•❣•୨୧ M̳a̳l̳a̳y̳ N̳o̳v̳e̳l̳s̳ ୨୧•❣•
9 stories
Mr. Right Selebriti by ctsuhaina
ctsuhaina
  • WpView
    Reads 11,501
  • WpVote
    Votes 424
  • WpPart
    Parts 14
PENULIS : AIN MAISARAH TAJUK : MR.RIGHT SELEBRITI Nana ilyana, dahulu popular sebagai The Wannababes di Sekolah Sri Bangsar. Kini usianya di penghujung 20-an, masih seorang tiada berteman. Tiada calon suami boleh dibawa bertemu keluarga dan diperkenalkan. Mencari teman hidup bukan semudah memilih kasut. Itu motto Nana bila bercerita tentang jodoh. Lalu dia membuka mata luas-luas, hasrat hati mahu memilih lelaki yang paling setia dan paling menghargainya. Namun hakikatnya, itu misi mustahil kerana pada usia sebegini, lelaki-lelaki baik kebanyakkannya sudah berkahwin dan beranak dua! Ramai mengesyorkan carian jodoh di Facebook. Namun Nana sendiri tidak menyangka jodohnya melalui jalan berbeza. Bukan Jalan TAR yang sesak sentiasa, tetapi melalui program TV yang terkemuka. Nana dipilih memasuki program mencari jodoh di TV dan tanpa disangka, hatinya betul-betul terpaut pada seorang selebriti. Selebriti yang turut direbut oleh 12 orang gadis! Mampukah Nana jadi suri hati selebriti itu? Atau ada rahsia besar yang bakal merosakkan segala harapan hidup bersama? Ketahui kisah Nana dalam cerita Mr. Right Selebriti.
E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE) by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 187,416
  • WpVote
    Votes 4,960
  • WpPart
    Parts 22
Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is Lucca (Spin-off novel Dheo's) 2. Bukan Pilihan Pertama (Spin-off novel Dia Tetap Sempurna) ++ Ebook hanya boleh dibeli melalui laman web sahaja. Untuk pembelian, sila ke https://wasep.me/sinuraz-enterprise Link ada dikongsi di profile wattpad.
THE END OF LOVE ©️ by crispycremeeeee
crispycremeeeee
  • WpView
    Reads 35,123
  • WpVote
    Votes 2,821
  • WpPart
    Parts 15
𝟎𝟓 | 𝘵𝘦𝘢𝘳 𝘴𝘦𝘳𝘪𝘦𝘴 𝘦𝘴𝘮𝘦𝘳𝘢 𝘢𝘥𝘪𝘯𝘢 • 𝘳𝘺𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘯 - 𝘢𝘵 𝘵𝘩𝘦 𝘦𝘯𝘥 𝘭𝘰𝘷𝘦𝘴 𝘮𝘪𝘨𝘩𝘵 𝘩𝘶𝘳𝘵 𝘶𝘴 - Jatuh cinta dengan seseorang yang beza agama, tak pernah dijangka Esmera Adina kisah cinta dia akan jadi sebegini. Mustahil, ini semua mustahil. Mereka tak boleh bersama! Bagi Ryan Han pula tak pernah dalam hidup atau dalam sejarah keluarganya bercinta dengan seseorang beragama islam. Dah lah suka sama suka, masalah betul. Apa kena dengan hati ni? "Kita tak boleh bersama." "But we can try," Kalau "right person,wrong timing" tu sakit, sakit lagi "right person,different religion" Tapi Esmera Adina redha dari awal lagi dia redha kalau Ryan Han bukan jodohnya. Dia bukan Tuhan dan dia juga ada agama. Sama seperti Ryan Han. Kalau melepaskan adalah jalannya, dia sanggup lepaskan Ryan Han. Biarpun Esmera Adina tak berjaya gapai cinta yang dia mahukan, tapi dia akan lebih gembira melihat Ryan Han bahagia. Sebab tak semua yang kita mahukan kita mampu miliki, sama lah dengan kisah cinta dia. ©️ 𝐂𝐨𝐩𝐲𝐫𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐀𝐥𝐥 𝐑𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐑𝐞𝐬𝐞𝐫𝐯𝐞𝐝𝟐𝟎𝟐𝟏 𝘁𝗵𝗶𝘀 𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗰𝗼𝗻𝘁𝗮𝗶𝗻𝘀 : 𝗺𝗮𝗹𝗮𝘆 𝟴𝟱% 𝗲𝗻𝗴𝗹𝗶𝘀𝗵 𝟭𝟬% 𝗰𝗵𝗶𝗻𝗲𝘀𝗲 𝟱% 𝐒𝐓𝐀𝐑𝐓 : 𝟎𝟔 | 𝟎𝟔 | 𝟐𝟎𝟐𝟏 𝐄𝐍𝐃 : 𝟎𝟔 | 𝟎𝟖 | 𝟐𝟎𝟐𝟏
BERIKAN AKU WAKTU (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 155,173
  • WpVote
    Votes 12,830
  • WpPart
    Parts 28
"Terima kasih sebab selamatkan aku dan gembirakan adik aku dengan kek coklat tu. Aku minta maaf sebab berkasar dengan kau. So, kita kawan?" - Athar Ketika salam perkenalan dihulurkan oleh Athar kepada Haura, ketika itu juga mereka tidak pernah menyangka bahawa perkenalan itu mempunyai motif yang tersendiri. Haura, gadis yang hampir menjejak ke usia 30 tahun masih tidak mempunyai pasangan hidup memberikan peluang kepada dirinya untuk berkenalan dengan Athar. Semuanya untuk menyenangkan ayahnya yang menghidap penyakit jantung. Keadaan ayahnya yang semakin parah membuatkan Haura terdesak untuk mencari pasangan hidup. Bagi Athar, pertemuan di antara dia dan Haura memberikan sinar baru dalam hidupnya setelah dia keluar dari 'kegelapan' yang membuatkan dia kehilangan seorang ayah. Dia yang hidup dalam rasa bersalah menebus kesalahannya dengan menjaga Amin, adiknya yang menghidap autisme. Masalahnya, Athar itu seorang bekas samseng yang mempunyai sikap baran yang selalu memeningkan Haura. Sikap mereka yang kontra kadangkala membolak balikkan hati Haura. Dalam masa yang sama, Athar mendapati bahawa waktunya semakin suntuk untuk menjadi pelindung Amin. Kerana hal itulah yang membuatkan Athar ingin mencepatkan setiap hal yang ingin dia lakukan sebelum waktunya berakhir. Malahan, bibit-bibit halus yang mula hadir untuk seorang Haura membuatkan Athar nekad untuk menjadi pelindung gadis yang mula mendapat tempat di hatinya. Namun, ketika waktu Athar hampir tamat semuanya berubah menjadi kedukaan buat dua hati yang saling bersatu. "Apa masalah awak?! Dah dekat dua minggu awak layan saya macam saya ni perempuan murahan untuk awak. Kenapa awak berubah? Awak dah buat saya cintakan awak, awak dah buat saya sayangkan awak dan saya serahkan seluruh raga dan jiwa saya pada awak dan ini balasan awak? Kenapa?!" - Haura Ilyana "Berhenti cintakan aku. Kan aku dah cakap, jangan biarkan kau hanyut dalam hubungan kita." -Athar MULA: MEI 2020 TAMAT: 24 JUN 2020
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,292,229
  • WpVote
    Votes 100,375
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
Encik Sweet Talker ! √ by heartsheets
heartsheets
  • WpView
    Reads 1,910,077
  • WpVote
    Votes 85,296
  • WpPart
    Parts 43
Feeya. Gadis yang kematian tunangnya. Sayangnya terhadap si mati umpama infiniti. Akhirnya dia terpaksa bernikah dengan seorang lelaki bernama Ryan. Pendek cerita Ryan ni tak suka Feeya, Feeya tak suka Ryan. Lol cliche kan ? Dalam keretakan rumah tangga, Feeya menerima dugaan berat iaitu kematian seluruh keluarganya dalam kebakaran kerana dendam. Macam novel lain, akhir cerita mereka bersama juga. Tapi jalan cerita ini bukan biasa-biasa. Saya tak cakap. Jari yang taip hiks. Baca sampai pengakhiran tau. Sincerely, Your fav author and forever will be.
Menunggu Kamu ✔ by tuliphire
tuliphire
  • WpView
    Reads 612,475
  • WpVote
    Votes 21,301
  • WpPart
    Parts 43
Book Cover from nabellagrande Harris Affan seorang anak orang berharta telah terpikat dengan seorang gadis kampung bernama Iris Izzliyana. Perasaan itu tidak mampu diduga kerana saat pertama kali dia melihat Iris, hatinya mula terpaut. Niatnya mahu mengahwini Iris tetapi ibu bapa Harris menolak gadis itu untuk dijadikan menantu. Disebabkan perasaan cinta yang kuat, Harris tetap menjadikan Iris sebagai isteri walaupun tanpa restu keluarganya. Ingatan Harris hilang kerana kemalangan yang menimpanya. Dia tidak ingat siapa isterinya. Siapa wanita yang dikahwini. "Saya isteri awak. Tolong ingat" - Iris Izzliyana "Jangan menipulah! Aku belum kahwin. Pergi berambus" - Harris Affan Dapatkah Iris bertahan apabila suami yang dicintai tidak mengenali dirinya?
ROSE'S [PREKUEL DHEO'S] by AnjellHomosapien
AnjellHomosapien
  • WpView
    Reads 1,632,040
  • WpVote
    Votes 65,574
  • WpPart
    Parts 23
Sebuah prekuel novel Dheo's by Anjell Dheo Han X Nurissa Rose