Rarahiljes
Nuha Medina selesa hidup dalam dunianya sendiri. Sebagai seorang pereka dalaman yang sedang membina nama, dia lebih memilih ketenangan berbanding perhatian. Baginya, hidup tidak memerlukan drama, apatah lagi yang melibatkan dunia hiburan.
Namun, satu insiden tidak disengajakan menemukan dia dengan Aryan Iskandar, pelakon terkenal yang sentiasa menjadi buruan lensa kamera dan perhatian ramai. Pertemuan yang sepatutnya berakhir begitu sahaja bertukar menjadi sesuatu yang lebih rumit apabila Aryan melantik syarikat Nuha untuk mengendalikan projek pengubahsuaian penthouse miliknya.
Semakin kerap mereka bertemu, semakin sukar untuk Nuha menafikan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Di sebalik populariti dan kehidupan mewah yang dipaparkan kepada umum, Aryan menyimpan sisi dirinya yang tidak pernah diketahui sesiapa.
Namun, cinta yang hadir antara mereka bukanlah tanpa ujian.
Apabila hubungan mereka mula dihidu netizen, Nuha menjadi sasaran pelbagai tanggapan dan kecaman. Ramai yang merasakan Aryan lebih layak bersama wanita lain yang lebih cantik, lebih terkenal dan lebih setaraf dengan statusnya.
Sedangkan bagi Aryan, hatinya tidak pernah memilih berdasarkan pandangan manusia.
Dalam dunia yang terlalu gemar menghukum tanpa mengenal, mampukah mereka mempertahankan apa yang sedang dibina? Atau akhirnya mereka akan tewas kepada suara-suara yang merasakan diri mereka lebih berhak menentukan jodoh orang lain?
Kerana tidak semua jodoh yang baik akan mendapat persetujuan manusia. Dan tidak semua pilihan netizen adalah pilihan Tuhan.