiya Start : 10th Sept 2022 End : 10th March 2023
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ by nrna__
nrna__
  • WpView
    Reads 2,821,202
  • WpVote
    Votes 99,400
  • WpPart
    Parts 70
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •
Kau Milikku ✔ by hazatulmunirah
hazatulmunirah
  • WpView
    Reads 91,166
  • WpVote
    Votes 2,247
  • WpPart
    Parts 48
[COMPLETED] Cinta, cinta untuk dimiliki dan untuk dimartabatkan sebagai suatu yang bermakna dalam dua hati. Tapi cinta darinya sukar untuk difahami atau untuk dicintai. Pelbagai rasa dan pelbagai perasaan mula terbit di hati setiap kali teringatkannya. "Kita kahwin, aku dah janji aku akan bertanggungjawab dengan apa yang dah berlaku. Am I right ?" - HAIL NAZRI Kata-kata itu telah merubah hidup SARA IMANI. Kerana satu peristiwa yang tidak dijangka dia harus menerima dengan hati yang duka. "Tolong jangan layan saya macam orang luar, because i'm your wife ! Saya ni apa pada awak Hail ? Untuk apa kita kahwin ni sebenarnya ?" - SARA IMANI Cinta yang lama bakal terkubur dan munculnya cinta yang sejati antara dirinya dan juga si suami. Bahagia mula dikecapi tapi ribut taufan pula datang melanda dan telah menggoncang tiang mahligai cinta mereka. "Seramai mana pun atau berjuta sekalipun perempuan dalam dunia ni, Ara tetap milik abang seorang." - HAIL NAZRI Bahagiakah mereka berdua ? SECOND STORY BY H.MUNIRAH START : 23 NOVEMBER 2018 END : 4 MEI 2020
Give Your Little Heart by sweetipie_
sweetipie_
  • WpView
    Reads 921,358
  • WpVote
    Votes 21,566
  • WpPart
    Parts 75
[COMPLETE] Selepas kematian ibu dan abah, dia sudah tidak punya sesiapa lagi untuk bergantung hidup. Bahkan neneknya sendiri menghalaunya dari hidup wanita itu. Hidupnya sendiri, sebatang kara. Pernah juga dirinya merasa ingin putus harapan. Tidak mahu hidup merempat lagi. Tetapi takdir tuhan itu sangat cantik. Dia ditemukan dengan seseorang yang sudi menumpangkannya secebis kasih untuk meneruskan sisa hidupnya yang masih panjang. Yang mana dia sendiri tidak tahu bagaimana kehidupan dia selepas ini. Pasrah. ... Hidupnya berubah bila munculnya Faris Idham yang memang menyakitkan hati sejak dia kecil. Hanya disebabkan satu insiden yang dirancang orang lain, keduanya terpaksa bersatu tanpa kerelaan masing-masing. "Eii mangkuk! Hari tu cakap nak tunggu tiga bulan lagi kan? Kenapa tak ikut deal?" -Nuha Fitriyah "Itu deal kau bukan aku. Lagipun semalam tu kau yang nak dan aku tak pernah paksa pun. Jadi tak jadi masalah kut." -Faris Idham Apabila keduanya ingin menangkan ego, akan wujudkah bahagia itu?
Seindah Takdir Umairah by lyafarhanx
lyafarhanx
  • WpView
    Reads 308,283
  • WpVote
    Votes 16,441
  • WpPart
    Parts 60
Dibenci oleh ibu kandung yang melahirkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui oleh seorang gadis bernama Nur Umairah. Tidak pernah dipinta olehnya dilahirkan dalam keadaan begitu. Tidak pernah dipinta olehnya dibenci dan dipandang serong oleh masyarakat sekeliling mengenai status dirinya. Tidak pernah dipinta tetapi itulah yang diterimanya. Kehidupan yang indah bersama nenek tercinta musnah begitu saja apabila wanita yang menjaganya sejak lahir pergi meninggalkannya buat selama-lamanya. Dikutip kembali oleh keluarga yang pernah membuangnya kerana simpati si bapa tetapi kehidupannya mula dilanda kelam. Mencari sinar kebahagiaan bersama keluarga kandung ibarat mencari jarum dalam jerami. Tidak pernah ditemuinya. Bertambah derita apabila bukan sahaja keluarga membencinya tetapi lelaki yang bakal menjadi suaminya juga. Pada siapa dia harus bergantung lagi? "Umai tak pernah minta dilahirkan macam ni. Apa salah Umai?" -NUR UMAIRAH. "Salah kau adalah sebab kau lahir didunia ni. Aku takkan pernah mengaku kau sebagai isteri aku, Nur Umairah." -UMAR QAISER. Hubungan yang dibina atas desakan dua buah keluarga menambah benci Umar Qaiser padanya. Bermula episod duka dalam hidup Nur Umairah. Kebencian keluarga kandung dan suaminya membuatkan Umairah belajar mengenai sesuatu. TAKDIR. Takdir hidupnya yang telah disusun oleh Allah. Takdir yang tidak mampu ditukarnya. Takdir yang terlalu indah untuk dia menidakkannya. Dimanakah kesudahan derita Umairah bersama Umar Qaiser dan keluarga kandungnya? Temui jawapan akhir dalam SEINDAH TAKDIR UMAIRAH.... Karya kedua LYAFARHANX💕 Dilarang plagiat👊🏻❌ November 2020🏆 🥇Romance 🥇Derita 🥇Sedih 🥇Cry 🥇Anakluarnikah
Mencintaimu Bidadariku : Raisha Hanani | PHYSICAL by AliahSyuhada
AliahSyuhada
  • WpView
    Reads 81,387
  • WpVote
    Votes 4,591
  • WpPart
    Parts 56
Known as Surat Cinta Untuk Raisha Hanani Spin off Penghulu Bidadariku : Aisyah Humaira ALERT! SPOILER PENGHULU BIDADARIKU! DENDAM dan konflik kekeluargaan menyebabkan mereka terpisah. Si isteri pergi meninggalkan dan sang suami rela ditinggalkan. "Aku takkan lepaskan kau. Takkan sesekali sebelum kesakitan yang kakak aku tanggung sepanjang tiga tahun ni terbayar. Semuanya masih belum terlunas. Takkan terlunas selagi kau... tak mengandungkan benih aku dalam rahim kau." _IMAN RAYKAL_ "Sha tak nak sekat kebahagiaan suami Sha. Sha harap abang gembira bila Sha tak ada di sisi abang nanti. Sha harap abang dapat kepuasan hati abang sebab apa yang kak Aira tanggung dulu... Sha akan tanggung sama." _RAISHA HANANI_ Setelah lima tahun berlalu, Raisha Hanani kembali ke pangkuan suaminya dengan tujuan menuntut penceraian, tetapi Iman Raykal berusaha untuk menakluki semula sekeping hati itu. "Jangan sesekali Sha tanggalkan cincin ni selagi abang masih hidup dan menjadi suami Sha." _IMAN RAYKAL_ "Abang... Sha nak abang. Sha tak nak berpisah. Sha tak nak berpisah dengan abang..." _RAISHA HANANI_ Iman Raykal fikirkan dia sudah berjaya memujuk sekeping hati itu untuk kekal dengannya, namun dia terlupa bahawa ada satu kesakitan besar yang sudah dia calarkan pada sekeping hati si isteri sehingga dia terpaksa melafazkan talak tatkala wanita itu sudah tidak mampu bahagia bersamanya. "Mulai saat ini... abang lepaskan sayang daripada perkahwinan kita." _IMAN RAYKAL_ Apa kesakitan yang dimaksudkan? Benarkah perpisahan terjadi? Sudah tiada cintakah di antara mereka sehingga perlu bertemu di mahkamah syariah?
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,668,202
  • WpVote
    Votes 178,804
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?