nmiazzj's Reading List
2 stories
She, My Exception (REVAMP) by daisynaar
daisynaar
  • WpView
    Reads 713,709
  • WpVote
    Votes 16,153
  • WpPart
    Parts 32
Rayyan, seorang jejaka yang dingin bak salju, menjaga pandangannya dengan penuh keteguhan. Tidak pernah sekali pun dia berkasar dengan wanita, apatah lagi membuka hatinya untuk cinta. Namun, segalanya berubah apabila dia bertemu dengan Nadra Haida, seorang gadis yang hadir bagai bayu lembut menyapa jiwa. Nadra, dengan kelembutannya yang penuh misteri dan senyuman yang mampu mencairkan hati paling kaku, menjadi satu-satunya insan yang berjaya mengetuk tembok kukuh yang selama ini melindungi Rayyan. Dalam kesamaran hati yang tertutup rapat, cahaya Nadra menyusup perlahan, menghangatkan jiwa yang beku dan mencipta gelombang emosi yang tak pernah Rayyan rasakan. "Actions speak louder than words, Nadra. Let me love you, and I'll show you what real love feels like." - Rayyan Namun, takdir tidak pernah hadir tanpa ujian. Di sebalik kebahagiaan yang mula mekar, sesuatu yang gelap dan buruk menyapa mereka, sesuatu yang mampu memisahkan dua hati yang baru belajar mencintai. Dugaan itu hadir bagai ribut yang menggoncang akar cinta mereka, memaksa mereka berhadapan dengan realiti yang penuh kesakitan dan ketidakpastian. "Siapa ni, mama?" - Rayyan Adakah cinta mereka cukup kuat untuk bertahan? Atau takdir sudah menetapkan bahawa perjalanan ini hanyalah sebuah kisah yang singkat? Dalam cabaran yang menduga jiwa dan perasaan, hanya waktu yang akan menentukan-adakah mereka akan meraih bahagia, atau terpaksa melepaskan segalanya dalam kepedihan. Start - 18 Dec 2023 End - 25 March 2024 Start Revamp - 17 Dec 2025 End Revamp - ?
Rahsia Hati Kita [C] by nrecha
nrecha
  • WpView
    Reads 240,822
  • WpVote
    Votes 18,784
  • WpPart
    Parts 34
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA start: 25 April 2024 end: 24 September 2024 Bagi dunia, Raihana Mikaila hanyalah gadis yang tidak cukup cantik untuk dihargai. Di sekolah, dia menjadi mangsa buli kerana tubuhnya yang gemuk dan kulitnya yang gelap. Setiap ejekan membuatkan dia semakin belajar satu perkara. Manusia tidak pernah benar-benar baik. Namun di sebalik semua luka itu, Raihana Mikaila menyimpan satu rahsia yang tidak pernah diketahui sesiapa. Dia jatuh cinta pada seorang lelaki bernama Raaif Mateen, kawan baik kepada abang sulungnya. Perasaan itu bermula dalam diam dan terus hidup bertahun-tahun lamanya. Apabila Raaif Mateen dan abangnya menyambung pelajaran ke luar negara, kehidupan Raihana Mikaila mula berubah. Tahun demi tahun berlalu, Raihana Mikaila bukan lagi gadis yang sama. Apabila Raaif Mateen kembali ke Malaysia, hubungan mereka yang dulunya akrab kini berubah menjadi dingin dan asing. Raihana Mikaila memilih untuk menjauhkan diri, seolah-olah lelaki bernama Raaif Mateen itu tidak pernah membawa makna apa-apa dalam hidupnya. "Hana marahkan Abang Raaif ke? Hana nampak tak suka nak bersembang dengan Abang Raaif." - RAAIF MATEEN Bertahun-tahun Raihana menyimpan cinta, masa akhirnya memberi dia keberanian untuk mengaku. Namun dia terlambat. "Te-Terima kasih jadi insan yang terpenting dalam hidup Hana. Terima kasih ajarkan Hana cara hidup yang sepatutnya Hana jalani selama ini." - RAIHANA MIKAILA